BAB 6

Romance Completed 8455

“Morning abi! Morning umi!” ujar Safiyya sambil melangkah menuruni tangga.

“assalamualaikum anak abi!” perli encik Zakrin.

“opss! Sorry. Waalaikumussalam abi, umi dan abang.” Safiyya terus duduk dimeja makan.

“hish! Anak dara abi nie. bangun tidur, terus makan. Cuba bangun pagi, ikut abi dengan abang jogging ke? Ni tak. Tidur je kerjanya.”

“ala abi. Zara dah kurus dah ni. Lagipun Zara tak makan banyak la abi.” Safiyya menghulurkan pinggan kepada uminya. Iqbal tersedak. Dia mengelap sisa kopi dimulutnya.

“tipu abi! Zara tipu. Tiap tiap tengah malam, telefon abang. Suruh beli kebab kat dia. kalau abang tak beli, esok konfem jumpa tak tegur abang.” Safiyya menjeling Iqbal. Rahsianya tak pernah selamat kalau dengan abangnya. Mesti abangnya bagitau abi dengan umi.

Serentak encik Zakrin dan puan Zafira ketawa.

“umi macam boleh terbayang Zara macam mana.” Safiyya buat muka monyok bila semua seakan akan membangkangnya.

“ala abang tu tipu je. Mana ada Zara macam tu.” rengek Safiyya.

“harini Zara tumpang abang tau pergi kuliah.” Ujar Safiyya.

“Zara ada kelas ke? Abang tak ada harini. Tapi abang boleh la tolong hantarkan.”

“semalam Dena telefon. Cakap ada kelas pukul 11 ni. Kalau tak, memang tak ada pun.”

“abang ambil kereta abi hantar Zara. Abi tak pergi mana mana harini.” Iqbal tersengih panjang.

“suka la tu dapat bawak BMW abi. Sengih tak ingat.” Usik Safiyya.

“eh. Mesti la. Selama ni kan bawak vios je. Harini dapat BMW. Seronok kot.” Iqbal tersengih sengih.

“nak ngorat je tau.”

“abang. Kan abi dah pesan. Abi tak suka kalau abang guna kemewahan untuk pikat perempuan.” Ujar encik Zakrin.

Walaupun dalam nada yang perlahan, tapi, Iqbal tahu. Itu satu larangan dari abinya. Abi tak mahu dirinya terjerat dengan perempuan yang mementingkan kekayaan semata mata. Lagipun, dia sedar siapa dirinya. Dia hanyalah anak angkat kepada pasangan ini. kekayaan yang dimilikinya, adalah milik Safiyya seratus peratus. Namun, hati mulia itu masih lagi mampu untuk berkongsi segalanya dengannya. Saat diberi kereta vios hitam itu pun, puas dia menolak. Namun memikirkan senang untuk membawa Safiyya kemana mana, dia terima. Dia lebih selesa dengan hanya menaiki motosikal.

“mana ada la abi. Zara tu merepek je. Abi check la kereta abang. Penuh dengan barang Zara je dalam tu. Kasut la. Beg la. Baju. Perempuan mana nak naik kereta tu? tengok dari luar pun tak berani dekat.” Iqbal ketawa mengekek bila melihat wajah kelat Safiyya.

“really? Zara buat kereta tu rumah kedua dia?” usik encik Zakrin sambil ketawa.

“betul abi. Then, kalau dah macam tu, awek mana yang nak naik kereta abang?” Iqbal buat muka monyok. Cuba untuk mengusik Safiyya lagi.

Safiyya mengacukan garfu kearah Iqbal, membuatkan Iqbal ketawa terbahak bahak kerana Berjaya mengenakan adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience