BAB 4

Romance Completed 8455

Perlahan pintu pagar banglo dua tingkat itu dibuka. Safiyya melangkah masuk.

“umi! Abi!” jeritnya.

“Abi! Zara datang, cepat abi!” panggil puan Zafira. Dia berlari ke pintu. Encik Zakrin membontoti langkah isterinya.

“my baby Zara. Lama tak jumpa. Umi rindu sangat dengan princess umi ni.” Puan Zafira memeluk Safiyya erat. Safiyya buat muka sambil pandang abinya yang berdiri di belakang puan Zafira.

“bukan baru semalam ke Zara lunch dengan umi kat fakulti?” soal Safiyya selamba. Puan Zafira ketap bibir.

‘budak ni. Aku luku tau la. Kita punya la excited jumpa dia, dia boleh cakap macam tu?’ Puan Zafira membentuk bentuk mulutnya tanda protes.

Akhirnya Safiyya mengalah apabila terlihat muka abinya. Abinya sedang memberi isyarat melalui gerakan mulutnya. Ok. Safiyya faham.

“sory umi. Zara sebenarnya rindu sangat dengan umi!” dipeluk sekali lagi puan Zafira.

Dan puan Zafira tersenyum lebar. Safiyya mengeluh. Membesar sebagai anak tunggal dalam keluarga yang sarat dengan kasih sayang, dengan abinya yang penuh pengertian, uminya yang manja, sedikit pun tak memberi kekurangan buatnya. Walaupun tanpa adik beradik yang lain, dia bahagia begitu. Mungkin sebab itu jugak kot umi macam tak rela dia berpindah ke asrama. Hampir sebulan uminya merajuk bila dia usulkan cadangan untuk pindah. jenuh abi memujuk. Dengan bunga ros nya, coklat kisses kesukaan uminya, kek secret recepi. Semuanya abi dah cuba. Tapi bila Safiyya merajuk tak mahu makan, laju uminya setuju. Tapi dengan syarat. Kena balik rumah tiap kali cuti hujung minggu. Tiba tiba dia terasa sesuatu. Abi menjentik telinganya. Mahu dia kembali ke alam nyata setelah jauh berterbangan.

“assalamualaikum abi.” Ujar suara garau itu sambil menyalami tangan Encik Zakrin. Encik Zakrin mengusap rambut lelaki yang sudah dianggap seperti anaknya itu. satu satunya pelindung puteri tunggal miliknya.

“assalamualaikum umi. Umi sihat?” lelaki itu menyalami pula wanita yang sudah seperti ibu buatnya.

Puan Zafira tersenyum. Dengan kehadiran Iqbal dan Safiyya, ia sudah mampu membuatkan harinya ceria.

“Alhamdulillah. Umi sihat. Iqbal dah makan? Umi masak lauk kesukaan Iqbal. Patutla umi teringat kat Iqbal masa umi masak tadi.” Ujar puan Zafira ramah.

“kat abang je? Zara macam mana?” Safiyya tarik muncung. Uminya, kalau dah jumpa anak dia yang sorang ni, memang tak kan pandang dia dah. Encik Zakrin ketawa.

“ala umi. Ada orang merajuk la.” Usik abinya.

“biarkan dia abi. Tadi orang tu jual mahal dengan umi.” Giliran Iqbal pula ketawa. Safiyya buat muka selamba. Pura pura tidak mendengar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience