BAB 4

Short Story Completed 2969

Aqisya dan Efron duduk di ruang tamu. Mereka berdua seronok menonton rancang yang sedang popular. Master chef. Aqisya tak sangka apabila Efron boleh di ajak berbual mengenai apa sahaja.

“Adriana… Have you been in love.” Efron memandang gadis manis yang bertutup kepala setiap masa.

“Errrmm… Love to my God. Love to my Family.” Aqisya tersenyum riang memandang Efron.

“No.. I mean love like… boyfriend?”

“No.” Aqisya hanya tersenyum sedikit. Amsyar Sulaiman? Okey memang dia handsome tapi… bukannya aku suka dia pun. Ish malulah nak cakap pasal bos handsomenya tu. Soalan lelaki Kanada itu di biarkan berlalu dengan jawapan No.

Aqisya masih memerhatikan televisionnya. Fikirannya entah kenapa memikirkan mama. Susahlah jadi anak manja ni nak melekat aje dengan mama.

Tiba-tiba siaran television bertukar.

“Hei!” Aqisya memandang Efron yang sengaja menukar siaran. Baru sahaja dia mahu melihat salah satu perserta yang mahu mempersembahkan hidangannya kepada juri.

“What?” tanya Efron Grey tanpa muka bersalah.

Aqisya pantas meluru ke arah Efron dan merebut remote control dari tangan Efron.

“Give me that remote control!” Aqisya menarik dengan sepenuh tenaga tapi Efron dengan riak biasa masih tidak melepaskan remote. Sengaja ingin melihat wajah Aqisya yang memerah.

Efron menarik remote yang sudah hampir terlepas tapi tanpa di sangka Aqisya tertarik sekali ke arahnya hingga melayang badan Aqisya menghempap dirinya. Efron tanpa sengaja memeluk pinggang Aqisya.

“Ouch!” Terhantuk dahi Aqisya hingga mengena dahi Efron. Aqisya terkaku kerana matanya bertentang dekat Efron.

“Aqisya Adriana!!!” Suara memetir dari arah pintu membuat mata mereka berdua memandang ke arah pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience