BAB 13

Short Story Completed 2969

Aqisya keluar dari butik meninggalkan Amsyar yang berada di dalam butik itu. Kemudian menapak ke lorong belakang kedai yang menempatkan kereta Suzuki Swiftnya yang di parking jauh kerana tiada parking terdekat di hadapan butik itu. Dia menekan punat keretanya.

Tiba-tiba sahaja beberapa orang lelaki mengerumuninya. Aqisya terkejut apabila salah seorang menyentuh tangannya.

“Hai seorang aje? Nak kita orang teman?” Tanya lelaki yang menyentuh tangan Aqisya. Lelaki itu menyimpan senyuman jahat.

“Nak apa ni!” Aqisya merentap tangannya. Dia memandang semua lelaki yang kira-kira 5 orang itu. Hatinya sudah tidak sedap hati.

“Garangnya! Tapi kitaorang suka!” Salah seorang lelaki menolak tubuh Aqisya ke kereta gadis itu. Kemudian dia pantas mendekati dirinya kepada Aqisya dengan senyuman jahat.

Aqisya sudah terlorot jatuh. Cepat dia menutup tubuhnya. “Tolong jangan apa-apakan saya!” Aqisya mengalirkan airmata apabila salah seorang daripada mereka mendekatkan diri dengannya.

“Tolong!!! Tolong!!! Amsyar!” menjerit Aqisya apabila lelaki itu memegang kedua-dua belah tangannya. Ya Allah! Bantulah hambaMu ini!!! Aqisya menolak tubuh lelaki yang tidak di kenali itu. Tapi apakah kekuatan seorang wanita melawan lelaki.

“Amsyar!! Tolong!” Air mata Aqisya mengalir. “Amm….” Aqisya tidak dapat membuat apa-apa lagi apabila mulutnya di tutup. Ya Allah!

“Aqisya!!!”Tiba-tiba suara dari belakang menjerit membuatkan 5 orang lelaki memberhentikan perkara yang terkutuk mereka.

Aqisya terkejut melihat seorang lelaki datang menumbuk lelaki yang menganggunya. Aqisya ditolak kasar ke tanah apabila lelaki yang ingin menodainya itu di pukul oleh lelaki yang datang tiba-tiba.

Kepala Aqisya terhentak ke tanah. Matanya berpinar. Tubuhnya terasa lemah apabila bergelut tadi. Matanya masih dapat menangkap lelaki yang sedang mengerjakan penjahat-penjahat itu. 5 lawan 1, siapa akan menang? Akhirnya, 5 orang lelaki itu mencecet lari meninggalkan Aqisya dan lelaki yang menolongnya tadi.

“Aqisya…”

Aqisya tidak dapat menahan matanya lagi. Kemudian matanya tertutup.

“Aqisya!!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience