BAB 4

Romance Completed 7816

Tidak lama kemudian, suaminya pulang. Nasi goreng kampung diserahkan kepadanya. Azeliza menyambut perlahan. Diperhati suaminya mengunyah nasi itu, laju sahaja.

“Apasal tak makan? Kau tengok aku makan, kenyang ke?” soal Akmal kasar.

Azeliza angguk. “Aku tak kira, kau makan sekarang!” suruhnya.

Perlahan, Azeliza mengunyah nasi goreng itu. Sesuap dua nasi masuk ke perutnya, dia berlari ke tandas. Muntah dihambur.

Akmal bergegas ke arahnya. Belakang isterinya dilurut. Azeliza termuntah teruk. Perit rasanya.

Tidak diduga, Akmal mengusap jemarinya, memberi kekuatan. Azeliza melarikan jemarinya, dia tidak mahu tersentuh hati dengan tindakan suaminya. Dia tidak mahu tertipu dengan kasih seorang suami. Dia takut makan hati kemudian hari. Akmal pula tergamam dengan tindakan isterinya.

Azeliza masih termuntah. Usai lega menghambur segalanya, Azeliza berkumur perlahan. Wajahnya pucat. Akmal merangkul pinggangnya, memimpinnya keluar. Azeliza terduduk di atas sofa di ruang tamu, lemah sekali.

“Kau okay ke?” soal Akmal, walaupun risau, ayatnya tetap tidak berubah. Masih menggunakan ‘aku’ ‘kau’. Cuma ton suaranya benar-benar risau. Azeliza angguk, memicit dahinya.

“Iza nak naik atas,” Azeliza bersuara perlahan, masih menanggung peritnya sakit itu.

“Aku dukung,” Akmal pantas bangun, bersedia untuk mencempung isterinya.

“Tak apa, Iza jalan sendiri. Menyusahkan abang aje,” Azeliza bangun, payah sekali.

Akmal hanya memerhati isterinya menaiki anak tangga ke kamar mereka.
KEESOKAN paginya, Akmal terjaga awal. Dilihatnya, Azeliza masih terlena pucat. Biasanya Azeliza akan mengejutkannya.

“Bangun..” Akmal menggoyang tubuh wanita itu. Azeliza membuka matanya kelat. Dahinya berkerut, matanya yang terbuka tadi silau dek sinaran cahaya lampu. Azeliza bangun dari pembaringannya perlahan-lahan. Perutnya diurut perlahan.

“Okay ke?” soal Akmal. Azeliza tidak menjawab, cuma tersenyum pahit. Dia menuruni katil dan terus ke bilik air. Akmal memerhatinya. Azeliza mendirikan solat selepas menyarung sehelai baju mengandung berwarna hijau lumut. Rambut panjang mengurainya disikat dan dibiarkan mengalun lembut.

“Iza turun dulu,” ujar Azeliza, penuh sopan dan menuruni anak tangga menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan untuk suaminya.

“Abang, makan dulu..” ajak Azeliza apabila ternampak kelibat suaminya menuruni anak tangga sambil membetulkan tali leher.

Akmal makan sepinggan spaghetti yang digoreng pedas oleh isterinya, benar-benar menepati seleranya. Namun, dia ego tidak mahu menambah.

Kemudian, dia terus berlalu keluar. Azeliza tersenyum senang apabila melihat kepuasan yang cuba disembunyikan pada wajah suaminya tadi.

“Anak umi nak makan ke?” perlahan, Azeliza mengusap perutnya yang berdenyut perlahan. Azeliza makan sedikit spaghetti itu sebagai pengalas perut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience