BAB 8

Romance Completed 14960

Irzan merenung pemandangan Kuala Lumpur dari jendela rumahnya. Dia memikirkan perkara yang telah dilakukan kepada Arissa tempoh hari. Sungguh dia tidak menyangka bahawa dia telah memutuskan hubungan dengan gadis itu dan gadis itu tidak sedikitpun menunjukkan perasaan sedih dengan perkara tersebut malah setitik air jernih pon tidak menitis dari takungan matanya. Dia tersenyum sinis teringatkan perihal gadis yang telah dilukai hatinya.

“Sayang you tengok ape tu hm?” seorang gadis bertubuh kecil molek memeluknya dari belakang.

“I tengok dunia. Macam mana dunia ni berputar dan macam mana kecantikan dunia walaupun dah dicemari oleh manusia.” Kata Irzan cuba bersastera. Dia menarik lengan gadis itu untuk menghadapnya lantas memeluk tubuh kecil itu.

“Lepas ni you akan jadi dunia I okay baby.” Kata Irzan memberi harapan. Gadis itu mengangguk kecil dalam dakapan lelaki tersebut sambil tersenyum.

“Sayang...jom,” kata Irzan meleraikan pelukan lantas menarik tangan gadis itu menuju ke arah katil.

“Tapi Iz I period.” Katanya tanpa ragu-ragu lalu menarik tangannya dari pegangan Irzan.

“Baby, you period pon still boleh puaskan I. Kita boleh sekat daripada darah tu mengalir or you nak benda ringan je? Please...” pujuk Irzan lembut untuk menyakinkan gadis itu.

“Okay fine.” Kata putus dari gadis itu membuatkan Irzan tersenyum lebar pantas mencium seluruh tubuh gadis itu rakus. Tiraian langsir yabg menerangi kamar ditarik agar sinar mentari dapat disembunyikan.

*

Keadaaan di restoran Mahanttan Fish Market amat riuh kedengaran apabila bunyi orang-orang berborak kecil bergema ke seluruh ruangan kedai namun keadaan di meja Heykal dan Arissa masih sunyi tanpa bicara.

“Em you know, kita kenal secara tak sengaja and tak proper. So, let’s start again and kenal each other.” Cadang Heykal sambil menyedut minuman yang baru tiba.

“Haha yeap. So I start dulu or you start dulu? But if lelaki tu gentleman dia yang akan start dulu.” Ujar Arissa sambil tersengih.

“Hahaha you ni pandai betul. Disebabkan I ni gentleman so I intro first. So, hai nama I Rafiz Heykal Bin Hisyam. Umur 22. Rumah dekat Damansara and I stay sorang. Birthday i 17 September and hobi I main game. Cita-cita nak jadi pilot. I jugak suka membaca and kaji benda tu sampai I faham. So beautiful lady depan I ni pulak?” getus Heykal panjang lebar dan menuding ibu jari ke arah Arissa. Arissa tertawa menutup mulut dan membetulkan rambutnya.

“Okay thank you sebab perkenalkan diri Encik Heykal. So nama I Arissa Johana Binti Muhd Iskandar. Umur I baru 23 tahun. So I tua setahun dari you lah nampaknya hahaha.” Mereka masing tertawa.

“Okay dah stop I tak habis cakap lagi. So I stay dengan family dekat Shah Alam Seksyen 7. Hobi I em...design baju and I suka runaway. I love fashion so much. I single if you nak tahu haha then I nak kahwin before umur I cecah 25. Study dekat Universiti Malaya. Tu je.” Kata Arissa menghabiskan kata-katanya seraya tersenyum kecil. Heykal terlopong seketika.

“You...designer ke? Wow impressive.” Kata Heykal tidak percaya.

“Kenapa? Tak boleh?” tanya Arissa garang. Heykal tertawa kecil.

“Bukan tak boleh la.Selalunya beautiful lady macam you ni nak jadi model or artist yang nak glamor. But look at you, beautiful with brain.” Puji Heykal sambil merenung anak mata coklat Arissa.

“You ni mulut manis kan. Ada je you nak borak.” Kata Arissa malu-malu.

“Hahaha betul la I kata. Btw, boleh tolong bagi balik buku Julia tak? I dah habis baca. Cakap dekat dia thank you sebab pinjamkan.” Heykal menghulur sebuah buku untuk dipulangkan kepada Julia.

“Okay boleh.” Angguk Arissa lantas mengambil buku yang dihulur oleh Heykal dan memasukkannya ke dalam beg. Mereka bersembang dan bergelak ketawa apabila saling bertukar-tukar cerita sambil menghabiskan makanan yang dipesan.

“You ni kelakar.” Kata Arissa sambil menahan tawa. Heykal mengusap belakang kepalanya yang tidak gatal walaupun pipinya sudak kemerahan menahan malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience