BAB 4

Romance Completed 14960

Arissa mengeringkan rambutnya menggunakan pengering rambut dihadapan meja solek. Dia membelai rambutnya yang sedikit basah.

Dia kemudian membuka aplikasi Whatsapp untuk menegur Heykal lantas jari-jemarinya laju menaip sesuatu dan kemudian memadamnya semula. Dia mengigit bawah bibirnya lembut dan memejamkan matanya sambil menggeleng lalu meletakkan iPhonenya semula di atas meja.

Sedang Julia khusyuk menonton filem hantu dari Thailand, Arissa secara tiba-tiba dari belakang memegang bahu Julia dan membisikkan sesuatu yang menyeramkan. Namun julia seperti tidak mempunyai perasaan. Sedikitpun dia tidak memandang ke arah Arissa malah tiada reaksi terkejut mahupun takut yang ditunjukkan. Julia mengambil segenggam bertih jagung di dalam mangkuk di atas riba dan memasukkan satu persatu ke dalam mulut.

“Ish tak terkejut ke?” tanya Arissa sambil mencebik. Julia menggeleng kecil tanpa menoleh.

“Mummy dengan daddy belum balik lagi ke?” tanya Arissa lagi. Julia menjongketkan bahu tanda tidak tahu.

“Kau ada kelas ke besok? Nak kakak ambik?” tanya Arissa buat sekalian kali.

“Takpelah. Ju boleh suruh Heykal hantarkan Ju balik. Nah ambiklah. Ju nak tidur, ngantuk. Goodnight.” ujar Julia sambil menghulurkan semangkuk bertih jagung ke arah Arissa.

“Hm yelah. Okay goodnight” Arissa menyambut huluran tersebut dan menemani langkah Julia ke atas dengan ekoran matanya.

“Assalamualaikum~”

Arissa menoleh ke arah pintu dan kelihatan Puan Norlia, mummy Arissa dan Julia sedang meletakkan kasut tumit tinggi ke dalam rak yang berada di sebelah pintu pintu. Arissa tersenyum lantas menerjah ke arah Puan Norlia untuk bersalam.

“Ju mana? Tidur dah?” tanya Puan Norlia sambil kakinya laju menuju ke arah sofa. Arissa membontoti langkah mummynya.

“Dah baru je dia naik atas.” Kata Arissa sambil kakinya melangkah ke dapur mengambil air untuk mummynya yang kepenatan. Arissa menghulurkan cawan berisi air kepada Puan Norlia.

“Thanks sayang.” Getus Puan Norlia lalu menghirup air dari cawan rakus.

“How’s Izhan?” tanya Puan Norlia sesudah menghabiskan air di dalam cawan. Arissa yang sibuk mengunyah bertih jagung memandang mummynya tanpa perasaan.

“Entah.” Ujarnya sepatah. Puan Norlia menjongketkan kening seperti menanyakan soalan kepada Arissa.

“dah break up dah semalam mummy. Takde jodoh tu.” Balas Arissa selamba. Mummynya menggeleng kecil.

“budak muda nowadays pon still main-main dengan cinta. Umur tu dah makin meningkat so you guys should be serious in this case. Mummy harap sebarang keputusan yang Riss buat tu is the best. Mummy taknak korang kecewa lagi okay.” Bebel Puan Norlia panjang lebar. Arissa mengangguk perlahan.

“Daddy tak balik lagi ke mummy?” tanya Arissa pelik apabila wajah daddynya masih tidak kelihatan.

“Daddy pergi kedai jap beli rokok dia.” Getus Puan Norlia lalu mencapai alat kawalan untuk menukar saluran.

“Oh. Mummy nanti nak tak ikut Riss pergi butik? Riss nk amik mummy jadi model Riss la untuk rekaan baru Riss musim ni.” Pelawa Arissa dengan senyuman berharap Puan Norlia setuju menjadi model bajunya.

“Mummy? Ish tak nak lah. Mummy tak pandai.” Ujar Puan Norlia malu-malu. Arissa mencapai pergelangan tangan Puan Norlia cuba untuk memujuk. “Ala mummy. Bukan suruh mummy posing pelik-pelik pon. Biasa-biasa je. Boleh la mummy...please?”

“Erm...okay lah untuk anak mummy ni.”

Arissa melompat keterujaan apabila Puan Norlia akhirnya bersetuju untuk menjadi model bajunya. Bukan senang Puan Norlia ingin menjadi model untuk koleksinya kali ini. Beberapa kali jugalah dia berterima kasih kepada Puan Norlia kerana bersetuju. Puan Norlia hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala melihat gelagat anak gadisnya.

“Alright mummy besok pagi-pagi kita terus pergi butik buat fitting baju and jahit all the design lepastu kita buat runaway.” Kata Arissa teruja.

Puan Norlia mengangguk kecil dan tersenyum mengiyakan cadangan anak sulungnya. Arissa yang mendapat respon positif dari ibunya melompat kegirangan. Puan Norlia menggelengkan kepala melihat gelagat anak gadisnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience