BAB 1

Short Story Completed 2971

‘’Yahooooooooo!!!! Alhamdulillah! Alhamdulillah!’’

Saat ni dia macam rasa nak jerit kat satu dunia! Aqisya tersenyum-senyum.. Owwwwhh Mama! Orang fikir mungkin dia gila tetapi siapa tak gila kalau kertas kerjanya diterima sebuah syarikat terbesar di Australia!!!

Tak sia-sia bos hantar aku pergi Australia untuk bentangkan kertas kerjanya. Aqisya bersandar di kerusi kereta Volkswagen milik Aunty Suraya nya. Aqisya pantas mendail nombor pejabat bos handsomenya, Encik Amsyar.

Tuuuttt.. Tuuutt…tuuutt…

“Hello, Sulaiman Holding here. What can I help you?” Suara Sonia menembusi corong telefon bimbitnya.

“Hai Sonia. Isya Ad ni. Nia sambungkan dengan bos.” Suara girang Aqisya menegur Sonia merangkap PA Bosnya.

“Hamboi Isya, Mentang-mentang bos hantar kau dekat Australia bukan main lagi.” Sonia gadis kacukan cina dan bidayuh mengusik Isya.

“Alah Nia, sekali sekala. Nia lagilah bos bagi Nia free aje gi cuti setiap tahun. Cakap aje nak pergi mana. Isya ni baru pergi Australia aje tau ni pun sebab kerja. Dah cepat sambungkan dengan bos. Mahal ni bil telefon.” Isya menghentak-hentak kakinya di dalam kereta. Sudah tak sabar nak sampaikan berita yang mengembirakan.

“Yelah.. tunggu kejap” Sonia menekan butang intercom menyambung panggilan kepada boss besar.

“Hello?” Suara garau lemak manis menegur.

“Asalamualaikum Bos, Isya Ad ni.” Suara girang Isya masih kedengaran.

“Waalaikumsalam, Hah Isya. Macam mana di Australia?” Suara Amsyar selaku COO Sulaiman Holding menegur Isya. Rasa selesa dengan pekerjanya yang sentiasa ada idea baru untuk memajukan syarikat.

“Bos rasa?” Sengaja hendak menguji bosnya samada percaya akan kebolehannya atau tidak.

“Tak apalah Isya, mungkin bukan rezeki kita dekat Australia. Tak apalah.” Sayu sahaja suara Amsyar memujuk Isya. Pasti gadis bertudung ayu itu sedih kerana tidak dapat tander yang di harapkan oleh syarikat.

“Bos.. Sebenarnya.. seb.. sebenarnya.. Kita dapat tander tu!!!!! Isya menjerit di dalam telefonnya. Kalau orang lalu lalang mesti rasa dia gila. Sengaja buat gimik konon-konon gagap.

“What? What Isya?! Ki…kita dapat tander tu? Don’t make a joke Isya. It not funny.” Amsyar menggaru kepalanya. Rasa gadis menipunya. Mungkinkah gadis seperti Isya mampu mendapatkan tender yang hampir berjuta million ringgit tu.

“Bos dalam beberapa minit bos akan dapat e-mail dari syarikat ni.” Isya memberi keyakinan kepada bosnya yang kacak gilak!

Tepat jangkaan Aqisya apabila dia menerima e-mail dari syarikat dari Australia.

“Isya.. Isya.. Sa..saya tak tahu nak cakap apa. Thank you Isya. Thank you. Okey saya bagi awak bercuti di Australia. Saya tak kisah berapa lama awak nak ambil cuti. Terima kasih Isya. Saya sayang awak!” Telefon bimbit itu terus dimatikan

Sungguh Amsyar tak percaya tander yang keluar dari kepala otak Aqisya diterima oleh syarikat di Australia. Mana tidaknya kalau tandernya terpaksa bersaing dengan syarikat yang lebih ternama terutamanya syarikat di Amerika.

“Sayang? Poyo pulak bos aku ni. Tak apalah yang penting aku boleh ambil cuti. Hish tak percaya pulak Mr William setuju tander aku. Macam mimpi pulak.” Sempat Isya mencubit pipinya. Kemudian di tampar beberapa kali. Okey ini bukan mimpi.

Aqisya menghidupkan enjin keretanya. Baru hendak mengundurkan keretanya tiba-tiba sahaja keretanya dirempuh oleh sesorang. Isya terkejut dengan bunyi rempuhan yang agak kuat. Lagi terkejut apabila seorang lelaki yang memasuki kereta Volkswagennya.

“Arrrhh!!” terkejut Aqisya melihat lelaki itu yang menyorok di bawah dashboard. Aqisya kalut. Adakah lelaki itu ingin merompak? Atau pembunuh bersiri? Or… perogol? And I’m at Australia!

“Quiet.” Lelaki itu meletakkan jarinya dibibir. Lelaki yang berambut perang berkulit putih melepak itu terjenguk sedikit ke cermin.

Aqisya senyap tanpa kata. Terkejut dia melihat sekumpulan manusia berlari seperti mencari seseorang. Jumlahnya lebih kurang 50 orang. Mereka ke kiri kanan mencari seseorang.

Apabila semua yang berkumpul itu berlalu, lelaki yang menyorok di dalam keretanya itu menarik nafas lega.

“Who are you?” Aqisya masih tak tenang kerana lelaki itu tidak keluar dari keretanya.

“You don’t know me?” lelaki mat salih itu menunjukkan jarinya ke mukanya. Kacak sangat!

“Er…Who are you?” suara yang penuh tanda tanya keluar dari bibir Aqisya. Entah siapa yang masuk ke kereta aku lepas tu tetiba tanya aku kenal dia ke tak.

“Wait.” Lelaki kacak itu membuka radio yang belum terpasang di dalam kereta.

~Just say Nananana.. Love you Nanananana..~

“Owh this song. I love it. Nananana..” Entah macam mana Aqisya mengikut rentak lagu yang berkumandang di corong radio hingga terlupa penyangak di sebelahnya. Lagu yang sedang gempak di seluruh dunia.

“Do you know who the singer?” Lelaki mat salih bertanya kepada Aqisya.

“Efron Grey. So what the problem between you and him?” Aqisya membuat muka pelik kuasa 7. Kenapa dengan lelaki mat salih ni?

“Actually I’m Efron Grey.” Lelaki itu menghadiahkan senyuman yang buat Aqisya cair macam ice cream!

“Are you crazy? HAHAHA!?” meledak ketawa Aqisya. Ini kali pertama dia mendengar orang mengaku jadi Efron Grey!

“Do you think I’m joking? Look!” Lelaki itu mengeluarkan dompetnya dan menunjukkan kad pengenalannya.

Aqisya terdiam. Matanya terkaku di kad pengenalan yang ditujukkan oleh Efron Grey. Efron Drew Grey.

Jujur dia menyukai lagu lagu Efron Grey, tapi dia tak pernah melihat lelaki bernama Efron Grey. Dia kurang minat untuk menyelami dunia selebriti terutamanya majalah-majalah hiburan.

“Do you believe me now?” Efron Grey tersenyum manis.

Aqisya terpana melihat mata Efron Grey yang sama seperti namanya. Mata lelaki itu berwarna kelabu! Cantik! Dan kacak sangat!

“Yess… I believe you. But can I ask you something?” Aqisya masih tak percaya yang seorang penyanyi berada di dalam keretanya.

“Sure.”

“Who are they?” Aqisya menjenguk ke luar kereta samada mereka yang mengejar lelaki itu ada lagi atau tidak.

“Paparazzi. Damn it!” Efron sempat menyumpah paparazzi yang sibuk menjaga hal orang lain.

“That was their task. I thought all celebrity need a paparazzi to make their popularity improve?” Aqisya memeluk tubuhnya lalu bersandar di kerusi keretanya.

“I want to build my carrier with my ability. Not with gossip.” Efron meluahkan isi hatinya.

“Wow.. You make me more like you!” Aqisya tersenyum. Senang berbual dengan lelaki itu. Dia fikir lelaki ini sombong.

“Really? Hey what your name?” dia memandang gadis yang manis bertutup kepala.

“Aqisya Adriana.” Aqisya tersenyum manis. Comellah mamat depan dia. Bosnya yang kacak gila pun boleh kalah.

“Sweet name, Adriana. Nice to meet you.” Efron menghulurkan tangannya kepada Aqisya.

“I’m sorry.I’m a muslim.” Aqisya tidak menyambut salam lelaki itu.

“Oh! I’m sorry. I think you are not from Australia. Am I right?” Lelaki itu masih tidak kurang dengan senyuman.

“Yup! I’m from Malaysia. I stayed here for work. Ermm.. So where you want to go?” Aqisya memandang lelaki bernama Efron Grey.

“Follow wherever you want to go. May I? Just for a week. Please… I’m tired with all my schedule. Please Adriana. Can you take me with you?” Efron menunjukkan baris giginya yang nampak COMEL!

“Err.. Okey!” melihat Efron dia tahu pasti lelaki itu mahukan kebebasan. Mungkin seminggu aje dan aku perlukan penjaga di sini. Tapi boleh percayakah lelaki mat salih ni?

“Thank you Adriana!!” lelaki itu seperti hendak memeluk Aqisya tapi sempat Aqiaya mengelak.

“Opss. I’m sorry.” Efron memerah mukanya.

“Hey you need to pay for this okey.” Aqisya tersenyum nakal menimbulkan kerutan di dahi Efron.

“Pay?” terangkat kening mat salih itu yang berwarna perang.

“You need to sing all your song.”

Mereka berdua ketawa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience