BAB 12

Short Story Completed 2969

Hujan lebat membuatkan hati Aqisya terasa sayu. Berhari hari dia tidak keluar dari rumah.Hatinya kosong. Bunyi hujan bagai meraikan kesedihannya.

Deringan telefon bimbit menyedarkan Aqisya dari lamunan. Dia melihat telefon bimbitnya itu. ‘Amsyar’. Nama itu tertera pada telefonnya. Ahhhh! Apa lagi lelaki ni nak lagi?

Aqisya membiarkan sahaja. Akhirnya termati sendiri. Kemudian deringan telefon bimbit itu berbunyi lagi. Telefon bimbit Aqisya berbunyi dan mati berkali-kali. Bunyi itu membuatkan Aqsiya naik angin. Ingin aje di hempas telefon bimbitnya itu.

Panggil telefon bimbit masih berbunyi. Arrrhh. Aqisya menekan punat hijau menjawab panggilan tersebut. “Apa yang Encik Amsyar nak hah?!” Suara Aqisya jelas menunjukkan yang dia tidak senang dengan lelaki bernama Amsyar.

“Aqisya…” kedengaran suara itu sangat lemah.

Aqisya terdiam. Bunyi petir sambung menyambung membuat hati Aqisya resah.

“Encik Amsyar nak apa?” Aqisya merendahkan suaranya. Dia berasa pelik dengan keadaan Amsyar yang tidak seperti selalu yang sering merayu. Tapi dia rasa keadaan Amsyar seperti orang menahan sakit.

“Aqisyaa…” suara Amsyar dari corong telefon membuat Aqisya tak sedap hati.

“Encik Amsyar… sakit ke?” Aqisya mula risau dengan keadaan Amsyar.

“Aqisya open the sliding window please. I’m freezing out here.”suara Amsyar yang tergetar-getar itu hampir membuat telefon Aqisya terlepas dari tangan.

Pantas Aqisya menarik langsir biliknya. Terbuntang matanya melihat Amsyar yang mengigil kesejukkan sambil memeluk tubuh di blakoni biliknya. Kemudian dia tutup semula langsir. Baru dia teringat yang dia tidak memakai tudung.

Aqisya menyarung tudungnya yang memang terletak di dalam almari. Kemudian dia membuka semula langsir dan keluar ke blakoni.

“Am buat apa kat sini? Macam mana Am naik blakoni ni?” risau dia melihat muka Amsyar yang putih itu memerah. Jelas dari raut wajah lelaki itu sedang menahan sakit dan kesejukkan. Lelaki itu hanya berT-shirt dan jeans mengigil seluruh badan.

“Am nak minta maaf kat Isya…” tangan Amsyar mengeluar sekuntum bunga ros dari belakang tangannya. Tangan lelaki itu mengeletar kesejukkan. Harap tak sia-sia dia memanjat blakoni bilik Aqisya yang berada di tingkat dua semata-mata untuk melihat gadis bertudung ayu itu.

Aqisya terkaku melihat Amsyar dengan ros di tangan. Hatinya di paut rasa sayu.dia yakin masih ada rasa sayang untuk lelaki itu tetapi setelah perkara sebenar terbongkar rasa sayang itu hampir hilang.

Bunyi dentuman petir berbunyi lagi. Hujan sudah membasahi mereka berdua yang msih terkaku di blakoni. Kaki Amsyar yang mengigil mengambil langkah setapak mendekati Aqisya.

“Aqisya….”

Tiba-tiba sahaja tubuh Amsyar terjelepuk jatuh di hadapan Aqisya. Pantas Aqisya menerpa ke arah Amsyar yang sudah terbaring lemah.

“Am… Am… bangun… kenapa ni?” Aqisya memangku kepala Amsyar. Dia mengoyangkan bahu Amsyar. Tangannya cepat memegang dahi Amsyar.

“Ya Allah… Panasnya badan Am!” Hatinya resah. Sungguh badan lelaki itu panas sangat. “Mama!! Ayah!!!”

*****

Aqisya memerhatikan Amsyar yang terbaring di atas katil biliknya. Dia tidak dapat nak mengambarkan rasa hatinya sekarang. Sedih? Marah? Gembira? Entahlah. Tapi kenapa Amsyar bersusah payah panjat blakoni biliknya semata-mata menyatakan rasa maaf.

“Isya… mama tak tahu nak cakap macam mana. But I think he really love you. Mama serahkan dekat Isya samada nak terima Am atau tidak. Itu masa depan Isya.” Tegur Puan Erma yang berdiri di sebelah anaknya.

“Tapi dia tipu Isya mama…” Mata Aqisya masih tak lepas dari memandang Amsyar.

“Hati manusia berubah sayang. Nah, ni nanti bila Am dah bangun Isya suruh dia makan.” Puan Erma meletakkan dulang makanan di atas meja di dalam bilik Aqisya. Sungguh dia terkejut dengan tindakkan bakal menantunya yang berani untuk memujuk Aqisya yang merajuk.

“Thanks mama.”

“Mama nak keluar. Jangan tutup pintu tau. Ingat batas.” Tegas Puan Erma lalu keluar dari bilik.

Aqisya hanya mengangguk. Apabila susuk tubuh Puan Erma hilang dalam pandangan matanya, dia kemudian mengambil tempat di sebelah Amsyar.

“Isyaa.. please… jangan tinggalkan Am…Isyaa…” Amsyar meracau-racau. Peluh merintik di dahinya.

“Am… Am… bangun!” Aqisya mengoyangkan bahu Amsyar yang meracau namanya.

Amsyar tersentak. Dia membuka matanya luas-luas. Aku kat mana? Dia melihat sekeliling bilik yang agak asing. Kemudian matanya tertacap kepada seorang gadis bertudung di sebelahnya. Seorang bidadari yang sungguh manis.

“Aqisya?” Amsyar cuba bangun tapi kepalanya berpusing. Dia memegang dahinya yang terdapat kain basah.

“Encik baring aje. Jangan buat apa-apa. Badan encik masih belum sembuh.” Aqisya bangun lalu menuju ke meja kerjanya dan mengambil dulang makanan yang terisi semangkuk bubur dan segelas air berserta panadol yang di tinggalkan oleh mama.

“Encik makan dulu ya.” Dulang itu di letak di tepi meja. Kemudian dia membetulkan duduk Amsyar yang hendak makan.

“Isya can you forgive me?” Soalan itu terpancul apabila Aqisya hendak menyuap bubur ke mulutnya.

“Encik kena makan dulu.” Aqisya masih memegang sudu untuk menyuapkan Amsyar.

“I will eat after you answer my question. Are you forgive me?” tegas Amsyar.

“Lepas apa awak buat dekat saya, senang-senang saya nak maafkan awak? Lantak awaklah nak makan ke tidak!” Aqisya sudah meletakkan mangkuk bubur itu di tepi meja. Matanya sudah berair menahan sedih dan sakit hati.

“Uhhkkk… Uhhhkk… Aqisya…” Suara serak Amsyar membuat langkah kaki Aqisya terhenti.

Am… please don’t do this to me. Aqisya menahan air matanya.

“Am tak larat nak suap. Can you help me?” Amsyar mengharap Aqisya dapat memaafkan dirinya. Hidupnya terasa sunyi tanpa liuk suara dan ketawa manja Aqisya.

“Saya harap Encik balik lepas makan.” Dingin sahaja suara Aqisya. Aqisya kemudian duduk di sisi Amsyar.

“Oucch!” Amsyar memegang kakinya apabila Aqisya terlanggar kakinya.

Berkerut dahi Aqisya. Kenapa? Pantas Aqisya melipat seluar Amsyar. Terkejut Aqisya apabila melihat luka di lutut lelaki itu.

“Kejap. Saya ambil first-aid.” Aqisya bangun lalu keluar dari bilik. Dia menutup mulutnya. Tanpa sedar air matanya menitis.

Amsyar mengeluh sedikit. Kemudian dia melihat luka di lututnya itu. Amsyar tersenyum hambar. Luka itu kerana dia bersusah payah panjat blakoni bilik Aqisya. Kemudian tergelincir sedikit kerana air hujan yang menyukarkannya untuk memanjat blakoni itu.

Sukarkah Aqisya menerimanya kembali? Ros merah di atas meja di pandang sepi. Apakah ros itu tak mampu melembutkan hati gadis lembut itu?

*****

Aqisya memandu kereta Suzuki Swift birunya melunsur jalan raya. Hatinya masih bercelaru. Patutkah dia terima Amsyar? Mama dan ayah memang dah berkenan dengan Amsyar tapi hatinya masih belum dapat memaafkan Amsyar lagi.

Keretanya berhenti pada lampu merah. Aqisya menyandarkan kepalanya pada kerusi. Kusutnya kepalanya tak dapat terucap.

Tiba-tiba Aqisya terdengar suara sayup-sayup dari luar. Pantas dia mematikan radio kereta dan membuka tingkap keretanya.

Allahhuakbar Allahhuakbar!

Aqisya Adriana menutup matanya menikmati kelunakkan suara azan yang berkumandang. Subahanallah, lunaknya suara tu. Aqisya membuka matanya. Di persimpangan jalan baru dia terperasan terdapat sebuah masjid.

Pinnnnn!!!

Aqisya tersedar dari lamunan apabila bunyi hon dari kenderaan belakang. Kemudian dia melihat lampu merah sudah bertukar menjadi hijau. Aqisya memandu kenderaannya. Tangannya membelok memasuki pekarangan masjid.

Bukankah azan berkumandang memanggil umat islam menunaikan kewajipannya.

*****

Aqisya keluar dari masjid itu. Allahhuakbar! Tenang sungguh hatinya. Aqisya berjalan menuju ke keretanya. Dia menyelongkar beg tangannya mencari kunci keretanya.

“Ouch!!!” Aqisya mengaduh apabila bahunya dilanggar seseorang.

“I’m so sorry. Maaf!.” Suara itu meminta maaf.

Aqisya mengangkat kepala memandang gerangan orang yang melanggarnya. Terlepas kunci kereta dari tangannya.

“Ef…Ef.. Efron? Efron Grey?” terbuntang matanya melihat lelaki yang tegap berdiri di hadapan matanya.

“Ad? Adriana?” Lelaki itu meluruskan telunjuknya kepada Aqisya. Gadis ayu bertudung itu masih sama seperti pertama kali dia berjumpa.

“What are you doing here?” Aqisya melihat wajah Efron. Terkejut melihat lelaki itu di hadapan pekarangan luar masjid. Yang lebih memeranjat melihat imej lelaki itu berkopiah!

“Prayer. Well, my name is not Efron anymore. My name is Muhammad Islam.” Lelaki itu tersenyum nipis. Tak sangka akan menemui gadis ini di hadapan masjid. Juga di Malaysia.

‘I don’t know her.’

Suara Efron Grey ketika di temu ramah di television membuat Aqisya tersedar. Telinganya terngiang-ngiang perkataan itu.

‘I will never forget everything about you. You make me feel peace with you.’

Aqisya mengeleng kepala. Dia tidak harus mudah percaya dengan kata-kata lelaki. Apa yang Efron katakan dahulu menghiris hatinya. Lelaki semua sama je!

“I have to go.” Aqisya menekan punat keretanya. Kemudian dia cepat masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Kemudian meninggalkan pekarangan masjid.

Muhammad Islam? Dia dah convert Islam?

*****

Aqisya Adriana memandang baju pengantin yang tersarung di badannya. Cantik! Itu sahaja yang mampu dia katakan. Sulaman biru yang lembut memang sesuai dengan kulitnya.

“Sayang… you look so beautiful!” Suara ceria itu kedengaran sebaik dia keluar dari bilik persalinan.

Aqisya Adriana tersenyum nipis. Dia melihat wajah Amsyar yang kacak dengan baju melayu yang sepasang dengannya. Amsyar memang kacak. Tak akan mana- mana perempuan yang mampu melepaskan lelaki seperti Amsyar jatuh ke tangan orang lain.

Aqisya melihat imejnya di cermin. Inikah yang harus aku pilih? Memilih Amsyar sebagai teman hidupnya. Dia mengeluh sedikit. Aqisya… kau akan hidup dengan Amsyar selama-lamanya. Bukannya 2, 3 hari. Fikir Aqisya.

“OMG! Korang berdua ni memang sweet couple laa! Memang padan betul!” suara lembut dari Joty atau Johan salah seorang pekerja di butik tersebut yang lembutnya menggalahkan pudding.

Aqisy tersenyum hambar. Kemudian mengeluh. Padan?

“Aqisya kenapa mengeluh ni sayang?” tanya Amsyar bila melihat muka Aqisya tak tersenyum seperti selalu.

“Err.. tak adalah.” Aqisya menunduk. Hari tu cara mama dengan ayah pujuk dirinya seperti mereka menyuruh Aqisya memilih Amsyar sebagai suami. Tapi hati bercelaru.

“Encik… Isya nak baliklah. Penat.” Kata Aqisya rendah. Aqisya tidak memandang wajah Amsyar. Hatinya masih terluka. Dia menerima Amsyar kerana Mama dan ayah.

“Isya kenapa? Isya sakit ke?” Amsyar bertanya risau. Siapa tak risau kalau pengarang jantungnya itu sakit.

“No… Isya cuma penat aje. Okey:” Isya tersenyum nipis. Dia keliru apakah keperihatinan Amsyar ini lakonan atau sebenar.

“Kalau macam tu Am hantar eh.”

“No… tak perlu. Isya bawak keretakan. Nanti nak letak mana kereta Isya tu.” Aqisya Adrian melarikan matanya apabila dipandang Amsyar.

“Okeylah kalau macam tu.” Amsyar tersenyum sedikit. Aqisya masih marah akan dirinya lagi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience