BAB 14

Romance Completed 14946

Julia mengurungkan dirinya seharian di dalam bilik. Arissa pelik. Dia kemudiannya membawa sedulang makanan untuk diberikan kepada adiknya memandang dia langsung tidak turun makan malam setelah berkali-kali dipanggil.

Knock...knock...knock...

“Julia...” Arissa membuka pintu bilik adik perempuannya yang tidak berkunci. Gelap.

“Are you okay Ju? Demam ke?” tanya Arissa risau apabila mendapati adiknya tidak memberi respon apabila ditanya.

“Riss bawakkan makanan. Ju tanak makan ke?” Arissa meletakkan dulang yang dibawa ke atas meja.

“Ju?” Arissa berjalan perlahan-lahan ke arah Julia apabila gadis itu langsung tidak bergerak sedari tadi. Arissa memegang dahi Julia dan terkejut apabila mendapati bibir Julia pucat.

“Mummyyyyy...daddyyyyy...” Arissa sudahpun mengalirkan air mata dan panik kerana tidak tahu apa yang ingin dilakukan. Arissa hanya mampu memanggil kedua-dua ibu dan bapanya.

“Kenapa Riss jerit-jerit ni?” Encik Iskandar termengah-mengah. Arissa tidak mampu berkata apa-apa.

“Ya Allah Riss...Ju ni kenapa ni?” tanya mummynya pula. Arissa menyeka air matanya.

“Kita bawak Ju pergi hospital.” Kata Arissa lemah. Encik Iskandar melangkah laju menuruni tangga sambil mendukung Ju untuk dibawa ke hospital.

*

Meliar mata Deen mencari kelibat Arissa yang mengkhabarkan adik perempuannya dimasukkan wad di hospital. Dia melangkah laju menuju ke arah seorang gadis apabila mendapati Arissa sedang termenung di bangku.

“Riss, what happened?” tanya Deen lantas melabuhkan punggungnya di bangku sebelah. Arissa memeluk rakan baiknya erat. Deen membalas pelukkan Arissa lembut.

“Entah Deen. She’s still in the ward.” Ujar Arissa apabila pelukan dileraikan.

“Macam mana boleh masuk wad?” tanya Deen lagi dengan muka ingin tahu.

“Entah lah. Aku masuk bilik dia, dia memang dah tak bergerak. Mulut dia pucat. Aku memang taktau nak buat apa dah weh.” Cerita Arissa dengan air mata yang merembes di pipi. Deen mengurut-urut lembut bahu sahabatnya.

“Deen, aku takut apa-apa jadi kat Ju. Aku dah takda adik beradik lain lagi dah.” Getus Arissa tiba-tiba.

“Jangan risau. Ju takkan apa-apa.” Tenang Deen sambil mengukirkan senyuman. Arissa tunduk.

Seketika kemudian, doktor dan seorang jururawat berlalu keluar daripada wad yang didiami oleh Julia. Puan Norlia lantas menahan doktor tersebut untuk mengetahui keadaan anaknya.

“Doktor Ruzman, is my daughter okay?” tanya Puan Norlia sopan.

“Yes she’s fine.Tapi she need a well rest so saya akan tahan dia dalam 2 minggu untuk memantau keadaan dia. Lagipun dia tengah lemah dan antibodi dia juga tidak kuat. Kalau takda apa-apa saya minta diri dulu.” Doktor yang bernama Ruzman memberitahu kepada Puan Norlia dengan jelas sebelum meminta diri untuk beredar. Puan Norlia tersenyum.

“Mummy...Ju okay?” tanya Arissa setelah tiba dari surau. Puan Norlia mengangguk lantas memeluk anaknya yang satu itu.

“Ju okay. 2 weeks more doktor kata maybe Ju boleh keluar,” ujar Puan Norlia kepada Arissa. Arissa mengucapkan syukur kepada yang maha Esa.

*

“Hai Riss.Tak rindu I ke? I rindu you ni.” Kata Heykal yang tersengih di hadapan Arissa. Arissa menjeling walaupun tangannya laju melakar baju tempahan yang diterima baru-baru ini.

“Amboi kemain comey dia jeling,” gurau Heykal sambil menongkat dagu memandang gadis di hadapannya. Arissa masih tidak melayan kerenah lelaki di hadapannya.

“You lukis baju cantik-cantik untuk orang...bila pulak you nak lukis baju untuk kita?” ujar heykal lagi yang tersenyum sendiri melihat jari lincah Arissa yang sedang melakar.

“Heykal you takde kerja ke? Yang you duduk tercongok depan I ni kenapa?” getus Arissa yang masih tidak mengangkat wajah. Heykal mencebik.

“I ni student lagi. Setakat part-time je la kerja I sekarang ni. Nanti tunggu next year I graduate as a pilot haaa gitew. Btw, lagi beberapa bulan I practical bawak aeroplane dekat mana ntah I lupa.” Cerita Heykal walaupun tidak ditanya. Heykal membuka plastik coklat Cadbury yang dibeli di kedai serbaneka di dalam perjalanan ke pejabat Arissa. Dia meghulurkan coklat itu ke arah Arissa. Arissa menggeleng.

“Oh.” Jawab Arissa pendek.

“You okay tak ni? Asal lately ni you tak okay eh? Terkejut I luahkan perasaan I kat you haritu?” tanya Heykal lagi.

-flashback-

“So you dah okay ke ni? Feels better?” tanya Heykal lagi untuk memastikan gadis itu okay. Arissa angguk sambil tertawa kecil apabila teringatkan cerita kelakar yang diceritakan oleh Heykal sebentar tadi.

“So if I nak bagitau you something ni you okay tak?” tanya heykal lagi meninginkan kepastian. Arissa mengangguk lantas mencapai french fries dan dimasukkan ke dalam mulut.

“I know you baru je broke up dengan boyf...i mean ex boyfriend you but I rasa I kena jugak bagitau you benda ni.” Heykal mengambil nafas sebelum menyambung semula kata-katanya.

“I rasa I dah start sayang you. From the first kita jumpa dekat mall haritu, I dah rasa lain macam. I ingat sebab you cantik rupanya its not. I sayang you sebab how the way you are...your act...they way you talk and most important, the way you smile Riss. I really love everything about you,” kata Heykal merenung anak mata Riss dalam. Arissa menelan liur mendengar kata-kata Heykal. Dia mengukir senyuman dan menekup mukanya.

*

Arissa kembali ke realiti apabila namanya dipanggil beberapa kali.

“You dengar tak I cerita ni?” tanya Heykal sambil keningnya terjongket sebelah. Arissa tersenggih.

“You mengelamun ke? Penat I cerita tau sampai habis air liur ni you boleh berangan? Dah sampai mana dah?” bebel Heykal sambil memeluk tubuh. Arissa menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Hahaha sorry la you.Terberangan. Apa you cakap tadi?” tanya Arissa semula. Setia menunggu Heykal untuk menceritakan semula ceritanya. Heykal membuat muka.

“Malas la I nak cerita balik bazir air liur je. I nak kena chow dulu ni. Malam nanti dinner together nak?” ajak Heykal sambil memasukkan semula laptopnya ke dalam beg. Arissa menggeleng.

“Tak boleh. Ju masuk hospital so I kena teman dia malam ni. You nak datang melawat datanglah bila-bila masa.” Ujar Arissa tersenyum. Heykal tersenyum kelat. Hospital?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience