Prolog

Humor Completed 16440

Inilah kisah aku. Kisah tentang hidup aku yang tak tentu pangkal hujung. Hmmm… Macam mana nak terang ye? Senang cerita, anak dara kalua dah umur nak masuk 30 tahun tapi belum ada teman lelaki apatah lagi gaya nak kahwin mesti dapat perhatian kaw-kaw punya.

Ha… Faham? Inilah kisahnya.

Oh, nama aku Amelia Sofia. Aku sekarang dah umur 29 tahun. Dulu masa zaman muda remaja ketika sekolah menengah, berangan sangat nak tamatkan zaman bujang apabila usia menjengah 25 tahun. Sesuailah sangatkan? Alah, rata-rata perempuan pun mesti ada instinct yang sama punyalah. Betul tak? Ha, jangan nak kelentong.

Tapi itu dulu punya ceritalah. Sebab semakin membesar, semakin dewasa, semakin banyak kejadian dalam kehidupan dan semakin kau matang dan memberikan keutamaan yang berbeza dalam menjalani kehidupan. Betul tak? Bukan memilih sangat tapi kenalah cari dan pilih yang betul-betul serius untuk hidup bersama!

Manusia pertama yang akan beri perhatian tentulah ibu dan ayah. Faham. Manalah ibu bapa yang tak mahu tengok anak dara dia kahwin, bahagia dan bla, bla, bla. Tapi kalau dah yang jumpa semuanya lelaki ‘ke laut’, kenalah tunggu lagi kan.

Ok. Semua kelam kabut yang berlaku ni bermula dengan ibu. Ibu punyalah cemburu dengan kawan-kawannya yang gembira mengatur perkahwinan anak-anak dan ada juga yang menayang cucu-cucu membuatkan ibu akhirnya bersuara tentang hal ini dengan aku.

Tambah pula, aku ni anak tunggal. Apa lagi, menjadi-jadilah tahap desakan ibu.
Sudahnya, hari-hari yang aku jalani rasa begitu menyesakkan! Setiap hari persoalan bila nak kahwin itu diterjah dalam telinga dan minda sampai aku rasa muak nak balik rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience