BAB 13

Romance Completed 8455

Safiyya merenung deretan butik dihadapannya. “hish.. bosan la. Mana abang ni. Janji nak jumpa kat sini.” Rungut Safiyya. Dia merenung jam tangannya. Hampir sejam dia menanti Iqbal di sini. Sampai naik kematu punggung.

“lagi dua minit, abang tak sampai. Aku balik.” Nekad hatinya. dia memejamkan matanya. “10..9..8..7……4..3..2..1” dia nekad. Dia nak balik. Dan dia terkejut apabila matanya dibuka. Iqbal terpacak dihadapannya sambil tersengih. “abang pergi mana? Zara tunggu lama tau.” Rungut Safiyya sambil memuncungkan mulutnya. Iqbal tersengih.

“sorry adik abang. Kereta tiba tiba mati tengah jalan. Tak tau kenapa.” Ujar Iqbal. “jom! Abang belanja sundae strawberry dengan kebab.” Pujuk Iqbal. Dan serta merta Safiyya tersenyum. Sundae? Kebab? Orang tua nie tau je cara nak pujuk dia. namun sengaja dibatukan dirinya. Pura pura tidak tertarik dengan tawaran abangnya.

“ok. Ada orang tu jual mahal. Tak nak sudah.” Ugut Iqbal.

“nak la! Siapa kata tak nak.” Ujar Saffiya laju. Dan Iqbal tertawa kuat melihat gelagat Safiyya.

“pantang dengar orang nak belanja. Laju ja!” Usik Iqbal. Safiyya buat muka selamba pada abangnya.

“tunggu sini. Abang nak beli sundae.” Ujar Iqbal setibanya mereka dihadapan mcDonald.

Safiyya mengangguk. Dia melangkah perlahan ke bangku dihadapannya. sedang dia leka membelek buku yang dibeli Iqbal, tiba tiba matanya terhenti pada satu susuk tubuh yang amat dikenalinya. Aiman. Dan.. Safiyya garu kepala. Siapa perempuan disebelahnya?

‘kawan kot.’ Detik hatinya.

Namun sangkaannya meleset apabila melihat Aiman tiba tiba menarik tangan perempuan itu menuju ke butik berdekatan. Iqbal yang baru selesai membuat pembayaran pantas mengekori langkah Safiyya yang tergesa gesa pergi. Safiyya melangkah perlahan menghampiri dua susuk tubuh yang sedang ketawa gembira. Aiman kaget apabila terlihat kelibat Safiyya dihadapannya.

‘aduh! Macam mana boleh kantoi kat sini!’ detik hatinya.

Izzah merenung Aiman dan Safiyya bersilih ganti. Dia pelik tengok tindakan dua makhluk dihadapannya. masing masing kaku sambil mata merenung antara satu sama lain. Satu senyuman pahit diukir. Perlahan lahan Mata Safiyya turun ketangan Aiman. Dia sebak. Baru sebulan lepas Aiman cakap Aiman sukakannya. Dan harini.. dia Nampak Aiman berpegangan dengan gadis lain?

“hai!” ujar Aiman cuba menjernihkan suasana yang pelik itu.

Safiyya cuba untuk tersenyum. Tapi sakit. Iqbal hanya memandang keadaan itu dari jauh. dia kenal lelaki itu. lelaki yang sering menjadi buah mulut Safiyya setiap kali bertemu dengannya. Lelaki yang membuat dirinya redha untuk melepaskan Safiyya.

“erm. Kenalkan. Nie Izzah.” Ujar Aiman. Izzah menghulurkan tangannya. Dia diam apabila melihat Safiyya merenungnya meminta kepastian. Siapa Izzah.

“saya Izzah. Girlfriend Aiman.” Safiyya tersentak. ‘girlfriend??’ Safiyya mengangguk.

“Safiyya.” Ujar Safiyya perlahan.

“kawan satu kampus.” Ujar Aiman pantas, merujuk pada Safiyya. Izzah mengangguk.

“owh!saya apply jugak universiti tu. tak tahu dapat atau tak.” Ujar Izzah teruja. Sedangkan Aiman hanya membisu. “awak datang dengan siapa?” soal Izzah kembali.

“dengan abang. Dia tunggu kat sana.” Safiyya menunjukkan kearah Iqbal yang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Izzah mengangguk.

“best la ada abang. Saya anak sulung.” Ujar Izzah ramah. Safiyya mengangguk lemah. Dia tersenyum paksa.

“erm, saya pergi dulu ea? Abang ada hal lepas ni. Nak cepat.” Ujar Safiyya berdalih. Izzah mengangguk.

“ermmmm.. baru nak sembang sembang. Nanti kita jumpa lagi ea?” soal Izzah teruja.

Dan Safiyya hanya mampu mengangguk sebelum berlalu ke tandas. Iqbal pantas membontoti langkah Safiyya yang semakin laju. Aiman merenung langkah Safiyya yang semakin menjauh.

“maaf…” detik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience