BAB 10

Romance Completed 7816

Azeliza mengesat air matanya dan kemudian berlalu keluar dari kamar yang menjadi kamar hatinya selama ini. Dia menuruni anak tangga perlahan-lahan dan terlihat Akmal sedang termenung panjang di atas sofa dengan bungkusan nasi di atas meja.

“Abang dah lama sampai?” soal Azeliza, lembut sambil melangkah perlahan menuju ke arah suaminya. Akmal menggeleng sahaja. Azeliza tersenyum manis.

“Abang nak makan sekarang ke? Iza siapkan,” ujar Azeliza sambil mengelus bawah perutnya perlahan. Akmal hanya diam tidak berkuit. Matanya tak lekang memandang wajah pucat lesu itu. Kemudian, pandangannya dijatuhkan ke arah perut membusung itu. Leka beberapa saat sebelum wajahnya diraup kasar.

Azeliza terdiam apabila melihat reaksi suaminya. Tahu mood suaminya tidak baik. Jemarinya mencapai plastik berisi dua bungkus nasi itu. Dia melangkah ke dapur dan menghidangkan nasi tersebut ke dalam pinggan. Air untuk suaminya disediakan.

“Abang, Iza dah siap. Makan ya,” Azeliza memanggil lembut. Akmal bangun malas, melangkah ke arah isterinya. Dia hanya memandang Azeliza menyuap makanan sedikit demi sedikit.

“Abang tak nak makan ke?” soal Azeliza apabila menyedari suaminya asyik merenungnya. Akmal tunduk dan mula menyuap makanan, tidak mempedulikan soalan isterinya.

Azeliza menyuap kembali nasi yang masih berbaki lebih separuh. Akmal mencuri pandang wajah yang dalam diam mula disayanginya itu.

AZELIZA melipat telekungnya rapi usai membaca al-Quran surah Luqman dan Maryam untuk anak-anaknya selepas solat Isya’. Kepalanya kekal dikenakan serkup. Sarung lengan berwarna hitam dikenakan dengan baju kaftan biru lembut itu. Akmal hanya memandang hairan dengan pakaian isterinya.

Azeliza melabuhkan punggung perlahan-lahan di birai katil sambil menggosok-gosok kedua telapak tangannya. Kemudian, perlahan-lahan tubuhnya dibaringkan mengiring menghadap suaminya yang sedang melayari internet bagi menyiapkan kerja syarikat. Gebar ditarik sehingga ke paras dagu. Kelihatan urat-urat kebiruan pada pipi putihnya.

Tidak mahu mengganggu isterinya yang kepenatan, Akmal hanya menggunakan lampu meja peneman setianya.

Kira-kira dua jam selepas isterinya terlena, 11 malam, Akmal turut terlena keletihan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience