BAB 6

Romance Completed 7816

Telefon bimbit Azeliza berbunyi. Tubuhnya diangkat perlahan-lahan dan talian disambut.

“Assalamualaikum,” Azeliza memberi salam, terkejut juga menerima panggilan seawal pagi itu daripada ibu mentuanya.

“Waalaikummussalam, Iza,” agak cemas suara umi.

“Kenapa umi? Ada tak kena ke?” soalan Azeliza menggamit perhatian Akmal.

“Abi masuk wad,” ujar umi.

“Okay, okay. Iza datang dengan abang sekarang,” ujar Azeliza, turut cemas. Talian dimatikan tanpa salam.

“Kenapa?” soal Akmal. “Abi masuk wad,” ujar Azeliza, mengulang kembali perkara yang diberitahu kepadanya sebentar tadi. Akmal turut bersiap ala kadar untuk ke hospital.

“Okay ke?” Akmal bertambah cemas melihat isterinya berkerut dahi mengurut perut.

“Okay,” jawab Azeliza perlahan sambil membetulkan duduknya.

Akmal hanya mengerling dalam kesuraman lampu jalan raya.

“UMI, macam mana abi?” soal Azeliza selepas bersalaman dengan umi mereka. Kelihatan adik bongsu kembar Akmal, Eliza dan Elisa turut berdiri di sisi umi.

“Tak tahu lagi,” jawab umi. Suaranya terketar takut terjadi sesuatu kepada abi.

“Kejap ya, umi..” Azeliza melangkah perlahan ke arah kaunter. Perutnya yang memboyot agak menghalang pergerakan. Akmal, umi, Elisa dan Eliza hanya memandang.

Azeliza bercakap-cakap seketika dengan jururawat bertugas. Kelihatan jururawat itu mengangguk-angguk sambil tersenyum. Azeliza mengambil kot doktor dan penutup mulut yang dihulur oleh jururawat bertugas. Kemudian, melangkah ke arah umi.

“Abang, umi..Iza nak masuk dalam. Tengok abi macam mana,” ujar Azeliza sambil menghulur beg tangannya pada Akmal. Akmal menyambut.

“Macam mana Iza boleh….” Umi kehairanan.

“Iza pernah jadi doktor sebelum kahwin dengan abang,” jawab Azeliza sambil mengenakan kot itu. Umi memandang Akmal, Akmal memandang Azeliza.

Dia tidak tahu menahu langsung bahawa isterinya berkelulusan doktor. “Iza masuk dulu, ya,” ujar Azeliza, tersenyum manis dan melangkah ke arah wad yang menempatkan abi.

“ABI okay. Tak ada apa-apa serius. Cuma lepas ni, kena jaga makan,” ujar Azeliza selepas menanggalkan topeng mulutnya. Umi angguk seraya memeluk Azeliza erat, mengucapkan terima kasih. Azeliza tersenyum manis.

“Jangan nangis lagi ya, umi,” Azeliza mengesat air mata ibunya. Akmal hanya memerhati. Sayangnya berputik di situ.

Ego…

“Iza tak nak sahur?” soal umi.

“Dah pukul berapa ni? Tak sempat kot. Tak apalah,” Azeliza mengerling jamnya. “Tak apa ke perut kosong macam ni? Cucu umi boleh puasa?” soal umi. Azeliza tertawa kecil, melihat umi mengusap perutnya.

“InsyaALLAH boleh,” jawab Azeliza.

Umi tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience