BAB 14

Short Story Completed 2969

6 Tahun Kemudian.

Aqisya menghirup teh di taman belakang rumahnya. Cuaca yang sejuk terasa di seluruh badan. Teh yang dihirup terasa sangat melalui tekaknya. Nyamannya!

Tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang oleh seseorang kemudian pipinya dikucup membuatnya terkejut.

“Amsyar!!! Terkejut tau!” Aqisya mencubit hidung Amsyar. Geram di perlaku begitu.

Amsyar tersengih panjang.

Aqisya memerhatikan wajah Amsyar yang duduk di hadapannya. Tangannya merayap pada wajah Amsyar. Diusap wajah dan rambut Amsyar dengan lembut. Bibirnya mengukir senyuman. Mata Amsyar sangat cantik!

Tiba-tiba tubuhnya dipeluk dari belakang kemudian pipinya dikucup di sebelah kanan. Pantas Aqisya menoleh. Kemudian bibirnya pula dikucup kejap.

“Efron Grey!!!” merah muka Aqisya memandang Efron yang tersengih nakal.

“My dear… how many time do I need to tell you. Muhammad Islam sayang… Muhammad Islam.” Efron mengambil tempat di sebelah Amsyar.

“Malulah depan Amsyar!” Aqisya menarik muncung depan Efron. Opss Muhammad. Salah pulak

“Kenapa pula nak malu. Kan Amsyar kan.” Lancar sahaja Efron Grey a.k.a Muhammad Islam itu berbahasa melayu. Mana taknya kalau setiap hari sumbat sambal belacan gila tak lancar.

“Daddy you are so naughty with Mummy!” Amsyar tersengih lagi. Jari kecil itu menghayunkan jarinya di hadapan Efron Grey.

Aqisya menarik hidung anaknya. Keletah betul anaknya yang baru berumur 4 tahun itu. Perangainya sama sahaja dengan daddynya “Come to mummy.” Aqisya mendepakan tangan kepada Amsyar.

Amsyar pantas bangun dan duduk diriba ibunya. Di peluk tubuh ibunya itu.

“Daddy macam mana? Daddy pon nak mummy peluk.” Efron Grey a.k.a Muhammad Islam masih dalam sengihannya.

“Daddy duduk tepi.” Amsyar menunjukkan baris giginya yang sudah hilang sebatang gigi susunya.

Aqisya Adriana ketawa melihat suaminya menarik muka masam. Di pandang lagi wajah anaknya itu dengan kasih. Dia suka mencubit hidung Amsyar kerana hidungnya sama dengan suaminya, mancung. Kemudian mata Amsyar juga sama dengan Efron Grey a.k.a Muhammad Islam. Warna kelabu!

“Amsyar I think you better go in and take a shower. Kejap lagi Nanny Suraya datang. Tengok Amsyar busuk macam ni, mesti tak nak kawan dengan Amsyar lagi.” Efron mengugut Amsyar.

“Lily ada tak?” Tanya Amsyar polos.

“Mestilah ada. Eee… malulah kalau Lily tengok Amsyar busuk macam ni.” Aqisya tersenyum sendiri.

Aunty Suraya dan Uncle Edward akan datang ke UK semata-mata untuk melawat mereka sekeluarga. Aqisya tersenyum lagi. Baiklah tiba masanya dia menceritakan segala-galanya.

Semasa 6 tahun yang lepas Aqisya di selamatkan Erfon Grey a.k.a Muhammad Islam dari di nodai oleh penjahat- penjahat. Bersyukur sangat sebab Muhammad Islam yang selamatkan aku tepat pada masanya.

Setelah beberapa pertemuan dengan Muhammad Islam akhirnya dia memilih lelaki itu sebagai suami setelah istikharah. Alhamdulilah dia bahagia dengan lelaki itu.

Bagaimana Efron Grey menjadi Muhammad Islam? Atau senang cerita macam mana Efron Grey masuk Islam. Jawapan Efron Grey.

“Saya mula kenal Islam selepas saya dengar awak membaca Alquran setiap pagi semasa kita di Australia. Ingat tak masa kita di zoo, kita hampir sahaja di ketahui. Tetapi awak cakap saya suami awak yang bernama Muhammad. Saya cari siapa Muhammad, kemudian baru saya tahu Muhammad itu adalah Rasulullah dan saya belajar lebih dalam mengenai Islam.”

Indahkan Islam tu. Alhamdulilah… Sekarang Efron Grey or Muhammad Islam bergiat dalam bidang dakwah. Masih menyanyi tapi menyanyi lagu dakwah. Beberapa bulan lagi Muhammad Islam akan berkolaborasi dengan Maher Zain untuk album terbaru mereka.

Hah! Ingat tak suara azan yang dengar dekat masjid yang simpang jalan. Itu adalah suara Muhammad Islam. Lelaki itu ada konsert Islamik di Malaysia sebenarnya. Dan tujuan keduanya ada mencari Aqisya Adriana. Sweet tak!

Aqisya Adriana tersenyum bahagia. Apa kisah mengenai dirinya? Dia menjelajah dunia bersama suaminya Muhammad Islam menyebarkan syiar Islam. Sekarang mereka menetap di UK. Hatinya benar-benar terikat dengan lelaki bernama Muhammd Islam dan akhirnya diberikan cahaya mata bernama Amsyar Haikal Grey bin Muhammad Islam.

Kenapa letak nama Amsyar jugak? Entahlah. Efron suka sangat nama Amsyar tu. Terutama sekali bila dia mengenalkan Amsyar Sulaiman bekas tunang yang tak jadi itu kepadanya. Seriously Efron langsung tak jealous!

Apa jadi dengan Amsyar Sulaiman? Ish tak sabar betul! Okey Amsyar sudah berkahwin. Gadis pilihannya bernama Siti Hawa. Manis gadis itu. Siapa Siti Hawa? Banyak tanya pulak korang ni. Okey ingat tak Sonia? Alah gadis kacukkan cina tu. Yes dialah. Akhirnya Sonia menemui jalan Islam. Alhamdulilah.

Aunty Suraya? Aunty Suraya sudah mengetahui pekara sebenar dan dia menerima Muhammad Islam dengan hati terbuka. Aunty Suraya mengambil anak angkat. Namanya Lily, sebaya dengan Amsyar.

Alhamdulilah…. Alhamduliah… Alhamdulilah! Itu sahaja yang boleh dia ucapkan mengucap rasa syukur kepada Allah. Dia di beri suami yang berusaha mencari jalan syurga. Mempunyai anak yang bijak.

“Sayang kenapa senyum-senyum ni?” Muhammad Islam mengambil tempat di sebelah Aqisya Adriana. Tangan menjalar ke pinggang isteri kesayangannya itu.

“Teringat kisah dulu-dulu.” Aqisya mencubit pipi Muhammad Islam yang putih kemerah-merahan. Muhammad Islam tak seromantik Amsyar Sulaiman yang memikat dengan Ros merah. Tapi Muhammad Islam tetapi ada kelebihannya.

“Asalamualaikum anak daddy… what are you doing inside there? Dah makan belum? Jangan main kasar-kasar okey my dear! I can’t wait to see you!” Muhammad Islam mengusap perut Aqisya Adriana yang memboyot sedikit. Hatinya gembira dengan kedatangan cahaya mata baru penyambung umat Muhammad sebagai penyeri rumah tangganya.

“Thank you sayang for everything.” Mata kelabu Muhammad Islam mengusap pipi Aqisya pula.

“I love you Muhammad Islam!” Aqisya Adriana mengucup pipi suaminya.

“See… I can make women melt in 3 second. Am I right?”

Aqisya ketawa lagi. This is a story. Story of our love. Tentang bagaimana kamu itu beerti bagiku dalam hidupku dan di seluruh chapter hidupku yang mendatang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience