BAB 5

Romance Completed 7816

SATU perkara yang disedarinya sejak mengandung, Akmal sering pulang untuk makan tengah hari.

“Abang nak makan ke mandi dulu?” soal Azeliza, lembut. Jemarinya berpaut pada dinding, kepenatan.

“Tengoklah nanti. Aku nak siapkan kerja dulu!” ujar Akmal sambil lewa. Azeliza angguk perlahan. Dia melangkah ke dapur semula.

Senduk digunakan untuk mencedok nasi. Matanya mengerling perut yang sudah mula kelihatan itu. Kadang-kadang si kecil suka benar menunjal. Azeliza hanya tersenyum pahit, mengusap perlahan perutnya. “Umi minta maaf,” ujar Azeliza, perlahan.

“Dah siap ke belum?” soal Akmal dengan suara garaunya.

“Dah. Sekejap ya, bang..” Azeliza membawa pinggan ke meja di mana suaminya sudah melabuhkan punggung, melihat-lihat lauk pauk hari itu.

“Tak makan?” soal Akmal apabila dilihat hanya ada sepinggan nasi.

“Iza tak makan tengah hari ni sebab baru makan ubat,” ujar Azeliza.

“Iza teman abang makan aje ya,” kata wanita ini lagi.

“Tak boleh makan ke lepas makan ubat?” soal Akmal sambil mencedok ikan siakap masak tiga rasa kegemarannya.

“Doktor kata tak boleh, nanti lain pulak effectnya,” jawab wanita ini. Akmal hanya terdiam, menikmati masakan isterinya.

“BILA ultrasound baby?” soal Akmal sambil merenung isterinya yang baru menyudahi bacaan al-Quran.

“Pagi esok, pukul 10,” jawab Azeliza lembut sambil membuka telekung dan melipat rapi. Wanita ini bangun perlahan-lahan dan meletakkan al-Quran di atas rak almarinya. Telekung disimpan di dalam almari. Dia melangkah perlahan ke arah meja solek dan mengambil pek ubatan dan vitaminnya.

Ditelannya satu persatu sebanyak 6 biji. Banyaknya! Semuanya kerana kandungan yang satu ini. Wajahnya pucat sedikit kerana penat.

Kemudian, dia menapak ke birai katil dan duduk perlahan. Perutnya diusap. Tunjalan si kecil jelas terasa, bagai memujuk hatinya. Dia membaringkan tubuhnya dan menarik gebar perlahan-lahan menyelimuti kedinginannya. Jelas, urat-urat kebiruan pada jemari, lengan dan wajahnya dek kesejukan.

“Nak tidur dah ke?” soal Akmal yang masih bersandar pada bahu katil.

“Tak adalah, nak baring-baring dulu. Kejap lagi nak masak sahur terus, tak adalah nak kena bangun banyak kali,” jawab Azeliza, memicit kepalanya.

Jemari Azeliza perlahan, mengusap perut yang sudah memboyot menanti hari itu. Dia mendesis perlahan apabila si kecil menunjal ari-arinya. Akmal hanya mencuri pandang, masih ego mahu mengambil tahu hal isterinya walaupun itulah tanggungjawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience