BAB 1

Romance Completed 8455

“Berapa kali aku kena explain dengan kau yang aku cuma akan kahwin dengan pilihan mama aku saja tau?” ujar Safiyya keras.

‘’Spesis manusia apalah ni jenis tak faham bahasa ni!’’ getus hatinya. Panas betul hatinya mana taknya dia pun dah pening. Masuk ni, dah dekat 30 kali dia ulang benda yang sama. Tapi lelaki depan ni tetap juga tak faham. Bukan lelaki depan ni je yang pernah bernanah telinga dengan ayat dia yang satu tu, banyak lagi lelaki pernah ditolaknya.

Semuanya gara gara dia dia lebih yakin dengan pilihan mamanya berbanding dirinya. Dia takut pisang berbuah dua kali. Tu aja. Safiyya mendengus. Dia berlalu ke kuliah.

“kau dah dengar? Berapa kali kau nak dia ulang benda yang sama?” marah Aizat pada kembarnya Aiman. Aiman mengangguk.

“aku tak kisah pun berapa kali dia nak ulang.” Aiman buat muka selamba.

“kau memang tak kisah. Tapi aku… Aku kisah. Naik bernanah telinga aku dengar dia ulang ulang ayat tu tau? Sampai dah boleh hafal. Bila dia tengok muka kau je, dia awal awal lagi dah cakap.” Getus Aizat bengang.

“Kalau aku tak dapat ngorat dia, aku ngorat mama dia dulu. Mesti mama dia setuju punya lepas tengok aku.” Ujar Aiman bangga.

“kau sure? Kau tau ke mama dia sapa?” soal Aizat menduga, dia pasti. Adik kembarnya yang ni tak tahu lagi perihal ibu kepada gadis yang

cuba diayatnya. Aiman jungkit bahu.

“entah. biarlah. Nanti aku tau la.” Ujar Aiman sambil berlalu meninggalkan Aizat keseorangan. Aizat geleng kepala dengan perangai degil adiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience