BAB 14

Romance Completed 8455

Safiyya memerhati sekeliling. Mencari kelibat Sophie.

“hai kak!” tegur Safiyya pada Sophie yang leka merenung kedasar kolam.

“akak kenapa kak?” soal Safiyya kalut apabila melihat mata Sophie yang sembab. Sophie menggeleng.

“Zara suka Aiman kan??” soal Sophie sambil mengenggam erat tangan Safiyya. Safiyya diam. Lama.

“Aiman dah ada buah hati kak. Dan bukan Zara orangnya.” Ujar Safiyya perlahan.

“akak sayang sangat dengan abang. Zara akan tolong akak kan? Akak tak boleh hidup tanpa abang.”air matanya mengalir deras.

“kenapa ni kak?” tiba tiba dia teringat perbualan abi dan uminya tempoh hari. mengenai calon suami buatnya. Dan lelaki itu adalah Iqbal. Tapi sekarang…

“Zara… Zara anggap Iqbal abang Zara je kan? Tak lebih kan? Zara tak cintakan abang kan?” soal Sophie bertalu talu. Safiyya menggeleng perlahan. cuba untuk menyedapkan hati gadis dihadapannya.

“akak tau. Zara tak ada hati dengan Iqbal. Dia seorang je yang sayangkan Zara lebih dari yang sepatutnya. Kenapa akak boleh fikir yang Zara akan rampas Iqbal dari akak. Akak tak patut fikir macam tu. Iqbal untuk akak. Bukan Zara atau orang lain.” Sophie cuba untuk senyum. Safiyya memandang wajah dihadapannya.

‘macam mana nak bagitau akak yang umi dan abi nak Zara kahwin dengan abang…’

****************************************

“zara dah fikirkan apa yang umi dan abi cakap?” Safiyya yang sedang mengunyah kerepek tersedak. Dia memandang uminya sekilas. Puan Zafira mengambil remote untuk memperlahankan suara televisyen. Safiyya menggeleng.

“entah la umi. Zara kesian dengan kak Sophie. Teruk dia menangis semalam umi. Zara tak sampai hati.” Suara Zara perlahan. “kenapa umi tak pujuk abang untuk terima kak Sophie?” usul Safiyya. Puan Zafira menggeleng.

“umi dah pujuk. Tapi abang tak mahu. Dia kata, dia tak akan kahwin dengan Sophie. Tak kira la apa yang jadi. Dia rela membujang.” Safiyya mengeluh. Dia sendiri buntu, antara kemahuan uminya atau kak Sophie.

“tapi umi. Kalau umi tengok macam mana kak Sophie menangis semalam, mesti umi pun tak sampai hati. Teruk sangat umi. Nampak sangat dia betul betul sayangkan abang.” Lama puan Zafira diam.

“umi serahkan pada Zara untuk buat keputusan. Ingat. Kita tak boleh paksa seseorang untuk turut kemahuan kita. Sama macam bila umi tak paksa Zara terima abang.” Puan Zafira berlalu kedapur. Dalam hatinya, dia berdoa. Agar pintu hati satu satunya puteri yang dia miliki itu terbuka untuk menerima pilihannya.

Safiyya merenung kaca televisyen. Fikirannya kosong. Dan matanya tertumpu pada satu sampul surat yang dibawa masuk uminya. Perlahan dia mencapai sampul surat tersebut. matanya berkaca saat membaca apa yang tertulis pada kad undangan perkahwinan itu. Aiman dan Izzah. dua hati yang Berjaya dalam mencari cinta sejati milik mereka. Sedangkan dia…hanya satu hati yang meratapi.

“melepaskan orang yang kita cinta kepada orang yang dia cintai adalah bukti cinta sejati”

Kata kata yang muncul dari bibir Iqbal ketika dilapangan terbang minggu lepas ibarat pita rakaman yang bermain main di fikirannya. Puas dia cuba untuk lupakan. Tapi payah. Ayat itu betul kena dengan dirinya. Dia harus lepaskan Aiman untuk Izzah. dan Sophie perlu lepaskan Iqbal untuk dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience