BAB 7

Romance Completed 14946

Julia membuka pintu dan terjegul muka Arissa di hadapan pintu. Julia mengurut dada terkejut.

“Baru nak balik? Ingatkan dah lupa ingatan tak reti nak balik rumah dah,” sapa Arissa berbaur perlian. Julia mencebik.

“Heykal tumpangkan Ju balik tadi. Dia ajak pergi makan so Ju ikut je la. Bukan Ju ada buat papepon.” Balas Julia perlahan.

“Iye memang la tak buat pape. Tapi ju dah buat kitorang semua risau. Riss mesej tak reply. Mummy call tak jawab. Susah sangat ke nak bagitau Ju ada dekat mana, dengan siapa, hah. Takdela buat kitorang semua risau.” Bebel Arissa mengingatkan adiknya yang seorang itu. Julia menunduk.

“Sorry. Ju janji Ju tak buat macam tu dah.” Kata Julia meminta maaf lantas memanjat tangga untuk naik ke bilik. Arissa mengelengkan kepala lantas menutup dan mengunci semula pintu. Arissa kembali ke tempat duduk untuk menonton televisyen.

“Hai sayang daddy.” Encik Iskandar menegur Arissa yang sedang tekun menonton filem. Arissa mengangkat muka memandang bapanya sambil tersenyum.

“Hai daddy.” Balas Arissa lantas memberi ruang untuk bapanya duduk.

“So how photoshoot? Okay? Kerja semua okay? Customer ramai tak datang?” tanya Encik Iskandar mengenai perkembangan anak gadisnya.

“Well, em everythings fine, alhamdulillah. Customer kerja stuff semua okay.” Balas Arissa tersenyum manis. Encik Iskandar menganggukan kepala.

“And how about Irzan? Can I know how well you guys are doing?” tanya Encik Iskandar lagi sambil tersenyum nakal.

“Amboi daddy, senyum kemain. Riss dah broke up dah dengan irrrr...zan tu. Dah la malas la Riss nak cakap pasal dia.” Arissa mencebik. Geram pula dia apabila ramai yang selalu bertanyakan hal lelaki yang sudah menyakitkan hatinya. Menyebut nama lelaki itu juga sudah membuatkan dia panas hati.

“Lahh macam tu pulak. Sia-sia je bercinta bagai nak rak pastu break up. Baik kahwin je terus.” Balas Encik Iskandar selamba.

“Ew daddy please eh, nasib baik tau tak kahwin dengan dia kalau tak dah kena bermadu Riss ni. Takpon jadi janda muda.” Arissa menjeling bapanya tajam. Dia memeluk tubuh.
“Haha yelahh yelahh sorry daddy bangkitkan hal dia.” Ujar Encik Iskandar meminta maaf lantas mengusap kepala anak sulungnya. Arissa membetulkan semula rambutnya yang serabai.

*

Heykal duduk termenung di atas tembok bersebelahan dengan kolam ikan koi yang terdapat di dalam pasaraya itu. Saja dia berehat seketika kerana sudah penat berjalan seharian mencari barang yang diidamkan sejak dulu. Sedang dia berehat di atas tembok, dia mengangkat muka dan kelihatan seseorang yang amat dikenalinya.

‘Arissa?’ bisik hati kecilnya. Heykal lantas mengejar langkah gadis tersebut dari belakang.

“Arissa!” jeritnya cuba memanggil. Arissa yang terdengar namanya dipanggil menoleh kebelakang dan kelihatan Heykal sedang membongkok.

“Oh my God Heykal you okay tak ni?” tanya Arissa prihatin sambil mengusap belakang badan Heykal yang terbatuk-batuk.

“Heykal you kenapa ni? Nak I hantar pergi klinik tak?” cadang Arissa yang semakin risau melihat pemuda itu terbatuk-batuk secara berterusan. Selang beberapa minit, Heykal mengurut dadanya sambil tersenyum ke arah gadis itu. Arissa pelik.

“You senyum kenapa? You tipu I eh? Eee jahat.” Ujar Arissa sambil memukul lengan Heykal manja.

“Haha taklah mana ada I tipu you. Yang tadi tu betul-betul okay.” Balas Heykal seraya tersenyum.

“Habis tu yang you senyum kenapa?” tanya Arissa pelik melihat senyuman Heykal.

“I happy bila jumpa you.” Kata Heykal memandang anak mata Arissa.

“Hah?” Arissa menjongketkan keningnya.

“Eh tak em maksud I, nasib baik jumpa you, happy la bila ada orang caring time I macam tu. Kalau you takde tak tahu la apa jadi kat I.” Ujar heykal membetulkan kembali ayatnya. Arissa tersenyum.

“Jom pergi makan. Kita sembang-sembang.” Cadang Arissa lagi mengharapkan jawapan dari lelaki itu Heykal mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience