BAB 3

Romance Completed 7816

LAMA Akmal mendiamkan diri, langsung tidak mahu berbicara dengan isterinya. Langsung tidak mahu mengambil berat. Hanya membiarkan isterinya itu melakukan tugas-tugas berat yang sepatutnya dilakukan olehnya. Seringkali ternampak Azeliza muntah malam, hati Akmal diserbu hairan.

“Abang..” panggil Azeliza lembut. Akmal tidak menoleh, diam sahaja.

“Iza ada sesuatu nak bagitahu. Iza dah mengandung. Nak masuk 3 bulan,” ujar Azeliza malam itu. Akmal semerta menoleh ke arah isterinya yang sedang membasuh pinggan.

“Betul?” soalnya dalam nada gembira. Azeliza angguk perlahan.

“Lepas ni, jangan buat benda berat-berat lagi,” pesannya. Wajah Azeliza agak berbunga gembira mendengar kata-kata suaminya.

“Aku cakap untuk pastikan anak aku sihat. Jangan nak mengada-ngada,” ujar Akmal, tegas. Azeliza angguk dan tunduk sedikit. Sebak dengan kata-kata suaminya.

“Iza naik atas dulu,” ujar Azeliza, lembut. Langkahnya diatur pantas ke tingkat atas. Dia masuk ke bilik kedua. Tubuhnya dihempas lembut di atas katil yang bercadar satin biru lembut.

“Umi..kenapa Iza diduga macam ni?” Azeliza bersuara perlahan dalam tangis, teringat arwah ibunya.

“Sakitnya umi..” Azeliza merintih. Tangannya perlahan-lahan menyentuh perut yang masih kempis.

“Umi, Iza tak tahu kenapa Iza diduga macam ni. Bukannya Iza tak nak terima takdir ALLAH, tapi Iza keliru, umi..” ucap Azeliza, tersedu-sedu.

“Umi..doakan Iza diberi kekuatan umi. Iza tak mampu,” tangisan Azeliza kedengaran teresak-esak. Akmal di luar kamar, hanya mencari dengar perlahan-lahan. Hatinya juga dipagut sayu.

Namun egonya mengatasi segalanya.

“TAK payah masak malam ni. Aku beli bungkus,” ujar Akmal ketika kandungan isterinya sudah melewati bulan kelima. Azeliza angguk perlahan, mengusap perlahan perutnya yang dilapisi jubah merah hati.

“Iza tak nak makan. Abang beli untuk abang cukuplah,” ujar Azeliza, perlahan sambil melabuhkan punggung di birai katil.

“Apasal tak nak makan?” matanya mencerlung ke arah wanita itu.

“Iza tak larat,” ujar Azeliza,lembut.

“Habis, anak aku macam mana?” soal Akmal lantang. Azeliza mengeluh kecil.

“Tak apa. Nanti, Iza makan roti aje untuk anak abang,” ucap Azeliza perlahan, sebak.

“Jangan nak mengada! Nanti kau sakit, anak aku pun kena sama!” tengkingnya. Azeliza terdiam.

“Abang, Iza betul-betul tak larat nak makan. Iza rasa nak muntah aje,” ujar Azeliza, perlahan mengharapkan simpati suaminya.

“Kau sakit ke?” begitu kasar sekali soalan itu meluncur dari bibir suaminya. Azeliza menggeleng.

“Aku tak kira. Kau kena makan,” ujarnya sebelum melangkah keluar dari rumah untuk membeli makanan.

“Umi..” Azeliza merintih. Dia tidak didera fizikal tetapi emosinya bagai hendak pecah menanggung beban.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience