BAB 1

Romance Completed 7816

Kucoba 'tuk Menembus Dimensi
Menembus Ruang Dan Waktu
Mencoba Meraihmu
Melepas Jubah Yang Gerahkanku
Sejenak.... Lepaskan Gaun Itu

Reguk.... Uraian Waktu
Tak Ada Yang Sanggup Menuntunmu Menuju Aku
Hanyut.... Satu Persatu
Terbunuh Harumnya Dirimu Halus Kalbumu
Disenyumanmu

Jilati.... Sisi Hati
Kekaguman Tak Sirna
Dimana - Mana... Merasuk Jiwa
***

“Kalau kau tak nak aku belasah, baik kau diam!!” tengking Akmal, kasar. Tergamam Azeliza. Akad nikah baru lima jam tadi, sekarang suaminya sudah tunjuk belang. Azeliza terdiam sahaja. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas katil. Dia terlena selepas suaminya itu melelapkan mata.

3 BULAN KEMUDIAN..

“ENCIK Akmal ada?” soal Azeliza lembut.

“Ada, tunggu sebentar ya,” jurukaunter itu tersenyum ramah. Azeliza duduk di sofa yang disediakan.

“Puan Azeliza?” soal satu suara.

“Saya,” Azeliza menoleh. Lelaki yang tidak dikenalinya.

“Cari Encik Akmal?” soalnya agak sinis. Azeliza angguk.

“Oh..” dia tersenyum, penuh makna.

Azeliza bingung. Tiba-tiba jurukaunter itu mengajaknya ke bilik Akmal. Azeliza bangun. Perlahan, dia menapak ke kamar suaminya.

“Kau buat apa kat sini?” soal Akmal, kasar. Tersentak Azeliza.

“Iza lalu sini tadi. Singgah nak jumpa abang,” ujar Azeliza, lembut.

“Nak apa?” soalnya sambil lewa.

“Saja,” jawab Azeliza, tersenyum.

“Pergi balik sekarang,” arah Akmal. Dia memandang tepat wajah wanita itu. Azeliza melangkah keluar dari syarikat suaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience