BAB 11

Romance Completed 8455

Safiyya merenung wajah uminya. Sesekali dinaikkan keningnya untuk menguji uminya. Pelik. Pagi pagi dah Tanya soalan maut. Soalan yang dia sendiri ketawa bila mendengarnya.

“untung kalau dapat menantu macam abang. Dah la baik, rajin, hensem, penyayang pulak tu. Zara nak tak kalau abang jadi menantu umi?”

Akhirnya tawa Safiyya meletus melihat muka kelat uminya.

“umi! Anak umi Cuma satu ja. Safiyya Zaharah Binti Ahmad Zakrin. Macam mana umi nak buat abang jadi menantu umi? Atau umi nak kahwinkan abang dengan kak Sophie?” teka Safiyya. Sengaja dinaikkan keningnya.

“Sophie?” soal Puan Zafira pelik. Apa pulak Sophie. Memang dia akui. Anak gadis itu rapat dengan keluarganya. Semuanya gara gara Iqbal. Dan dia sendiri mengerti. Hati kecil itu cintakan anak lelakinya.

“yup! Kak Sophie. Kan umi dah anggap dia macam anak umi. Macam kakak Zara. Jadi, umi nak kahwinkan abang dengan kak Sophie ke?” soal Safiyya sambil mengunyah roti bakar.hatinya gelisah. Sekiranya abangnya berkahwin, maka perhatian tidak lagi tertumpu padanya. Abang pasti akan lebihkan kak Sophie.

Puan Zafira diam. dia menjungkitkan bahunya. “abang suka kak Sophie ke?”

Giliran Safiyya pula yang menjungkitkan bahunya. “entah abang tu. tapi Zara rasa, kak Sophie tu suka dengan abang. Abang je yang macam pelik.

Dah ada orang cantik suka, dia jual mahal.” Rungut Safiyya.

“tapi kan umi. Kalau abang kahwin, mesti dia akan jauh dengan kita kan? Nanti Zara tak boleh gurau dengan abang, tak boleh suruh abang belanja, keluar dengan abang.” Suara Safiyya mula mengendur. Puan Zafira merenung anak tunggalnya itu.

“kalau umi cakap, umi nak kahwinkan Zara dengan abang, Zara terima tak?” soal Puan Zafira perlahan. Safiyya tersentak.

“apa umi cakap? Merepek je. Takkan la abang tu nak kahwin dengan Zara. Dia sendiri cakap kat Zara, dia sayang Zara macam adik dia.” ujar Safiyya gelisah.

“umi Tanya je. Jangan la takut.” Safiyya telan air liur. ‘nie bukan gurauan cik Puan Zafira.’

“ouch panas!” adu Safiyya apabila dia menghirup Milo yang masih panas.

“eh! Perlahan lahan la minum. Kalut sangat buat apa?” Safiyya menggeleng. Pantas dia menaiki tangga kebilik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience