BAB 5

Short Story Completed 2971

“Aunty tak sangka Isya buat macam ni. Kenapa bawak balik lelaki masuk rumah! Baru seminggu dekat sini dah buat perangai pulak!” Tengkingan Aunty Suraya membuat Aqisya menunduk.

“Aunty malulah Aqisya tengok perangai Isya macam ni. Ni nasib baik jiran aunty bagi tau. Kalau tak apa lagi yang dibuatnya belakang aunty.” Mata Aunty Suraya cerun memandang Aqisya. Sungguh dia tidak percaya anak saudaranya membuat perangai seperti ini. Syukur kerana Alba jiran rumahnya itu memberitahu yang dia nampak Aqisya membawa lelaki keluar masuk..

“Aunty kitaorang tak buat apa-apa, sumpah! Isya tumpangkan dia, tapi Isya tak tidur sebilik dengan dia aunty. Percayalah!” Setitis air matanya menitis. Pasti dia dilabel sebagai perempuan jalang di mata aunty Surayanya itu.

“Aunty tak tahu nak cakap macam mana lagi Aqisya. Apa aunty nak cakap dekat mama Aqisya nanti?!” kemarahan Aunty Suraya masih belum reda melihat perangai anak sedaranya itu. Pakai aje tudung tapi… nauzubilah!

“Calm down Suraya. Give her explain.” Uncle Edward memegang tangan aunty Suraya. Faham isterinya itu sayang akan anak saudaranya itu. Tapi bila kemarahan menguasai diri tak akan menjadi apa-apa keputusan yang baik.

“Calm down? After all this happen you want me to be calm down? No!” Aunty Suraya memandang suaminya itu. “Aunty nak esok Isya keluar dari rumah aunty. Bawak lelaki ni pergi sekali.” Aunty Suraya berlalu meninggalkan Aqisya masuk ke biliknya.

Aqisya menitiskan air matanya lagi. Lemah aje kakinya itu terus jatuh melutut. Sungguh terasa maruahnya bagai di bakar hangus. Terasa dia tiada harga diri di mata aunty.

“Adriana… are you okey? What is going on?” Efron memandang gadis yang sentiasa menutup rambutnya itu. Dia melutut di sisi Aqisya Adriana. Tangannya ingin mengelap air mata Aqisya tapi Aqisya memalingkan wajahnya.

“We have to go from here tomorrow. Aunty Suraya doesn’t want to see me anymore.” Kata Aqisya menahan esakkannya. Sakit.

“But why?” Mata kelabu Efron menagih jawapan dari Aqisya Adriana. Dia tidak faham apa yang terjadi di antara Aqisya dan ibu saudaranya.

“Can you leave me alone?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience