BAB 9

Romance Completed 8455

“Safiyya! Panggil Aizat apabila terlihat kelibat Safiyya sedang menuruni tangga. Safiyya pantas mendongak. Mencari gerangan orang yang memanggil namanya. Dia tersenyum pada Aizat yang menghampirinya.

“saya nak cakap satu benda.” Aizat bersuara perlahan. dia sendiri buntu memikirkan bagaimana nak bagitau Safiyya perihal Aiman.

“apa?” soal Safiyya lembut. Tiba tiba telefonnya berdering. “ye bi. Zara ada dekat fakulti lagi ni. Baru nak pergi dekat pejabat umi.” Ujar Safiyya setelah telefon dijawab.

“erm.. awak sibuk ke?” soal Aizat gugup. Safiyya menggeleng.

“patutnya tak. Tapi umi suruh pergi pejabat dia untuk lunch sama. Awak nak cakap apa tadi?”

“err… tak da pape la. Saya dah lupa.” Aizat garu kepalanya yang tak gatal. Safiyya tersenyum.

“tadi kata ada benda nak cakap. Pastu lupa. Tak pe la. Nanti bila awak dah ingat, awak cakap ye? Saya lambat dah ni. Nanti umi merajuk.” Ujar safiyya apabila telefonnya berdering untuk yang kedua kalinya. Aizat mengangguk. Dia hanya memerhati langkah Safiyya yang semakin menjauh. Dia mengeluh berat.

************************

“ko nak pergi mana Man? Aku ikut.” Ujar Aizat apabila melihat Aiman menyarungkan seluar jeans.

“jumpa Safiyya. Aku ajak dia pergi tengok wayang.” Ujar Aiman selamba. Aizat buat muka hairan.

“kau tak cakap lagi dengan dia yang kau dah ada Izzah??” soal Aizat. Aiman menggeleng.

“belum. Dah la. Aku nak keluar.” Aiman melangkah keluar selepas menyemburkan perfume. Aizat mendengus.

“aku kena cakap dengan Safiyya. Tak boleh jadi macam ni.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience