BAB 3

Romance Completed 14946

Julia meletakkan beg silangnya di atas kerusi di dalam biliknya lantas menuju ke arah cermin solek. Dia membuka ikatan rambutnya dan berjalan memasuki bilik air. Pancuran air dibuka dan air sejuk membasahi tubuhnya. Nyaman.

Beberapa minit kemudian, dia keluar dari bilik air lalu melilitkan tuala merah jambu di kepalanya untuk mengeringkan rambut yang basah. Dia berjalan keluar dari bilik untuk ke dapur.

Bipp...bipp...

Satu pesanan ringkas masuk. Julia membuka aplikasi Whatsapp untuk membaca pesanan yang dihantar oleh Arissa.

‘Nak ape-ape ke? Nanti kakak belikan.’-Riss

Dia membalas pesanan kakaknya lalu membuka peti ais. Dia mengambil beberapa bahan untuk membuat roti panggang keju dan sedikit sandwich.

Bipp...bipp...

“Ughhh tak faham bahasa ke bila aku cakap aku taknak apa-apa?!” Julia tiba-tiba berang apabila iPhonenya berbunyi menandakan pesanan ringkas masuk. Dia melihat notifikasi di lockskrin.

“Eh Heykal.” Bisik Julia perlahan sambil tersenyum. Dia membaca pesanan tersebut.

‘Ju, boleh tak I nak pinjam buku yang you pegang tadi? Just for a few days. Boleh?’-Heykal.

Julia menaip berhati-hati dengan senyuman yang lebar. Hantar!

*

“Eeee! Kurang ajar! Tak guna punya jantan cehh how dare dia buat camtu kat kau.” Deen menghentak meja kegeraman sambil mengenggam penumbuknya.

“Aha.ha.ha Deen chill la aku yang kena cheat kot. Rilek ok rilek ramai pandang kau ni aduh malunya aku.” Kata Arissa sambil tersengih memandang orang sekeliling.

“Yelaa but dia kata kau bukan the right one kot untuk dia. Eee dia fikir dia siapa? Ish, macam la perfect sangat.” Ujar Deen sambil menjuihkan bibirnya.

“Alaa dah la aku tak kesah pon. Just for now aku nak fokus kat kerja. Designing,” getus Arissa sambil jari-jari runcingnya disilangkan. Deen mengangguk tanda setuju.

“Well, kumbang bukan seekor. Hope kau boleh sembuhkan jiwa kau yang tengah kacau tu. Just stay strong okay babe.” Deen meramas bahu Arissa.

“Okay lah jom shopping. Nak cuci minda dengan mencuci mata.” Ajak Arissa yang sudah berdiri dan menghabiskan sedutan yang terakhir.

“Omggg jom.Tadi aku nampak ada satu kedai tu tengah sale weh jom tengok.” Deen segera menarik tangan Arissa. Mereka berjalan beriringan dengan mulut yang tidak henti-henti bercerita.

Setiap satu-satu kedai sudah mereka terokai untuk melihat apa yang menarik untuk dibeli. Maklumlah, perempuan kan.Tak sah kalau tak masuk satu-satu dan membelek tanda harga dan juga kualiti. Ronda satu pasaraya kompleks boleh kurus okayhh!

Bukkk!

Tiba-tiba seseorang yang bertubuh sasa melanggar bahu Arissa. Arissa mengaduh kesakitan akibat rempuhan yang agak kasar.

“Ops sorry tak sengaja,” kata lelaki itu. Arissa menjeling lelaki itu dan kemudian dia mengerutkan dahi.

“Oh you kawan Julia kan? We saw just now. You yang duduk kat meja batu tu kalau tak salah I,” tegur Arissa ramah sambil tangan kirinya mengusap bahu kanan.

“Oh hey what a small world.Yea I la tu. Btw, sorry I serius tak sengaja. Bahu you okay? I mengaku laluan ni agak sempit untuk I redah. You okay ke? Nak pergi klinik tak I hantar?” Heykal merenung wajah Arissa dan kemudian mengalihkan anak matanya ke arah bahu gadis tersebut apabila dia sedar yang Arissa sedang tersenyum ke arahnya.

“Eh no it’s okay. I okay bahu I pon okay. Yea I mengaku you rempuh I gila kuat but I’m fine. Thank you.” Arissa senyum ke arah Heykal.

“Em you boleh panggil I Heykal. You pulak?” tanya Heykal menghulurkan tangan.

“Arissa.Tapi kalau you nak panggil I sayang pon takpe hahaha.” Gurau Arissa lantas menyambut tangan Heykal. Mereka berjabat untuk seketika.

“Pandai bergurau you ni. Btw,swap phone numbers?” Heykal menghulurkan iPhonenya. Arissa mengambil telefon dan menaip nombor telefonnya. Dia membuat panggilan ‘misscall’.

“Tu number I. Jangan letak sayang dah la kat contact you hehehe.” Arissa tersenyum. Heykal terpana melihat senyuman manis gadis di hadapannya.

“You sorang?” tanya Heykal lagi. Arissa menggeleng.

“Jom dinner?” tanya Heykal lagi. Arissa menggeleng.

“Sorry next time la eh. Julia sorang kat rumah tu. I kena balik,” kata Arissa lembut. Heykal tersenyum dan meminta diri untuk beredar. Arissa melihat gerak-geri Heykal yang semakin jauh meninggalkan kedai tersebut. Dia tersenyum sendiri dan mencari Deen untuk pulang ke rumah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience