BAB 11

Short Story Completed 2969

Isya tersenyum lagi. Hisssh… sejak jadi tunang orang ni asyik senyum aje. Aqisya melihat kotak di tangannya. Seutas jam tangan dan tali leher kemas di dalam kotak tersebut. Entah kenapa tiba-tiba aje nak bagi hadiah untuk Amsyar. Selalu Amsyar akan berinya bunga ros merah setiap hari untuknya dengan pelbagai cara.

Isya berjalan ke bilik utama syarikat. Aqisya melihat tempat kerja Sonia yang biasanya berada di depan bilik Amsyar, kosong. Mana pulalah minah sexy ni pergi. Biasanya dengan muka monyok je tengah buat kerja.

“Toilet kot.” Andaian Aqisya.

Perlahan-lahan dia menolak pintu bilik Amsyar. Dia tersenym melihat Amsyar sedang berdiri menghadap pemandangan KLCC yang berada diluar tingkap. Di sebelah Amsyar, Datuk Sulaiman sedang menyelak dokumen yang berada di tangannya.

Aqisya tersenyum lagi. Baru sahaja dia hendak memberi salam kepada Amsyar dan daddy, dia menangkap bicara antara Amsyar dan daddy.

“Daddy nak Am ingat matlamat utama kita. Am kena ingat, kita susah nak dapat pekerja macam Aqisya tu. Jadi daddy harap kalau Am kahwin dengan budak tu, kita boleh pakai segala apa dalam otak dia untuk majukan syarikat kita.” Suara Datuk Sulaiman kedengaran agak mendatar. Dia tidak menyangka gadis itu boleh mendapatkan tander dari syarikat Australia. Otak gadis itu sungguh bijak.

“Am ingat daddy. Cuba daddy tengok sekarang Am dengan Isya dah tunang dah. Lagi berapa bulan aje kitaorang akan berkahwin. Ni menunjukkan yang plan kita hampir berjaya. Daddy jangan risau. Rancangan daddy memang bijak.” Amsyar tersenyum memandang ayahnya yang hampir separuh abad. Senyuman sinis terukir dibibir.

“Syarikat kita akan rugi kalau kehilangan pekerja macam Aqisya. Jadi Daddy nak Am bijak kaut keuntungan.” Datuk Sulaiman menepuk-nepuk bahu Amsyar. Bangga dengan anaknya yang berjaya melaksanakan rancangannya.

Paapp!

Kedua-dua orang yang sibuk bercerita racangan mereka berpusing menghadap bunyi seperti barang jatuh. Datuk Sulaiman terdiam manakala Amsyar terbeliak melihat Aqisya Adriana yang berada di muka pintu.

Mata Aqisya sudah tidak dapat menampung air matanya. Sampai hati Amsayar buatnya begini. Air matanya setitis lagi jatuh. Aqisya pantas pusing dan keluar dari bilik tersebut. Dia terlihat Sonia memandangnya dengan seribu persoalan apabila melihat air mata Aqisya mengalir.

Aqisya pantas memasuki lif. Hatinya bagai dihiris belati tajam.

“Aqisya!!” Suara Amsyar memanggil tetapi pintu lif sudah tertutup.

*****

“Sonia tolong serahkan ni dekat Encik Amsyar.” Aqisya memberi surat kepada Sonia.

“Surat apa ni?” Sonia meneliti surat di tangannya. Wajah sungul Aqisya dipandang sayu. Baru semalam dia terlihat Aqisya keluar dari bilik Amsyar bersama air mata.

“Surat berhenti.” Aqisya cuba menahan air matanya dihadapan Aqisya. Hatinya masih pedih.

“Berhenti? But why?” terangkat kening Sonia tanda pelik. Kenapa nak berhenti. Takkanlah…

“Dia penipu. Aku dah tak sanggup nak tengok muka dia. Dia tipu aku!” Akhirnya setitis air matanya jatuh. Sungguh hati perempuannya tidak kuat hadapinya.

“Isya…” Sonia mengesat air mata Aqisya. Kemudian dia memeluk gadis itu. “Sebenarnya ini yang aku nak cakap dengan kau dari hari tu. Aku dah terdengar rancangan Datuk dengan Amsyar. Tapi tengok cara Amsyar merayu, aku fikir dia memang cintakan kau. Aku minta maaf Aqisya.”

Sonia merenggangkan pelukkannya. Wajah Aqisya di pandang sayu. “Aku dah suruh kau fikir betul-betul sebab aku tak sangup tengok kawan aku terluka.”

“Thanks Sonia. Aku tak akan lupakan kau. Mungkin lepas ni aku dah tak akan jejak lagi dekat sini. “ Aqisya mengesat air matanya. “ Aku pergi dulu.”

*****

Sekeliling bilik tu dipandang sepi. Segala perkakas sudah di kemas. Hatinya sayu meninggalkan tempat yang banyak meninggalkan kenanagan kepadanya. Aqisya meneruskan mengemas bilik kerjanya.

“Aqisya…” Suara menegur dari belakang.

Aqisya menghembus nafasnya perlahan. Suara yang seketika membuatnya senang tapi kini tidak.

“Aqisya please don’t go. I really love you.” Amsyar berdiri betul-betul di belakang Aqisya. Gadis ini harus mendengar penjelasannya dahulu.

“I don’t want to hear anything from you.” Dingin sahaja suara Aqisya.

“Am memang cintakan Isya dari dulu lagi. Sebelum daddy cakap tentang rancangan tu memang Am dah cintakan Isya.” Suara sayu Amsyar. Sungguh dia tak sanggup kehilangan Aqisya yang sudah mencuri hatinya.

“Thank for everything Encik Amsyar. Thank you so much!” Aqisya keluar dari bilik pejabatnya. Tapi langkahnya terhenti apabila lengannya digenggam kemas oleh Amsyar.

“Please Aqisya… I really love you.” Lengan Aqisya ditarik agar di dapat melihat wajah Aqisya.

“Don’t ever ever touch me! Saya benci awak! Saya ingat awak lelaki baik tapi tak! Awak tipu saya! Awak sama aje macam lelaki lain!” Aqisya menarik tangannya. Hatinya yang tersiat-siat bagai tidak boleh dicantumkan lagi. Masih teringat senyuman sinis yang penuh kejam dari Amsyar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience