BAB 2

Romance Completed 14946

Heykal membuka laptopnya dan menaip sesuatu. Dia membaca semua artikel yang ditunjukkan oleh ejen carian. Dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal.

“Apa nih tak paham aih”

Dia mencari lagi. Tekun matanya meniliti setiap bait-bait perkataan yang tertera di skrin dengan dahi yang berkerut.

“You search apa ni Heykal?”

Heykal mengangkat mukanya apabila ditegur oleh seorang gadis yang cantik berbaju kurung.

“Oh Ju, I search pasal some topik yang i nak faham je.” Heykal tersenyum mesra. Julia melabuhkan punggungnya di kerusi batu menghadap Heykal.

“Boleh kan I duduk sini? I tengah tunggu sister I datang fetch since kereta I kena tahan bengkel. Tak disturb you kan?” tanya Julia sopan yang tidak lekang senyuman di bibir.

“Yea it’s fine duduklah. Lagipun meja ni bukan I punya so duduk je I tak kesah.” Balas Heykal ramah.

Ponnn...ponnn...

Sebuah kereta Nissan GTR hitam berhenti betul-betul di hadapan mereka yang sedang rancak bersembang. Pintu dibuka dan seorang wanita keluar dari perut kereta. Heykal memandang Julia.

“Ops kakak I dah sampai.” Julia bangun dari tempat duduknya begitu juga Heykal.

“Oh my God Julia, I’m so sorry I’m late. I terlupa kereta you kat bengkel.” Kata wanita itu bersungguh meminta maaf kerana lambat.

“Hey it’s okay Julia faham. Bukan rutin hidup you pon nak fetch Julia. So takpe lagipun Heykal teman Julia kat sini. Riss datang awal sangat baru nak borak lama-lama dengan dia.” Julia memandang Heykal yang tersenyum dan segera meminta diri. Heykal mengangguk kecil.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, masing-masing diam membisu tanpa bicara. Arissa memandang jalanraya dan menjeling adiknya Julia silih berganti sambil mengetap bibir.

“Ju marah kakak ke?” tanya Arissa teragak-agak. Julia memandang kakaknya.

“Takde lah. Ju okay. Ju tak tunggu lama pon.” Julia menyisir rambutnya menggunakan jarinya yang runcing.

“After this kakak nak keluar. Ju okay duduk sorang?” tanya Arissa lagi tanpa menoleh.

“Okay.” Getus Julia sepatah. Arissa tersenyum seraya mengangguk kecil. Kereta Arissa berhenti di luar pagar rumah mereka untuk menghantar Julia sebelum memecut kenderaannya ke destinasi yang dijanjikan dengan sahabatnya sebentar tadi. Julia menghantar kakaknya pergi dengan ekoran mata yang tajam. Dia mengunci gril lantas memboloskan diri ke dalam rumah.

*

“Hey Deen sorry aku late. Ambik Julia tadi. Huuu penat.” Arissa mengelap peluhnya dengan sehelai tisu. Deen menggeleng dan selepas itu tersenyum. Arissa mengerutkan dahi dengan kening kirinya terjongket ke atas melihat gelagat Deen.

“apehal? Suka eh aku lambat? Wow pelik kau ni.” Arissa menggeleng sambil menyedut airnya yang sudah lama dipesan oleh Deen. Besfriend forever kan mestilah tahu favourite drink masing-masing.

“No Riss. Serious. Kau tak nampak broken langsung. Normal. Ceria lagi.” Kata Deen sambil merenung Arissa yang berkacukan Pakistan. Sejuk hatinya merenung gadis itu yang rambutnya panjang paras bahu dan sudah tersedia perang tanpa perlu diwarnakan. Tapi perangnya tidaklah begitu ketara dan masih menampakkan warna gelap. Mata gadis itu juga berwarna coklat hazelnut. Jarang orang Asia memiliki warna sebegitu. Cantik. Arissa menongkat dagu dan tersenyum.

“Hey hello makcik. Dah puas tatap muka aku ke hm?” getus Arissa tiba-tiba. Deen ketawa lalu menggelengkan kepalanya.

“Btw, sampai bila aku nak heart broken kan? I dah move on.” Kata Arissa lagi sambil mendepakan tangannya sambil menarik nafas. Selesa. Tiba-tiba satu rancangan jahat menerjah fikiran Deen. Dia tersengih.

“Oh my God Riss! Tu Iz kan?!” jerit Deen sambil menuding jari ke suatu arah.

“Hah? Mana?! Oh my God cover me up.” Tergopoh-gapah Arissa menutup mukanya menggunakan tas tangan yang dibawa. Deen tertawa. Arissa mencebik.

“Jahat ah kau ni. Jangan la macam ni. Tak support member langsung.” Rajuk Arissa memeluk tubuh.

“Kata dah move on hahaha sorry okay. Aku tengah nak support kau la ni ha. Don’t worry. I’m by your side babe.” Balas Deen sambil memegang bahu Arissa. Arissa merenung wajah Deen sambil mulutnya mengucapkan terima kasih walaupun tidak mengeluarkan bunyi namun masih boleh difahami. Deen mengangguk dan mengukir senyuman manis sehingga menampakkan barisan giginya yang putih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience