BAB 5

Romance Completed 14956

Deen melangkah longlai ke arah tempat parkir kereta. Dia menghidupkan enjin kereta buat seketika untuk dipanaskan lantas mencapai tas tangan dan menyelongkar isinya untuk mencari telefonnya.

Dia memeriksa setiap notifikasi yang diterima sebelum membaca pesanan Whatsapp yang dihantar. Dia mengangkat wajah. Bulat matanya apabila dia mendapati seseorang yang dikenali sedang berjalan berpegangan tangan dengan seorang gadis jelita yang tinggi lampai.

Dia mengelap peluh di dahi walaupun penghawa dingin telah pun dipasang. Dia menggeleng dan mengucap pendek apabila terlihat aksi tidak senonoh yang ditonjolkan oleh pasangan tersebut. Mungkin mereka tidak perasan ada mata-mata yang melihat atau mereka bodoh tidak tahu apakah itu fungsi kamera litar tertutup yang dipasang di merata tempat atau sebaliknya. Entahlah Deen malas mahu memgambil kisah dan terus memecut laju pacuan empat rodanya keluar dari bangunan tersebut.

*

Heykal merenung skrin iPhone miliknya lama.Terkebil-kebil matanya menahan kantuk.

Bipp...bipp...

Heykal membuka matanya yang baru sahaja tertutup. Dia membuka mesej Whatsapp yang baru masuk.

‘I’m so sorry Heykal.Tak perasan ada mesej.You dah tidur ke? Goodnight.’

Heykal tersenyum membaca teks pendek yang dihantar oleh Arissa. Lama juga dia menunggu untuk gadis itu membalas pesanan ringkasnya yang mengucapkan selamat malam. Kini, dia boleh melelapkan mata dengan senyuman yang terukir di bibir.

Trutt...trutt...trutt...

“Jangan la kacau aku nak tidur ni besok pagi la eh aku return call.” Heykal membebel sendirian apabila iPhonenya berbunyi tanda seseorang sedang menelefonnya.

Truttt...truttt....

Sekali lagi iPhonenya berbunyi. Heykal mengambil iPhonenya yang diletakkan di atas meja lalu disorokkan di bawah bantal yang tidak digunakan.

“Haaa aman pon akhirnya.” Kata Heykal tersenyum dan cuba untuk melelapkan matanya.

Keesokan paginya, Heykal bangun seperti biasa untuk menunaikan solat subuh. Selesai menunaikan perkara yang perlu dituntut, dia turun ke bawah untuk menyediakan sarapan pagi.

“Uih apehal Julia call aku bebanyak kali ni? Penting sangat ke adui.” Heykal menggarukan kepalanya apabila melihat gerangan yang menelefonnya malam tadi. Dia membuat panggilan telefon namun tidak diangkat oleh gadis tersebut. Dia mencuba sekali lagi namun gagal.

Heykal meletakkan semula telefonnya ke tepi dan menghabiskan mi goreng yang dimasak lalu bersiap-siap untuk ke kelas.

*

“Sis hantar Julia please.” Pinta Julia sambil membetulkan rambutnya yang ikal mayang. Arissa menjongketkan keningnya.

“Can you fetch Ju harini? Nanti dah habis kelas Ju call.” Ujar Julia lagi sambil tangannya sibuk mencedok sedikit nasi goreng.

“Hm okayh no problem. Call me anytime. Kakak ade je kat butik. If tak dapat, then call mummy okayh.” Balas Arissa lalu menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Julia mengangguk kecil tanda faham.

“Btw, mummy buat apa kat butik kakak? Mummy tak kerja ke? Or nak tempah baju for annual dinner?” tanya Julia bertubi-tubi sambil matanya memandang Arissa.

“Nope. Mummy setuju nak jadi model kakak untuk my new collection. I was so excited sebab mummy akhirnya setuju after kakak dah persuade dia banyak kali untuk jadi model. And boom! Miracle happen.” Kata Arissa ala-ala diva dengan tangan kanan yang memegang sudu dinaikkan ke udara.

“Oh that’s great. At least boleh tengok muka mummy dalam album collection you. So, Ju kakak taknak amik jadi model ke?” tanya Julia tersenyum.

“You? Hm maybe next time cause this untuk lady 30’s. Ju still young tak sesuai. Eh dah la makan cepat.” Kata Arissa lagi. Julia hanya mengangguk kecil lalu menyambung semula kunyahan yang tergendala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience