BAB 8

Romance Completed 8455

Iqbal merenung wajah ibu dan ayah angkatnya. Wajahnya ditundukkan. Dia gelisah sendirian bila dua pasang mata itu asyik merenungnya.

“umi, Iqbal tertinggal buku dia ni. Telefon dia bagitau.” ujar Encik Zakrin apabila terlihat satu diari hijau diatas meja. Diari yang senantiasa dibawa Iqbal kemana mana.

“mana?” Puan Zafirah mencapai diari diatas meja makan itu.

Tiba tiba diari itu terlepas dari pegangannya. Dia tunduk mengutip diari dan sekeping foto yang terkeluar dari diari tersebut. ‘Zara’. Detik hatinya apabila terlihat wajah yang tertera pada foto tersebut. Dia melihat kebelakang foto dan nyata dia terkejut. Segera dia mendapatkan suaminya.

Iqbal masih lagi gelisah apabila kedua duanya masih lagi tidak bersuara. Kali terakhir dia berada dalam situasi begini adalah ketika dia berumur 14 tahun ketika dia ditangkap ponteng kelas oleh gurunya. Dan, sehari suntuk dia terpaksa tadah telinga mendengar leteran abi dan uminya, hinggakan dia tekad. Dia takkan pernah ponteng kelas lagi dah. Tapi itu dulu. Cerita 10 tahun yang lalu.

‘Takkan ada lecturer report dekat abi aku skip kuliah kot? Rasanya sekali je. Tu pun sebab sakit perut.’

Tiba tiba encik Zakrin menghulurkan sesuatu. Dan nyata mata Iqbal terbeliak. Diari! Dia telan air liur. Memang dia tak tulis luahan perasaan dia dalam diari tersebut. tapi. Gambar. Dan… belum sempat otaknya habis berfikir, abinya menghulurkan sesuatu. Gambar Safiyya. Dia mencapai foto tersebut. dan dia melihat kebelakang foto tersebut.

“mungkin kita hanya ditakdirkan untuk jadi adik beradik. Tak lebih dari itu meskipun abang sayangkan kamu lebih dari sepatutnya. Maafkan abang….”

“abi dengan umi dah sepakat.” Lama Encik Zakrin diam sebelum meneruskan bicara. “abi dengan umi terima sekiranya Iqbal ingin meminang Zara untuk dijadikan isteri.” Serta merta Iqbal mendongak.

“tapi segalanya terpulang pada Zara. Abi tak kan paksa dia. Iqbal faham kan?”

“abi. Abang memang sayang dekat Zara. Abang mengaku. Sayang tu lebih dari sayang seorang abang pada adiknya. Dan abang pun pernah terfikir untuk peristerikan Zara. Tapi abang hormat abi dengan umi. Abang akan hentikan apa yang abang rasa ni, kalau abi dengan umi tak suka. Abang redha umi, abi. Sebab abang sayangkan umi dan abi melebihi abang sayangkan perasaan abang ni. Kalau abang terpaksa berkorban pun untuk keluarga ni, abang sanggup. Sebab bagi abang, abi, umi dengan Zara adalah segalanya.”

Puan Zafira mengesat air matanya yang mengalir. Melihat cara Iqbal melindungi puteri tunggalnya, membuatkan dia yakin untuk melepaskan Safiyya kepada Iqbal. Dia yakin. Iqbal mampu melindungi anaknya.

“umi sayangkan Zara, dan umi pun sayangkan abang. Umi dah anggap abang macam anak umi. Sebab tu umi rasa selamat kalau umi akan lepaskan Zara pada abang. Sebab umi tau, abang akan jaga anak umi dengan sebaiknya.”

Iqbal diam. Dia rasa bersalah dengan apa yang dirasakannya. Tapi dia nekad. Andai abi dan umi menentang, dia akan buang perasaannya pada Safiyya.

“segalanya terserah pada Zara. Umi dan abi tak kisah.” Kata kata yang muncul dari bibir uminya membuatkan dia lega.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience