BAB 16

Romance Completed 14960

Arissa membuka matanya perlahan sambil tangan kanannya memegang kepala yang berdenyut. Dia memandang ke kanan dan kelihatan wajah Heykal sedang tersenyum dengan bibir pucatnya.

“You...” Arissa cuba memanggil Heykal namun heykal lebih pantas memotong bicara gadis itu.

“Shhh...you penat. Rest well okay. I pergi panggil doktor and your parents. Kenapa nangis ni?” Heykal menyeka air jernih yang merembes di pipi gebu gadis itu. Arissa mengukir senyum dan menutup matanya semula. Heykal mengatur langkah untuk memanggil doktor.

×××××

“Takkan tu je cerita kau? Tak mana sweet nya? Apa jadi kau dengan Heykal? Julia?” Ainul mengerutkan dahinya sambil mengunyah jejari keju.

“Tu je lah. Aku lega dia selamat. Julia pun seminggu lepas tu dah sedar. Yelah overdose en boleh mati. Rasa bersyukur bila diorang berdua diberikan peluang hidup.” Ujar Arissa sambil menguak rambutnya.

“Habis kau dengan Heykal?” tanya gadis itu lagi. Arissa tersenyum sambil menunjukkan gelang yang dipakainya setiap masa.

×××××

“Riss!”

Arissa memalingkan mukanya apabila terdengar namanya dipanggil.

“Nah I nak you pakai gelang ni.” Arissa mengerutkan dahi apabila lelaki itu menyarungkan seutas gelang dia pergelangan kirinya.

“I nak you sentiasa ingat I. I sayang you Riss. I pasti akan datang jadikan you isteri satu hari nanti. Kalau kita tak ditakdirkan bersama, you boleh buang gelang ni,” kata Heykal sambil merenung anak mata Arissa dalam-dalam. Arissa mengangguk.

×××××

“Kau cintakan Heykal tu tak?” tanya Ainul inginkan kepastian. Arissa tertawa.

“Mestilah aku cintakan dia. Dah la aku kena chaw ni. Banyak kerja nak kena buat sejak Deen dah sambung study kat Melbourne,” kata Arissa sambil memeluk Ainul.

“Btw Riss, thanks share story ni. Aku inspired gak lah. Aku janji lepas ni aku tak mudah sayangkan lelaki yang aku baru kenal. Aku harap kau bertemu dengan cinta kau.” Kata Ainul sebelum Arissa mengatur langkah meninggkalkan cafe tersebut.

Bukk!

Arissa terlanggar seseorang yang datang ke arahnya. Habis baju putihnya terkena air kopi yang dipesan oleh manusia yang merempuhnya.

“Oh my God I’m sorry. Serius I tak sengaja, you okay? I mengaku laluan ni agak sempit tapi I duduk dekat hujung tu so I takde choice kena lalu sini jugak,” kata lelaki itu sambil menghulurkan tisu. Arissa yang mengelap air kopi mengunakan tangannya menerima huluran tisu tersebut. Pandangan mereka bertaut.

“Heykal...” getus arissa lembut .Secara tiba-tiba air matanya deras mengalir di pipi. Heykal mengukir senyum.

“Jangan la nangis. I dah ada depan mata you ni. I nak you jadi hak milik I selamanya Riss.You sudi?” Heykal menyeka air mata gadis itu secara tiba-tiba dia melutut sambil mengeluarkan kotak kecil berbentuk hati berwarna merah. Kotak dibuka dan sebentuk cincin berlian kelihatan dari dalam perut kotak itu. Arissa mengukir senyum lantas mengangguk sebagai jawapan. Heykal menarik jari manis Arissa untuk menyarungkan cincin tersebut. Dia berdiri dan memeluk gadis itu erat.

Tuhan sahaja yang dapat mengambarkan perasaan Arissa waktu itu. Setelah sekian lama tidak berhubung dan tidak bertanyakan khabar, malah jejak lelaki itu pun tidak diketahui.Tetapi hari ini, telah termakbul doanya untuk bertemu dengan lelaki yang amat dicintainya itu.

“I rindu you. I love you."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience