BAB 15

Romance Completed 8455

Safiyya membetulkan rambutnya yang ditiup angin laut. Sesekali air

matanya diseka. Hari ini, Aiman bakal diijabkabulkan dengan gadis itu. dan dia sendiri tak mampu untuk menghadiri majlis itu. lantas, dia mengambil keputusan untuk membawa diri kesini bersama abi dan uminya. Mujur mereka mengerti. Cuma sekarang, dia betul betul perlukan Iqbal. Namum lelaki itu berada di London. Menghabiskan sesi pertandingan reka cipta yang disertainya.

‘kalaulah abang ada kat sini…’ detik hatinya.

“Zara…”panggil satu suara. Safiyya memejamkan matanya. ‘takkan aku terlalu ingatkan dia sampai aku boleh dengar suara dia.’ Safiyya tunduk. Mencari kekuatan untuk bertahan.

“Zara. Abang datang.” Suara itu bergema kembali. Safiyya mendongak. Dan dia terkaku melihat apa yang ada didepannya. Iqbal muncul bersama sekuntum mawar merah. Safiyya pantas berdiri. Menghadap Iqbal.

“kalau abang cakap, abang sayangkan Zara, dan abang nak Zara jadi isteri abang, Zara sudi tak?” ujar Iqbal perlahan. Safiyya terkejut.

“abang. Zara ok abang. Abang tak perlu buat semua ni untuk bagi Zara gembira.” Safiyya sendiri tak mahu Iqbal bersamanya kerana kasihankannya. Kerana dia baru dikecewakan Aiman. Iqbal menggeleng.

“abang memang sayangkan Zara dari dulu lagi. Dan baru abang sedar, sayang abang pada Zara, bukan setakat abang dan adik. Tapi lebih. Abang cintakan Zara.” Safiyya tunduk.

“kak Sophie macam mana bang?” soal Safiyya perlahan.

“dia dah lama tahu, yang abang Cuma sayangkan Zara seorang ja. Tak ada yang lain.” Safiyya diam.

‘adakah ini petanda jodoh buatnya? Petanda bahawa pilihan ibunya memang yang terbaik?’ detik hatinya. Dan Safiyya menyambut huluran bunga tersebut sambil tersenyum.

“andai ini jodoh yang telah ditetapkan, Zara redha..”

Encik Zakrin dan Puan Zafira yang memerhatikan mereka dari jauh hanya mampu tersenyum . mereka menemui calon lelaki terbaik yang boleh menyayangi puteri mereka selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience