Butang loceng ditekan. Pintu di depan mata dipandang lama.
"Betul ke bilik ni?" Dia tertanya-tanya sendiri.
Ceklek...
Bunyi pintu yang mulai dibuka dari dalam itu sontak membuatkan Inara sedikit terkejut, kerana yang muncul bukannya Damesha, melainkan seorang lelaki. Automatik langkahnya diundurkan sedikit ke belakang.
"Ada apa?" Tegur lelaki itu. Di lihatnya Inara atas bawah.
"Saya nak cari Damesha. Err... betul ke ni bilik dia?" Soal Inara hati-hati. Risau tersalah bilik.
"Masuk, dia ada dekat dalam." Bukannya menjawab pertanyaan Inara malah pintu tersebut terus dibuka lebar.
"Terima kasih." Inara menundukkan kepala sedikit.
Lelaki itu tak membalas, malah terus beredar dari situ.
Hal itu membuatkan Inara angkat kening. Sombong betul?
Lalu dengan gerakan cepat dia terus masuk ke dalam bilik itu. Perlukan penerangan dari sahabatnya sendiri.
Masuk sahaja, sosok sahabatnya yang duduk berteleku di atas katil menjamah pandangan. Dengan pandangan tak percaya. Dia meluru ke arah Damesha yang terlihat sibuk dengan dunianya sendiri sambil tangan fokus menyuapkan makanan ke dalam mulut.
"Sha! Kau buat apa? Macam mana lelaki tadi boleh ada dalam bilik ni?" Soal Inara laju. Badan sahabatnya terus digoncang kuat tidak sabar.
"Eh, Ara... Sampai pun. Kenapa lama sangat? Penat aku tunggu." Bukannya menjawab soalan Inara, malah sempat menyapa mesra wanita itu.
"Kau tak jawab soalan aku tadi." Mata dijegilkan ke arah Damesha. Geram.
Damesha tersengih. "Takkan kau tak tau? Lelaki tadilah Adrian yang aku selalu cakap tu. Boyfriend aku."
"Adrian?! Lepas tu macam mana dia boleh ada dalam bilik kau? Dia ada buat apa-apa ke?" Tubuh sahabatnya terus dibelek dengan wajah serius.
"Dia saja datang. Rindu katanya." Damesha tersenyum sendiri mengingatkan pujaan hati.
"Kalau rindu pun ada ke main masuk bilik orang perempuan sesuka hati. Berduaan pulak tu! Haih... Kau ni buat aku risau tau tak?" Inara kesal. Tidak menyangka sahabatnya itu akan berani membawa masuk lelaki ke dalam biliknya begitu saja.
"Sorry Ara... Tadi pun dia nak hantar barang, jadi aku suruh lah dia masuk sekejap." Damesha menerangkan. Pipi Inara dicuit lembut.
Inara mengeluh kecil. "Tapi still, niat tak menghalalkan cara. Lepas ni jangan buat lagi tau? Kalau boyfriend kau tu dah terlebih batas, memang aku kerat-kerat badan dia." Ucap Inara geram. Kedua jarinya sudah dikepitkan gaya ingin menerkam kulit mangsa.
Damesha tergelak kecil.
"Jadi ke kau teman aku tidur sini?" Soalnya. Kekura tangan Inara diraih lembut.
"Erm... Aku kena mintak izin mama dulu." Jawab Inara. Tidak sampai hati rasanya dia ingin menolak permintaan Damesha. Mengenangkan sahabatnya itu pasti sunyi bermalam seorang diri di sini.
Damesha hanya mengangguk kecil.
Inara berganjak bangun, lalu tubuh di bawa menjauh sedikit dari Damesha. Setelah itu, tangan merogoh beg tangan untuk mengambil talifonnya. Kemudian, nombor mamanya di dail sambil alat komunikasi itu mula ditekupkan pada telinga.
Tidak sampai beberapa saat, suara Sarah sudah menyapa gegendang telinga.
"Hello Ara?" Kedengaran suara Sarah mulai menyapa.
"Hello Ma..."
"Ya? Ada apa Ara?"
"Mama... Ara nak mintak izin temankan Sha tidur satu malam kat sini boleh?" Tuturnya perlahan.
"Dekat tempat sebelum ni ke?" Sarah sudah dapat mengagak.
"Iya ma."
"Jadi lagi ya?" Teka wanita itu. Tahu benar dengan masalah keluarga Damesha. Membuat wanita itu memutuskan untuk sering kali menjauh dari rumah.
"Benda yang sama aje ma. Ara hanya jadi peneman biar dia tak sedih selalu." Ujarnya perlahan. Sanggup ulang-alik menemui Damesha berulang kali pun dia tidak keberatan. Kerana dia tahu bagaimana rasanya memerlukan seseorang kala hati dalam keadaan gundah. Dan Inara mahu jadi sosok penguat itu untuk Damesha. Supaya wanita itu tahu bahawa dia tidak sendirian.
"Okey tak apa, mama izinkan. Jaga diri ya." Sarah pula tidak keberatan untuk memberi izin. Kerana Damesha juga sudah di anggap seperti anak sendiri.
"Baik ma, terima kasih. Ara tutup dulu ya?"
"Okey, sama-sama sayang."
Setelah memberi salam sebagai sapaan terakhir, panggilan itu pun terputus. Muka sahabatnya terus ditatap bersama senyuman yang menghiasi wajah.
"Boleh ke?" Damesha tidak sabar. Mata sudah bulat memandang Inara bersama wajah serius.
Dan sejurus itu, Inara menganggukkan kepala.
"Terima kasih Ara!" Tubuh sahabatnya terus diraih untuk di bawa dalam pelukan.
⋆.˚ ᡣ? .?˚
"Ara... Kau nak makan tak? Aku nak keluar pergi beli ni." Soal Damesha sambil merapikan pakaian di tubuh.
"Aku ngantuk lah Sha..." Samar-samar saja suara Inara menjawab. Seluruh tubuh sudah berbungkus dengan selimut. Mata pula sudah terasa berat untuk dibuka.
"Betul tak nak ikut? Kau tak lapar ke?" Soalnya lagi ingin memastikan.
"Tak nak... Aku tak lapar." Suara Inara sudah tenggelam timbul.
"Okeylah. Aku pergi dulu tau?" Damesha mulai membuka pintu biliknya.
Dan Inara hanya berdehem sebagai balasan.
⋆.˚ ᡣ? .?˚
Damesha sudah gelisah di atas tempat duduk. Kepalanya yang tiba-tiba terasa pening dari tadi sudah di urut berkali-kali tetapi denyutannya masih tidak kunjung hilang.
Dia tahu sakit ini datang dikeranakan kecuaiannya sendiri untuk memakan ubat. Sungguh dia lupa tentang kewajiban dia yang satu itu.
"Dik... Makanan dah siap."
Damesha sedikit tersentak dengan panggilan yang tiba-tiba itu. Kepala terus didongakkan menghadap mak cik kedai yang sedang menghulurkan bungkusan makanannya.
"Eh, sorry saya tak perasan. Berapa ya?" Soal Damesha sambil mengeluarkan dompetnya.
"Empat ringgit dik."
Damesha mengangguk. Empat helai duit berwarna biru dihulurkan pada mak cik itu. Kemudian, bungkusan makanannya itu disambut perlahan lalu dia mula berganjak bangun dari kerusi.
Bangun saja dari duduk, dia sudah merasakan kepalanya berdesing sakit. Tatkala baru setapak dia ingin melangkah, seluruh badannya mulai terasa susah untuk di imbangi. Kepala pula sudah berbalam-balam. Seiring dengan itu kesedarannya mulai menghilang. Akhirnya, dia rebah.
"Dik!!"
⋆.˚ ᡣ? .?˚
Tit...
Kad bilik itu di scan lalu dimasukkan ke dalam dompetnya. Plastik makanan yang berada pada genggaman dikerling sejenak bersama senyuman tipis. Mesti Damesha suka kerana dia membawa pulang nasi ayam, makanan kesukaan wanita itu.
Dan kad pendua bilik pula, dia memang sedia ada benda itu. Siapa lagi kalau bukan Damesha yang bagi. Ianya juga sebagai langkah berjaga-jaga juga, dikeranakan wanita itu sering tidak sedarkan diri secara tiba-tiba.
Masuk saja ke dalam bilik itu. Satu sosok tubuh dengan berbungkuskan selimut menjamah pandangannya.
Bibir membibit senyuman tipis. Dah tidur rupanya. Plastik makanan tadi terus diletakkan di atas meja berdekatan dengan katil itu.
"Sha..." Panggil Adrian. Punggung dilabuhkan pada birai katil.
Sedar tiada balasan, tangan mula mengusap kepala wanita itu perlahan. Pasti wanita ini sejuk sehingga tidur sebegini rupa. Lalu berniat ingin menghangatkan tubuh Damesha, Adrian capai remote aircond lalu menurunkan suhunya menjadi normal.
Tatkala itu mata juga sudah diurung kantuk berat. Penat seharian bekerja masih belum hilang. Tetapi demi wanita ini dia sanggup datang ke sini. Ingin memastikan keadaan Damesha depan matanya sendiri.
Mahu dikejutkan tidak sampai hati. Lalu bagaimana dengan nasib makanan yang dibelinya itu nanti?
Penat berfikir, membuatkan Adrian turun dari katil dan duduk berteleku di bawah lantai. Kemudian dia mula memangku kepalanya pada birai katil. Sambil menghadap Damesha yang sedang nyenyak lena itu. Tidak berkelip matanya dari tetap menatap tubuh yang elok berbalut selimut itu.
Dan tanpa sedar, seiring dengan berjalannya waktu, mata mula terkatup dibuai suasana sepi itu.
Halluuu :))
Share this novel