BAB 11

Romance Completed 7816

WANITA ini terjaga tiba-tiba. Perutnya yang memboyot dielus lembut. Sakit. Menyucuk-nyucuk pada bahagian ari-ari.

Dahi Azeliza berkerut sedikit.

“Kenapa ni sayang?” soal Azeliza perlahan kepada anak-anak di dalam kandungannya. Si kecil menunjal-nunjal ari-arinya. Azeliza mendesis perlahan, sakit.

Azeliza menoleh ke sisinya, wajah suaminya nyenyak terlena.

“Sayang sabar ya. Jangan keluar lagi. Kesian abi, abi dah tidur,” bisiknya perlahan dengan dahi yang masih berkerut menahan sakit. Dia tidak sanggup mengejutkan suaminya yang kepenatan bekerja. Perutnya digosok-gosok perlahan dan akhirnya terlena.

DUA jam kemudian, jam 3 pagi, Azeliza terjaga kembali. Kali ini terasa kain yang dipakainya lencun. Perutnya juga semakin berdenyut-denyut pedih. Azeliza menggosok-gosok perut itu supaya sakitnya beransur hilang. Namun, sakit tetap terasa malah semakin kuat sehingga Azeliza mengerang kesakitan. Akmal yang terdengar sayup-sayup suara isterinya terjaga.

Wajah yang merenik peluh dingin isterinya dipandang.

“Kenapa ni? Nak bersalin dah ke?” soal Akmal, cemas. Azeliza hanya mampu angguk, tidak terdaya mengeluarkan suara. Akmal pantas mencempung tubuh wanita ini ke kereta. Bakul peralatan bayi sudah lama dimasukkan ke dalam kereta.

AZELIZA dimasukkan ke wad bersalin. Akmal juga ikut bersama, memegang jemari isterinya erat, kejap bagai tidak mahu dilepaskan. Wajah Azeliza kemerahan menahan sakit.

Doktor memeriksa kandungan Azeliza.

“Tunggu terbuka 7cm lagi. Baru 3cm,” ujar doktor itu. Azeliza memegang erat jemari suaminya, menggenggam sakit. Air matanya mengalir lesu.

“Syhh, sayang. Jangan nangis, abang ada kat sini,” bisik Akmal perlahan.

“Ingat ALLAH, ya sayang,” ujar Akmal lembut di telinga kanan isterinya. Azeliza angguk dalam keadaan matanya terpejam rapat. Bibirnya diketap.

Tangisan seorang bayi selepas 20 jam di dalam wad bersalin membuatkan Azeliza menghembus nafas
lega. Segala kesakitannya hilang serta-merta sebaik sahaja terlihat wajah anak itu. Tubuhnya sangat sihat dengan berat 4 kilogram. Beberapa minit kemudian, si adik menyusul dengan berat 3.4 kg. Azeliza mengucapkan syukur kelegaan.

“Alhamdulillah..” Azeliza berbisik sendiri, perlahan sahaja. Akmal mengucup dahi wanita itu, tanda tahniah.

Azeliza dipindahkan ke wad biasa. Akmal tersenyum ke arah isterinya. Azeliza terkedu sendiri.

Kau dan aku umpama berada dalam satu dimensi, ada beberapa lapisan. Ku fikir kita akan hanyut terperangkap dalam dimensi yang hanya akan membuat hati kita layu namun kasihmu, seakan membuka satu ruang, satu dimensi baru yanh tak pernah ku rasakan dalam hatiku, besarnya cintamu padaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience