BAB 10

Short Story Completed 2971

Dua bulan kemudian.

Aqisya tersenyum sendiri. Jari manisnya di pandang.Sudah sebulan berlalu, siapa sangka dia menjadi tunang kepada Amsyar Sulaiman. Aqisya masih tersenyum sendiri lagi. Suasa di dalam Suria KLCC itu langsung tidak menghalangnya dari berangan tentang tunangnya. Amsyar Sulaiman! Ahhh! Aku dah angau!

Aqisya melalui sebuah kedai hingga ke sebuah kedai. Hujung minggu dihabiskan masa bersendirian untuk shopping. Kakinya yang sedang elok diatur kemudiannya berhenti. Dia terhenti di hadapan sebuah kedai.

Aqisya memandang majalah yang menarik minatnya. Pantas dia mengambil majalah yang cover modelnya adalah Efron Grey! Aqisya menyelak-yelak helaian majalah tersebut. Dia terhenti pada halaman yang memaparkan tentang Efron Grey.

Efron Grey in relationship with Vennesa Tyea. Aqisya terdiam. Kemudian tersenyum sendiri. Kalau Efron in relationship, Aqisya Adriana in relationship with Amsyar Sulaiman. Aqisya menutup majalah. Stop being childish, Aqisya.

Langkahnya di atur maju ke hadapan. Stop looking back. Yes stop looking back!

*****

Aqisya keluar dari lif. Baru beberapa langkah dia terhenti apabila ada orang yang memanggil namanya.

“This is for you.” Emran, salah seorang rakan kerjanya memberi sekuntum bunga ros merah buat Aqisya. Aqisya terpinga-pinga tapi menyambut juga.

“Cik Isya for you.” Siti memberi sekuntum bunga lagi buat Aqisya.

“Thanks.” Aqisya tersenyum pelik.

“Isya, nah untuk kau.” Hariz memberi sekuntum bunga lagi.

“Cantik Cik Isya hari ni.” Bunga dari mat despatch.

“Nah… “ Syaf menghulurkan sekuntum ros merah.

Sampai di mejanya hampir 11 kuntum bunga dari rakan sekerjanya membuat Aqisya pelik. Apa kena diorang hari ni. Ada promotion bunga ke?

Tok Tok Tok…

Aqisya mengangkat muka. Wajah Sonia meyapa dengan senyuman.

“Nah untuk kau.” Sonia memberi sekuntum bunga ros merah dan sekeping kad untuknya.

“Te…rima kasih…” Aqisya menerimanya dengan nada pelik. Ada lagi?

“Aku keluar dulu ada banyak kerja.” Sonia tersenyum lalu keluar dari pejabat Aqisya.

Aqisya mengambil bunga ros itu dan kad. Pantas dia membuka kad tersebut.

My dear Aqisya…

Hari ni Am tak dapat teman sayang lunch. Am kena pergi Johor. But don’t worry, esok Am masuk kerja. I promise you. Miss you so much sayang! Hopely you like the 12 roses.

Your fiance, Amsyar Sulaiman.

Aqisya tersenyum sendiri. Dia punya kerjalah ni. Aqisya memandang ros yang berada di atas meja. Amsyar Sulaiman! Meleret senyumannya. Dan dia sudah jatuh cinta dengan Amsyar Sulaiman

*****

Aqisya membawa beg kertas itu menuju ke pejabat Amsyar. Dia melihat Sonia ralit melakukan kerjanya di meja luar bilik pejabat Amsyar.

“Sonia… bos ada tak?” Aqisya memandang Sonia yang manis dengan baju kurung.

“Ada.” Sonia tersenyum manis.

Aqisya mengetuk pintu kemudian masuk ke dalam pejabat tersebut. Dia terlihat Amsyar dengan kaca matanya ralit melakukan kerja.

“Asalamualaikum!” Aqisya menegur Amsyar.

“Eh Waalaikumsalam. Isya masuklah.” Tersenyum Amsyar melihat tunangnya yang manis itu datang. Dia menanggalkan cermin matanya. Pantas dia duduk sofa yang berada di pejabtnya. Rindu dengan tunangnya itu.

“Dah masuk lunch time. Sudah-sudahlah tu buat kerja.” Aqisya mengambil tempat di hadapan Amsyar yang duduk di sofa itu. Beg kertas di letak di atas meja.

Amsyar tersenyum melihat keperihatinan Aqisya “Apa tu sayang?” dia melihat beg kertas yang di letakkan di atas meja.

“Isya masak ni untuk Am.” Aqisya tersenyum senget. Ni baru first time dia masak untuk Amsyar.

“Really?! Wow… sayang ni macam tau-tau aje Am tengah lapar.” Senyuman meniti di bibir Amsyar. Matanya tidak lepas memandang Aqisya yang manis bertudung biru hari ini.

Aqisya mengeluarkan isi yang berada dalam beg kertas kemudian di hidangkan kepada Amsyar.

“Wahhh… sedapnya bau. Sayang tahu macam mana nak pikat hati Am kan?” Amsyar sudah menggosokan tangannya tanda sudah tidak sabar untuk makan.

“Isya masak simple je untuk Am. Nah, enjoy it!” Aqisya sudah siap menghidangankan nasi kerabu untuk Amsyar.

“Am nak rasa bakal isteri Am masak. Bismillah.” Amsyar menyuap Nasi Kerabu kemulutnya kemudian terhenti suapannya.

“Kenapa tak sedap ke?” Aqisya memandang Amsyar yang berhenti menyuap Nasi Kerabu. Hatinya sudah tidak sedap hati.

“Sayang, this is the best Nasi Kerabu I have eat! Sedap!” Amsyar menyambung suapanya. Sungguh dia tidak tipu. Masakan Aqisya memang sedap! Kalah Restoran SeriYati yang biasa dia makan bersama Aqisya.

Aqisya tersenyum lega. Dia mentongkat dagu melihat Amsyar makan dengan seleranya. Hatinya sudah penuh dengan kata-kata Amsyar yang sarat dengan cinta. Amsyar pandai mengambil hatinya dan sangat romantik.

Amsyar… Mukanya yang kacak. Hatinya yang baik. Dan segala-galanya sempurna.

“Sayang tak makan ke?” Amsyar memandang Aqisya yang tersenyum memandangnya makan.

“Isya tengok Am makan dah kenyang.” Isya tersenyum ikhlas. Hilang rasa penatnya bangun awal semata-mata untuk masak. Mama dengan ayah sudah mengusiknya kerana nak masak nasi kerabu untuk bakal anak menantu mereka. Resepi rahsia family.

“Isya… nah buka mulut. Aaaa…” Amsyar sudah menghalakan sudu dipegangnya kepada Aqisya.

“Am makan ajelah. Isya dah kenyang.” Aqisya menunduk malu. Bukan malu tapi segan melihat Amsyar mahu menyuapnya makan. Bukan sama ke malu dengan segan.

“Satu aje… Please…” Amsyar sudah buat muka merayunya, Aqisya menyambut suapan Amsyar walaupun malu.

“Sedap tak?” Amsyar memandang Aqsiya yang comel itu.

“Isya masak mestilah sedap!” Aqisya ketawa mendengar soalan Amsyar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience