BAB 15

Romance Completed 14946

Heykal merenung gadis yang sedang terlantar tidak bergerak di atas katil. Dia mula dibelengu rasa bersalah dan kasihan akan nasib yang menimpa keluarga itu. Takkanlah hanya sebab dia menolak cinta Julia, gadis itu sanggup membahayakan nyawanya. Dia menggeleng lemah.

“Riss, how dia jadi macam ni?” tanya Heykal berasa curiga dengan punca Julia dimasukkan ke dalam wad.

“Doktor kata sebab terlebih dose ubat penenang,” kata Arissa sambil mengurut-urut lengan Julia. Heykal mengangguk faham.

Trutt...trutt...

Heykal mengangkat panggilan telefon.

“Hello abah.” Heykal mengerutkan dahi kerana ibunya yang selalu melefon.

“Abang, balik lah ibu jatuh tangga.” Beritahu abah Heykal. Heykal terkejut.

“Hah? Ya Allah macam mana boleh jadi macam tu pulak? Ha takpa malam nanti abang sampai. Assalamualaikum.” Heykal risau.

“Ha yelah...Bawak elok-elok. Waalaikumussalam.” pesan abahnya sebelum menamatkan panggilan.

Arissa memandang muka Heykal, menunggu lelaki itu untuk berkata-kata.

“I need to go,” katanya pendek .Arissa mengukirkan senyuman.

“Drive safe,” kata Arissa sebelum Heykal berundur diri.

*

Arissa membacakan surah Yaasin di telinga Julia berharap agar gadis itu cepat sembuh. Arissa mencium surah suci itu dan meletakkannya di bawah bantal Julia. Dia menyisir rambut adiknya dengan penuh kasih.

“Riss, pergilah makan. Lepastu solat. Biar mummy jaga Julia. Daddy ada dekat cafe. Pergilah.” tegur Puan Norlia lembut. Arissa mengangguk dan menyusun langkah menuju ke surau untuk menunaikan tuntutannya sebagai umat Islam dan kemudian menuju ke cafe untuk mengalas perut.

“Daddy...daddy rasa Julia boleh selamat? Dia tak tunjuk sebarang perkembangan pun.” Tanya Arissa memandang wajah Encik Iskandar dengan padangan sayu. Encik Iskandar tersenyum kecil.

“Insha Allah Riss. Kita doakan yang baik-baik untuk Ju, ye?” ujar Encik Iskandar. Arissa mengangguk lalu menyuap makanan yang dibeli.

“Hari ni Riss balik. Besok kerja kan? Lepas kerja baru datang balik.” Beritahu Encik Iskandar kepada Arissa. Arissa mengangkat wajah.

“Habis Ju siapa nak tengok?” tanya Arissa mengerutkan dahi.

“Daddy ngan mummy cuti sebulan nak jaga Ju. Riss jangan risau. Kerja je macam biasa. Balik kerja boleh datang tengok Ju.” Cadang Encik Iskandar. Arissa hanya mampu mengangguk lemah mengiyakan cadangan bapanya.

“Lepas makan ni tengok Ju kejap then terus balik. Daddy taknak Riss hilang fokus.Okay?” pesan Encik Iskandar lagi.

“Okay daddy.” Jawab Arissa ringkas.

*

Arissa menghempaskan badannya ke atas katil. Selesa. Segala sakit-sakit sendi yang dialami sejak beberapa hari hilang apabila dapat meluruskan otot-otot di tubuhnya. Dia menutup mata untuk mula dibuai mimpi.

Trutt...trutt...

Arissa meraba-raba iPhone yang bergetar di dalam kocek seluar. Dia membuka kelopak mata dengan perlahan-lahan menahan ngantuk.

‘Kat mana? Heykal masuk hospital. Dia accident.”-Deen.

Segar kembali matanya apabila terbaca pesanan ringkas yang dihantar oleh Deen. Arissa membaca mesej itu berulang kali. Tidak percaya dengan apa yang dibaca. Dia menelefon Deen yang kini berada di hospital.

“Hello Deen. Heykal macam mana?” tanya Deen setelah panggilannya dijawab.
“Hm dia accident teruk Riss masa on the way nak balik rumah keluarga dia dekat Johor. Dia still koma.” Jelas Deen apabila suara Arissa kedengaran risau.

“Esok aku visit Heykal. Aku penat sangat, dah berapa hari tak tidur properly. Aku harap dia okay.” Arissa mengalirkan air mata apabila terkenangkan Heykal dan Julia dia hospital. Dua orang yang dia sayangi sedang terlantar sakit tidak sedarkan diri.

“Okay Riss. Kau rehat lah.” Jawab Deen sebelum mematikan talian. Semakin lebat air mata yang merembes di pipinya. Dia terlelap dengan air mata yang masih bersisa di pipi.

*

Arissa mengurut bahu Puan Liza, ibu Heykal yang teresak-esak di sisi katil anaknya. Arissa menjeling Deen yang menyuruh Puan Liza untuk bersabar dan menyedekahkan surah Yasin di telinga anaknya agar dia cepat sedar. Puan Liza menyeka air mata dan mengangguk lemah. Arissa meminta diri untuk keluar dari wad dan menuju ke surau. Deen membontoti langkah Arissa yang lemah.

“Riss, kau okay tak ni?” tanya Deen yang risau melihat keadaan sahabatnya.

“Aku taknak hilang dia Deen. Hati aku sakit bila tengok dia macam tu. Aku sayang dia.” Kata Arissa dalam tangisan sambil memandang anak mata Deen dalam. Deen menyeka air mata sahabatnya.

“Aku tahu kau sayang dia tapi kau kena kuat Riss. Kau jangan macam ni. Aku yakin Heykal akan sembuh. Berdoa mintak Allah permudahkan segalanya. Insha Allah.” Ujar Deen memberikan kata-kata semangat untuk melegakan hati gadis itu.

“Thanks Deen, kau selalu tahu apa nak cakap.” Kata Arissa sambil tersenyum lemah dan kemudian segalanya menjadi gelap. Dia pitam tidak sedarkan diri kecuali terdengar Deen menjerit namanya beberapa kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience