BAB 2

Romance Completed 7816

“MAMA, abang kemalangan,” suara Azeliza tersedu-sedu menangis ketika menghubungi ibu mentuanya.

“Apa? Mama datang sekarang!” mama kedengaran cemas. Setengah jam kemudian, kelibat mama mula kelihatan.

“Macam mana Akmal?” soal mama, mengusap bahu menantunya.

“Abang koma,” Azeliza masih menangis.

“Syhh..doakan Akmal selamat ya,” mama mengucup dahi menantunya itu. Azeliza angguk dalam sendunya.

Mereka melangkah masuk bersama-sama ke kamar Akmal.

“Abang..” Azeliza mengusap lengan suaminya, lembut. Lelaki itu kaku. Kepalanya berbalut dan alat bantuan pernafasan melekap di hidung lelaki itu.

“Abang..Iza datang ni,” ujar Azeliza, sebak melihat keadaan tubuh suaminya calar balar.

“Syhh…Iza rehat dulu,” ujar mama. Azeliza angguk, sememangnya tubuhnya agak penat kerana mengemas rumah petang tadi untuk makan malam istimewa suaminya. Alih-alih, dikejutkan dengan kemalangan.

Dia terlena di sisi Akmal.

“Abang, Iza tahu abang marahkan Iza. Cuma Iza tak tahu, apa yang abang marahkan. Tak apalah, bang. Marahlah, Iza rela asalkan Iza tak kehilangan abang. Iza cintakan abang. Iza tak boleh hidup tanpa abang. Iza sayangkan abang,”

Azeliza terlena pada malam kedua menemani suaminya, selepas mengungkap kata itu.

Esok paginya, kepalanya berat dan perutnya mual. Dia mendapatkan pemeriksaan kesihatan dan disahkan mengandung 2 bulan. Gembirakah? Sedihkah? Azeliza bingung sendiri.

Esoknya, Akmal dibenarkan pulang.

AZELIZA termuntah-muntah lagi sebaik sahaja sampai di rumah. Dia berkumur perlahan, cepat-cepat melangkah ke ruang tamu. Tidak mahu suaminya mengesyaki apa-apa. Tanpa disedarinya, Akmal nampak kelakuannya sebentar tadi.

Wajah lelaki itu kehairanan. Bini aku sakit ke?, getus hatinya. Azeliza tampak pucat dan agak lemah. Perlahan-lahan suaminya dipapah ke kamar mereka.

“Nanti, abang tidur sini. Iza tidur kat sofa pun tak apa,” Azeliza membetulkan cadar, terbatuk perlahan. Akmal hanya berdiam diri. Egonya tinggi, tidak mahu mengambil tahu hal isterinya.

Azeliza memicit dahinya yang sakit, perlahan.

“Duduklah, bang,” Azeliza membantu suaminya melabuhkan punggung di atas katil.

“Iza masakkan bubur ya,” Azeliza melangkah keluar dari bilik itu. Akmal memandang keliru isterinya yang berbaju kurung berlalu.

“Abang..makan ya,” Azeliza duduk perlahan di birai katil, meletakkan bubur di atas meja.

“Aku tak nak makan!” keras suara Akmal.

“Abang, abang ‘kan sakit. Kenalah makan, biar cepat sembuh,” ujar Azeliza sambil menyuap suapan pertama. Akmal makan juga. Azeliza tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience