BAB 7

Romance Completed 8455

Aizat merenung henset milik Aiman yang berbunyi sejak tadi. Dia mengeluh.

‘budak ni kalau keluar tak nak bawa henset. Buat semak je.’

Dia mencapai henset tersebut, dan belum sempat nak dijawab, talian dimatikan. Baru dia nak letak kembali henset tersebut, satu mesej masuk. Dari Izzah. Lama dia berfikir.

‘macam pernah dengar nama Izzah.’ Tapi dia lupa.

Lama dia berfikir sebelum jawapan yang dia perolehi nyata mengejutkan. Izzah merupakan bekas kekasih Aiman. Dan setahunya, Izzah adalah perempuan yang paling Aiman sayang hinggakan pada ketika Izzah meninggalkan Aiman dulu, adik kembarnya itu umpama mayat hidup. Semangatnya mati saat Izzah berlalu. Dan kini?

“b, mama Tanya, bila b nak sampai rumah sayang? Mama tak sabar nak jumpa menantu dia ni. ^_^”

Pantas Aizat membuka semua mesej antara adiknya dan Izzah. Ternyata mereka berhubungan kembali. ‘tapi Safiyya macam mana?’ detik hatinya. dia telan air liur. Memikirkan perihal adiknya dan Safiyya. Dia tahu, hati keras gadis itu semakin mencair dengan perangai degil adiknya, dan dia yakin. Safiyya ada hati terhadap Aiman. Dia buntu. Mana satu yang harus dia berpihak. Aiman kembarnya. Dan Safiyya. Dia tak mahu gadis itu terus terluka dengan adiknya.

*************

Aiman membuka pintu biliknya. Mukanya ceria.

“kau pergi mana Man?” soal Aizat pada Aiman yang sedang berbaring diatas katil.

“ada la.” Jawab Aiman cuba berteka teki.

“jumpa Izzah?” soal Aizat pantas. Dan soalan itu nyata membuatkan Aiman terkejut. Pantas dia bangun. Mencari henset miliknya.

“mana kau tau?” soal Aiman sambil mengeledah katil mencari henset.

“kau baca mesej aku ea?” soalnya lagi. Pantas dibuka inbox mesejnya.

“Safiyya macam mana?” soal Aizat lagi. Dia geram dengan perangai playboy adiknya yang tak pernah berubah. Sementara Aiman hanya membisu.

“biar la. Safiyya kat sini. Izzah kat sana. Ok la.” Jawab Aiman selamba.

“macam tu kau cakap? Kau mainkan Safiyya tau tak?” suara Aizat meninggi.

“sejak bila kau peduli? Biar la kat Safiyya tu. nanti aku cakap la yang aku tak nak dengan dia.” ujar Aiman bengang.

“senang je kau cakap ea? Dulu bila dia tak nak dengan kau, macam apa je kau kejar dia. sekarang bila dia dah bagi respon, kau buat dia macam tu?”

“nanti aku cakap la dengan dia!” marah Aiman. Aizat diam. Tak guna bertekak dengan playboy nie. memang takkan pernah rasa bersalah. Dan kalau dia tak perlahankan suara, suara Aiman bakal meninggi.

“aku nak Tanya. Kau nak siapa sekarang? Safiyya atau Izzah?” suara Aizat mula mengendur.

“Izzah.” Jawab Aiman yakin.

“Safiyya?”

“dulu memang aku nak dengan dia. tapi bila Izzah datang, aku tau, aku tak boleh hidup tanpa Izzah.” Aizat mengeluh.

“macam mana kalau Izzah tinggalkan kau macam dulu? Tinggalkan kau bila dia jumpa yang lebih baik?” soal Aizat. Aiman diam. Dia pun ada terfikir mengenai itu. tapi, sayangnya pada Izzah membuatkannya tekad. Izzah harus jadi miliknya kembali. walaupun dia terpaksa korbankan perasaan Safiyya.

“aku nak kau cakap dengan Safiyya. Jangan mainkan perasaan orang.” Nasihat Aizat sebelum keluar dari bilik tersebut. meninggalkan Aiman sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience