BAB 7

Short Story Completed 2969

Aqisya memasuki lif. Hai… baru balik semalam terus dah kerja. Boring pulak duduk rumah tak buat apa-apa. Lif terbuka. Kening dia terangkat melihat sekeliling pejabat.

“Eh? Tak ada orang kerja ke hari ni?” Aqisya memandang sekeliling. Tak ada orang? Dia menggaru kepalanya yang tertutup selendang . Seriously this is strange.

PAAPPPP!!!

“SURPRISE!!!”

Terkejut Aqisya apabila bunyi letupan itu menerjah telinganya. Mereka semua keluar dari tempat persembunyian dengan senyuman.

“Tahniah Isya!” beberapa orang meluru ke arahnya mengucapkan tahniah.

“Oh buat surpriselah ni! Tak guna betullah korang ni.” Aqisya mencebik ke arah mereka. Siot betullah kawan-kawan sekerja aku ni.

“Ada lagi.” Suara Sonia kedengaran tapi tak nampak pulak orangnya. Dia cuba tercari-cari orangnya itu.

“Congratulation dear! Tak sangka kau boleh dapat tender tu!” Sonia keluar dengan kek di tangannya.

“Hei! Hari ni bukan birthday aku lah!” Isya memandang muka Sonia. Secretary bosnya ni tak boleh dijangka.

“Bengonglah kau ni. Ni sebagai ucapan tahniah kitaorang untuk kau. Secret recipe!.” Kek besar di letak di atas meja dan di bahagikan kepada mereka yang berada di dalam pejabat.

“Terharunya. Thanks you guys!” Aqisya tersenyum memandang seluruh rakan kerjanya. “Tapi macam ada yang kurang.” Entah kenapa soalannya itu terpancul. Mana perginya…

“Sebab saya tak ada ke?” Suara yang menegur dari belakang membuat semua di situ berpaling ke belakang.

“Hah ni semua idea big bos kitalah. Semua ni dia yang sponsor.” Sonia memberi kek itu kepada Amsyar.

“Really? Thank you bos.” Aqisya menghadiahkan senyuman untuk bosnya yang kacak membunuh. Tinggi. Badan sasa. Handsome. Muka. Waduh… waduh…. Susah dibilangi mukanya kayak gimana. Aaron Aziz? Bosnya lagi handsome. Okey ala-ala prince charming gitu.

“We are mostly thanks to you sebab berjaya mendapatkan tender tu. We were proud of you Aqisya.” Bosnya yang masih single itu tersenyum. Beberapa pekerja wanita memegang dada apabila melihat senyumannya yang waduh… mencairkan

Tak putus-putus ucapan tahniah dari semua rakan sekerjanya. Nak berbuih mulut Aqisya mengucapkan terima kasih kepada mereka semua. Terasa dihargai sangat.

“Okey guys I got an announcement to say!” Suara tegas itu membuat semua mata memandang Amsyar selaku COO Sulaiman Holding.

“Hari ni sebenarnya bukan sahaja nak meraikan salah seorang rakan sekerja kita yang berjaya mendapatkan tender besar dari Australia. Tapi saya ada sesuatu nak umumkan.” Amsyar sudah memandang seluruh pekerjanya yang tidak sabar menunggu pengumuman dari Amsyar Sulaiman.

Tangannya yang di belakang di keluarkan. Semua mata terbeliak melihat sejambak bunga ros merah yang mekar di tangan bosnya itu. Setapak-setapak Amsyar melangkah ke depan. Kemudian dia berdiri dihadapan Aqisya

“Aqisya Adriana, will you marry me?” Lelaki itu melutut di hadapan Aqisya dan mengeluarkan kotak baldu di kocek bajunya.

Semua mata sudah melebihi had mata terbuka. Bosnya yang kacak membunuh melamar Aqisya yang cukup menawan di pejabatnya itu. It was a proposal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience