BAB 9

Short Story Completed 3028

Seperti biasa dia memarking keretanya dan kemudian masuk ke dalam bangunan tempat dia mencari rezeki. Masuk ke dalam lif. Butang tingkat 8 di tekan. Aqisya melihat imbasan dirinya di pintu lif. Baju kurung merah jambu menarik hatinya untuk pakai hari ini.

Pintu lif terbuka. Baru sahaja selangkah dia terberhenti. Terkejut melihat seorang lelaki yang berdiri dengan senyuman yang mencairkan bersama bunga ros merahnya.

“Good morning sayang.” Sapa Amsyar dengan senyuman yang tak putus buat gadis di hadapannya.

“Asalamualaikum Encik.” Aqisya membalas senyuman itu.

“Walaikumsalam…” Amsyar tersengih sedikit. “Sayang sampai bila nak panggil encik encik ni. Panggil Am aje okey honey? Tak pun panggil abang ke? Or the more sweet you call me baby?”keningnya terangkat.

Aqisya ketawa. “Baby? Dah besar pun nak kena panggil baby ke?” Aqisya masih ketawa. Sungguh tak sangka boss nya ini sangat romantic and manja.

Bunga di tangan Amsyar di hulur kepada Aqisya. Aqisya menyambut bunga itu. He so romantic. Itu aje yang dapat di ungkap sejak dari hari itu. Dia melangkah menuju ke pejabat. Amsyar juga berjalan saing dengannya.

“Tak salahkan. Sweet juga kalau sayang panggil baby.” Mata nakal itu tak lepas memandang Aqisya. “Lunch with me sayang.” Tangannya menghalang Aqisya dari masuk ke dalam pejabat.

“Okey…” Aqisya tersenyum manis kepada Amsyar. “Nak masuk.” Dia memandang Amsyar apabila tak mahu menurunkan tangannya.

“Nak masuk? Ni satu.” Amsyar menunjukkan pipinya mengisyaratkan mahu satu ciuman dari Aqisya.

“Encik Amsyar…!” memerah muka Aqisya apabila melihat wajah nakal Amsyar.

“Okey… okey… but before that. Call me with something sweet. So I can start my work with happy and peace.” Amsyar tersengih nakal.

Aqisya menelan liurnya. Okey nak sangatkan. “My dear Amsyar Sulaiman. Boleh tak Isya nak masuk. I have a lot of work to do my dear sweet heart.” Aqisya tersenyum. Dia pun tak sangka boleh ucap macam tu.

“Sure my lovely.” Panjang sengih Amsyar memandang Aqisya yang malu-malu itu. Amsyar mengeyit matanya kepada Aqisya.

“Nakal!” Aqisya pantas mencubit lengan sasa milik Amsyar. Tindakan reflaksi itu langsung tak dijangkakan.

“Ouch! Sayang ni, tak baik tau!” Amsyar masih dengan sengihannya yang tidak putus melihat tindakan reflaksi Aqisya yang dia yakin Aqisya tidak sengaja. “Okey sayang, jumpa masa lunch nanti.”

Aqisya terdiam. Macam mana pula dia boleh tercubit Amsyar!! Aqisya menutup mukanya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience