BAB 9

Romance Completed 14946

Arissa mengetuk pintu bilik adik perempuannya, Julia sebelum menerjah masuk dan menunggu suara Julia untuk membenarkannya masuk. Selang beberapa saat, dia mengetuk sekali lagi apabila tiada jawapan dari penghuni kamar.

“Julia! Bukak la pintu ni. Ni kakak nak bagi buku.” Kata Arissa sambil mengetuk pintu berkali-kali. Beberapa minit kemudian pintu bilik dibuka dari dalam.

“Nak apa?” tanya Julia kasar sambil menjeling tajam. Arissa terkejut dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh adiknya.Tidak pernah-pernah di sebegitu.

“Ni Heykal suruh kakak pulangkan.” Kata Arissa sambil menghulurkan buku berkulit merah. Julia merentap buku tersebut dan menutup semula pintu dengan kuat. Arissa menjongketkan keningnya. Hairan mengapa Julia berkelakuan sebegitu kerana setahunya Julia seorang yang amat lembut dan sopan.

“Period kot,” bisik Arissa berfikiran positif lantas berjalan menuju ke biliknya semula.

*

“Bila masa Heykal jumpa Arissa ni? Ish benci la.” Julia mencebik dan mencampakkan bukunya ke dalam tong sampah. Geram. Julia kemudian terus menghantar mesej kepada Heykal dan bertanyakan perihal buku tersebut.

Bipp...bipp...

Julia mencapai telefonnya apabila telefonnya bergetar dan membaca pesanan yang diterima.

‘Terjumpa kakak awak haritu dekat mall, so dah alang-alang saya pass la buku awak kat dia. Lagipun saya dah habis baca. Best buku tu.”-Heykal.

Julia mengetap bibir apabila dia mendapat tahu Heykal terserempak dengan Arissa di pasaraya. Dia menarik nafas dan membalas mesej Heykal semesra yang mungkin. Julia menghempaskan badannya ke atas tilam yang empuk dan meletakkan tangannya di atas dahi.

“Aku nak kau Heykal. Aku tak kira. Walaupun terpaksa rebut kau dengan kakak sendiri pon aku sanggup sebab aku sayang kau. Aku tak nak kau terlepas ke tangan orang lain.” Bicara Julia sendiri sambil mengenggam penumpuk menahan amarah.

*

“Ohemji Deen! Lawanya my God. Where did you find this? Match sangat dengan koleksi aku musim ni.” Kata Arissa teruja apabila rakan baiknya memberikan sekotak kasut tumit tinggi berwarna biru awan dan sedikit taburan manik-manik jernih di hujung kasut untuk dipakai oleh Arissa untuk runaway yang diadakan malam ini.

“Hey ni Deen la. Pakar shopping okay. Cantik kan? I know sebab aku yang design, well bukan nak bangga.” Ujar Deen sambil menjongketkan bahunya. Arissa memeluk sahabatnya erat.

“Thank you Deen design untuk aku. Serious cantik. Suka gila weh.” Arissa masih tidak lekang memandang kasut tersebut.

“Alah takde benda lah macam lah aku tak pernah design kasut lelawa dekat kau. Ni special edition okay takde dijual kat mana-mana. So aku nak kau yang pakai.” Jelas Deen lagi.

“Woah tu lagi baikkk .Eh datang kan malam ni? Tak datang siap kau. Aku nak sebut nama kau for kasut ni. Then aku nak ajak Heykal lah. He might love the fashion show.” Ujar Arissa teruja.

“Wait what? Heykal? Boyfriend ke?” tanya Deen tersenyum nakal.

“What? No! Just friend okay. Lagipun aku baru kenal dia after aku break up so baru lagi and aku tak nak pikir pasal love love lagi.” Jawab Arissa selamba sambil jari runcingnya sibuk menaip sesuatu. Hantar!

“Okay then kenalkan la kat aku malam ni,” cadang Deen memandang Arissa cuba berharap.

“If dia datang. Aku dah sent invitations so tengok la apa dia reply. Dah la aku suka kasut heels kau ni. Dah pergi buat kerja kau. Aku nak settlekan touch aku yang terakhir.” Arissa menghalau Deen untuk balik ke tempat kerjanya. Deen mencebik namun keduanya tertawa lalu memeluk sesama sendiri dan mengucapkan selamat tinggal.

Bipp...bipp...

Arissa tersentak apabila iPhonenya bergetar. Dia pantas membuka peti pesanan ringkas untuk membaca mesej yang diterima.

‘Okay if I free I datang.’ –Heykal

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience