BAB 8

Romance Completed 7816

Doktor itu berdiri di sisinya juga. Jubah merah hati itu diselak. Azeliza awal-awal lagi sudah memakai kain dalam berwarna gelap. Jelas kelihatan urat-urat biru sekeliling perut wanita itu dek membawa tampungan yang besar dan berat. Doktor berkaca mata itu menyapu sejenis gel pada permukaan perutnya sebelum menekap teleskop di situ.

Kemudian, terpapar gambar aktif si kecil di dalam perutnya. Azeliza mengurut perlahan pinggang kanannya.

“Baby so active, ya!” doktor itu tertawa kecil melihat si kecil menunjal-nunjal perut Azeliza. Akmal turut tertawa kecil. Azeliza tersenyum lemah.

“Okay, as usual, baby punya kedudukan betul. Tak songsang,” ujar doktor itu sambil menggerakkan teleskop ke serata perut wanita ini.

“Your baby are twins!” ujar doktor itu tiba-tiba. Azeliza tidak dapat menahan rasa terkejutnya. Akmal terlopong mendengar kata-kata doktor itu.

“Ya, your babies,” ujar doktor itu, tersenyum.

“Tengok ni, ada dua degupan jantung baby,” ujar doktor itu sambil mengunjukkan jemari telunjuknya pada skrin.

Azeliza angguk, memahami skrin itu kerana pernah mengambil course yang sama.

“Congratulations!” ucap doktor itu. Azeliza hanya angguk, mengucapkan terima kasih. Dia masih terkejut.

“Kenapa baru tahu sekarang?” soal Akmal hairan.

“Baby kecil sangat agaknya dulu. Biasanya macam tu. Sebab tu, mesin tak dapat kesan baby,” ujar doktor. Akmal angguk, memahami.

“Kesian you. Banyaknya urat,” doktor itu mengusap spontan bawah perutnya yang sememangnya dipenuhi urat biru kehijauan. Sekali ditunjal si kecil, pasti putus!

“Dengar degup jantung baby pulak ya,” doktor itu menekan-nekan beberapa butang. Seketika, degupan jantung si kecil kedengaran.

“Jantung baby normal,” doktor itu tersenyum lagi. Azeliza tersenyum lega.

“Okay, kita nak timbang berat pula,” ujar doktor itu seraya menanggalkan stetoskopnya dan disangkut di leher.

Azeliza bangun perlahan-lahan dibantu suaminya. Sakit.

Usai menimbang berat badan, mereka menunggu di luar bilik doktor untuk mengambil ubat.

“Yang ni makan 3 kali sehari, sebelum makan. Pil merah-putih ni, makan 2 kali sehari, sebelum makan. Vitamin, 3 kali sehari, bila-bila masa.” Bertambah tiga lagi pil yang perlu dimakannya.

“Saya nak tanya, kalau puasa macam mana ya?” soal Azeliza, lembut dan penuh hemah.

“Oh, puan puasa ya? Kalau puasa, tak apa. Makan waktu sahur dan waktu malam sahaja,” ujar jururawat bertugas, tersenyum manis. Azeliza angguk, tersenyum memahami.

“Anak sulung ke?” sempat jururawat itu menyoal sementara Akmal membayar. Azeliza angguk.

“Tahniah. Semoga semua selamat,” ujar jururawat itu. Azeliza mengucapkan terima kasih.

“MACAM mana?” soal umi. Hairan melihat wajah anak menantunya ceria.

“Umi, baby ni kembar umi,” ujar Akmal penuh bangga sambil mengusap perut isterinya spontan. Dahi wanita itu dikucup. Azeliza tergamam, terkedu sekali lagi. Dia tidak minta suaminya menjadi sehipokrit itu di hadapan keluarga. Dia takut jatuh kasih pada suami yang tidak memerlukannya.

Biarlah sekadar menjaga makan minum suaminya, menyayanginya sebagai suami tetapi tidak dikasihi suaminya seperti itu sehingga menyebabkan dia berharap sesuatu yang mustahil. Azeliza tersenyum pahit.

“Kembar?” umi juga terkejut. Azeliza angguk. Pinggangnya dipeluk erat oleh Akmal.

“Amboi abang! Tak nak lepas dah Kak Iza!!” usik si kembar itu, nakal. Azeliza tertawa hambar. Akmal tersengih, mengetatkan pelukan. Azeliza agak kekok.

“Bagilah Iza tu duduk dulu. Kesian penat bawa baby berat,” ujar umi, kasihan melihat wajah pucat menantunya. Akmal tersengih, membawa isterinya duduk di sisi.

Azeliza tunduk, mengejipkan matanya menahan air mata mengalir.

“Sakit ke?” soal Akmal risau.

“Tak,” jawab Azeliza perlahan, meraup wajahnya atau lebih tepat, mengesat air matanya yang hampir menitis.

“Penat?” soal Akmal lagi. Azeliza menggeleng.

Umi, Eliza dan Elisa hanya memandang. Azeliza tersenyum pahit. Segalanya berbaur menjadi satu di dalam dadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience