BAB 8

Romance Series 8958

Pagi ini, Inara bercadang untuk melawat Damesha di hospital. Yelah, dah lama kut dia tak jumpa Damesha. Hari tu tak jadi pergi pun disebabkan Adrian yang keras kepala tu. Kali ini dia nak keluar senyap-senyap tanpa pengetahuan lelaki itu.

Walaupun dia belum sihat sepenuhnya tapi dia peduli apa? Jalan ajelah! Lagipun badannya masih boleh bergerak lagi, bukannya nazak pun.

Tak lupa, dia turut menyiapkan bekal nasi ayam untuk Damesha awal subuh tadi. Setelah selesai bersiap, Inara mula membuka langkah keluar dari biliknya. Pintu terus ditutup. Kiri-kanan dipandangnya. Okay cantek! Si kerek tu tak ada. Marilah kita!

⋆.˚ ᡣ? .?˚

Adab sebelum melawat, pintu wad diketuk terlebih dahulu. Kaki melangkah masuk dengan senyuman dibibir.

"Assalammualaikum sahabatku yang tersayang..." Sapa Inara mesra. Laju katil Damesha dihampirinya. Tubuh sahabatnya itu terus dipeluk erat seperti tak mahu lepas.

Damesha menarik muncung. Pelukan Inara turut dibalas. "Waalaikumussalam. Sampainya hati kau... Baru nak melawat sekarang? Ingatkan dah lupa kawan sendiri." Masam saja mukanya.

"Ala sorry la... Aku busy sikit. Sebagai tanda permintaan maaf, aku ada bawak sesuatu untuk kau." Inara menarik sengih.

"Apa dia?"

"Tekalah."

Damesha kerut kening. "Alah aku tak taulah... Ke kau nak terkejutkan aku dengan ular mainan kau macam masa tu? Kau jangan eh!" Dia sudah jegilkan matanya.

Inara tergelak. "No! No! Cubalah teka."

"Hm... Cuba bagi klu sikit."

"Berkaitan makanan."

"Takoyaki ke? Ish! mentang-mentang makanan tu kau suka, kau nak bagi aku makan pulak? Kau nak aku luak makanan tu depan kau ke?" Damesha sudah geleng kepala tak setuju. Haih... Macam manalah si Inara ni boleh minat makan makanan yang macam tu? Dia makan satu pun dah rasa nak muntah.

"Ish, mana ada. Tak baik menuduh tau." Inara tayang muka tak puas hati.

"Abistu apa? Aduh, aku tak tau la."

"Haih kau ni... Makanan favourite kau tak kan tak tau? Nah." Bekas makanan yang disorok dibelakang badan akhirnya disuakan pada Damesha. Nak meneka pun lembab! Sabar jelah dapat kawan macam ni.

Damesha apa lagi? Terus terjerit kecil macam orang tak pernah makan setahun. Eh? Macam ayat mamat tu je?

"Uish kau ni Ara... Macam tau-tau je aku teringin nak makan nasi ayam buatan kau." Bekas itu terus diambil dari tangan Inara. Muka yang masam tadi terus berubah ceria sekelip mata. Suka lah tu!

"Tau takpe. Terima kasihnya mana?" Inara sudah memerli.

"Hehe... Terima kasih kawanku yang cumil lagikan cantik ni."

"Hm, sama-sama. Ni makan minum kau okay ke kat sini?"

Damesha angkat muka. Bibir dicebik. "Tak okay langsung wei... Makanan kat sini tak berapa sedap. Nasi dia tu kedekut nak mampus. Sayur pulak lagi banyak dari nasi." Adunya tak puas hati. Tak sabar rasanya dia nak keluar cepat-cepat dari sini. Terseksa wei!

Inara tergelak. "Biasalah tu. Dah namanya pun hospital."

Damesha tayang muka sedih dia yang tak berapa nak sedih tu.

"Badan kau dah okay? Ada rasa lemah lagi tak?"

Damesha geleng kepala. "Buat masa sekarang ni, doktor kata badan aku tak lemah dah macam hari tu. Tapi tulah, penyakit dia je tak hilang lagi." Dia tersenyum kelat.

Raut wajah Inara berubah simpati. Bahu Damesha diusap lembut untuk menyalurkan semangat. "Jangan sedih-sedih ya? Kau kena kuat. Aku tau kau boleh sembuh."

"Hm, In Shaa Allah... Thank you Ara." Muka Damesha yang masam tadi terus berubah ceria. Lebih tepat lagi, pura-pura ceria. Yelah, depan Inara dia kenalah tunjuk kuat. Tak naklah kawan baik dia ni susah hati. Kalau nak jujur, dia ni sebenarnya lembik kut. Hadap masalah macam ni pun boleh menangis tak berlagu malam-malam.

Tapi, dia bersyukur ada Inara. Sumber kekuatannya sampai sekarang. Kalau tak ada Inara, dia tak taulah apa nak jadi dengan diri sendiri. Mungkin dah putus semangat nak hidup.

"Dah, makanlah. Sedih aku kalau kau tak nak makan. Aku masak ni pagi-pagi subuh lagi tau?" Ucap Inara sambil jari dihalakan pada bekas makanan yang dipegang Damesha.

"Ish, apa kau ni! Mestilah aku makan. Makanan terfavourite di dunia kot! Thank you sangat-sangat!" Damesha menarik sengih. Penutup makanan itu dibuka. Dengan bacaan bismillah, suapan pertama berjaya dimasukkan ke dalam mulut.

"Hm, yer la. Janji kau bahagia." Inara bersandar pada kerusi yang diduduk. Nak sedapkan posisi kepala yang tiba-tiba terasa berdenyut. Kepalanya ni bukan boleh caya. Tak pasal-pasal balik nanti pening macam malam tadi. Nasib baik dia dah makan ub--

Eh? Ya Allah! Dia lupa nak makan benda tu! Mampuslah kau Ara... Macam mana ni? Tak kan nak buat drama mabuk-mabuk dekat sini nanti?

Seakan sedar dengan reaksi wajah Inara yang berubah. Nasi yang masih penuh dimulut cepat-cepat dikunyah lalu ditelan. "Kau kenapa Ara? Ada apa-apa tak kena ke? Ke kau sakit?" Dahi Damesha mula berkerut.

"Tak ada apalah. Kau makan je. Aku okay." Tangan dilibas-libaskan ke udara. Menyuruh Damesha untuk menyambung makan.

"Hm, yelah. Kalau ada apa-apa cakap tau? Aku risau je. Kau ni bukan boleh caya pun." Damesha mengingatkan. Jari ditunding tepat pada wajah Inara.

"Baik puan..." Inara tayang muka meluat dia tu. Yang minah ni nak gelabah beruk sangat asal? Patutnya dia lah yang kena gelabah sekarang ni. Mintak-mintaklah penyakit peningnya jangan buat hal dekat sini. Naya je nanti.

"Oh, ya! Kau nak tau tak? Malam tadi Adrian ada datang sini. Dia kata rindu nak melawat buah hati kesayangan dia ni. Aish! Sweet do dia tu. Tak boleh ah aku." Damesha dengan muka dia yang tak semenggah tu mula tersengih-sengih kambing.

Inara yang sibuk pejamkan mata untuk tenangkan diri sekejap terus membuka mata. Oh, jadi malam tadi mamat tu pergi melawat Damesha? Patutlah tak habis-habis cakap, "Aghu tak ada masha nih."

Ayat itu diajuk dalam hati dengan mimik muka menyampah. Dahlah dia yang jadi mangsa kena buatkan kopi untuk lelaki tu. Lagi sakit hati bila kopi tu tak habis langsung. Pastu blah macam tu je! Dia ingat buat benda tu petik guna jari je ke pastu terus siap? Terpaksalah dia kena buang kopi tu. Kalau nak minum pun, dia memang tak boleh. Tak silap, boleh pengsan terus dekat situ sampai esok.

"Oi mak cik!" Damesha memerik-metikkan jarinya di depan muka Inara.

Inara yang sibuk mengata Adrian dalam hati tu terus tersentak sekejap. Dia mendongak memandang wajah Damesha dengan muka berkerut. Nak apa pulak minah ni?

"Kau ni dengar ke tak aku cakap? Mengelamun je dari tadi. Dah sampai mana kau berangan ni? Singapura?" Damesha mula buat lawak dia yang tak lawak langsung tu. Lebih tepat lagi, dia tengah memerli sekarang ni.

"Apa benda kau merepek ni ha? Mana ada aku berangan." Inara buat muka tak puas hati. Dia baru nak mengutuk Adrian tadi. Eh, istighfar Ara... Suami kau tu. Nak jadi derhaka ke?

Damesha menarik sengih. "Tak adalah, aku nak cerita pasal Adrian ni. Tapi kau buat dek je dari tadi."

Inara mencebik. "Ha apa dia?"

"Malam tadi, Ad belikan aku makanan banyak gila. Tapi tak habis pun, aku bagi nurse-nurse dekat depan tu."

"Pastu?" Inara tayang muka bosan. Itu je ke? Tak ada yang menarik langsung.

Damesha pula masih tayang muka gembira dia tu. "Lepastu, dia mengayat aku do malam tadi. Malu aku dibuatnya. Nasib baik aku tak terjerit-jerit dalam wad ni. Naya je kalau kena tendang keluar dari sini." Dia tergelak perlahan. Haih lah... Buat lawak, sendiri gelak?

Inara hanya melayankan sahaja Damesha dari tadi. Walaupun dia sebenarnya tak berminat nak dengar pasal lelaki tu.

Lama jugalah Damesha mengoceh dengan mulut dia yang tak reti diam tu. Inara pulak dah naik bosan dengarnya.

"Weh, stop jap. Aku nak pergi tandas lah." Pergi tandas? Alasan je tu. Dia nak lari kejap tenangkan fikiran. Dekat rumah pun dah menghadap perangai Adrian yang keras kepala tu, tak kan dekat sini nak kena dengar pasal dia pulak? Nak suruh Damesha berhenti bercakap tak sampai hati pulak rasanya. Muka dia dari tadi pun gembira semacam je.

"Eh, sila-sila. Buat macam rumah sendiri ya?" Damesha mengulum senyum. Kedua tangan didepakan ke depan. Gaya macam orang nak menghalau pun ada.

"Hospital ni nampak macam rumah eh?" Inara ketap gigi. Haih... Sabar aje lah. Nasib kawan.

Damesha hanya ketawa.

Inara menjeling tajam. Dia mula bangun dari kerusi dan membuka langkah menghampiri pintu wad.

"Eh, nak pergi mana tu? Tandas dekat dalam ni kan ada?" Damesha menyoal pelik.

"Aku pergi tandas bawah je lah. Kebetulan nak beli air kejap. Boleh ambil angin sekali."

Damesha mengangguk. "Nanti datang balik tau. Kau jangan lari balik rumah eh? Kalau tak aku calarkan tupperware kesayangan kau ni." Dia mula mengancam.

Inara jegilkan mata. "Tupperware aku jangan buat main eh? Lagipun tak kanlah aku nak tinggalkan kau macam tu je. Tupperware aku mestilah kena ambik dulu."

"Amboi Ara! Sampai hati kau kan?" Damesha sudah tak puas hati. Raut mukanya berubah jadi macam mak-mak yang tengah bengang marahkan anak.

Inara ketawa sakan. Seronok rasanya dapat menyakat Damesha. "Aku gurau je. Nanti aku datang balik. Aku pergi dulu tau."

⋆.˚ ᡣ? .?˚

Kan dia dah cakap. Mesti ada drama mabuk-mabuk yang akan jadi punya. Tengoklah sekarang, jalan pun dah tak betul. Inilah padah tak makan ubat. Ha, rasakan!

Inara mendudukkan dirinya dikerusi berhampiran. Kepalanya yang berdenyut dari tadi diurut-urut. Dia dah merungut tak puas hati. Sekarang jugaklah kau nak buat hal ya kepala? Tak boleh ke tunggu aku balik rumah dulu?

Kepalanya terus diketuk geram. Ha ambik kau! Buat hal lagi! Tak padan dengan kepala betul. Dah lah menumpang badan aku.

Orang sebelah pulak dah pandang dia semacam. Gila ke budak ni?

Tak ingin dia diperhatikan lagi, Inara terus bangun dari duduk. Seperti niat asalnya, dia ingin beli air terlebih dahulu sebelum kembali ke wad Damesha.

Mesin gedegang yang berada tepat di depan pintu masuk hospital dihampiri. Inara tersenyum kecil. Sedapnya kalau dapat legakan tekak dengan air tin macam ni. Bolehlah segarkan sikit kepalanya yang pening ni.

Air tin berperisa laici menjadi pilihannya. Selesai saja membeli, langkah kaki diatur ingin menuju kembali ke wad Damesha. Sambil berjalan, penutup tin dibuka. Dia melabuhkan punggung sebentar di kerusi tempat orang-orang menunggu. Nak minum mestilah kena duduk. Tak sopan pulak berjalan sambil minum.

Baru beberapa teguk, Inara dah berhenti minum. Kepalanya yang masih berdenyut diketuk-ketuk dengan tangan. Hadeh... Bila lah engko nak berambus ni wahai penyakit yang bernama pening? Menyusahkan betullah.

Ingatkan lepas minum benda ni, pening berkuranglah sikit. Rupanya sama je. Baik tak payah beli. Beli air mineral lagi bagus. Jimat sikit duit.

Akhirnya Inara kembali bangun dari kerusi. Air yang separuh ni lebih baik dia bagi Damesha. Sayang pulak nak buang.

Kali ni, terhuyung-hayang sedikit dia berjalan. Dah macam dalam drama tv pula bila jalan macam ni. Tinggal tunggu waktu nak tumbang je lagi.

Orang sekeliling pun dah pandang pelik ke arah dia, tapi satu pun tak ada yang menegur.

Inara pula hanya menghiraukan pandangan orang-orang sekeliling. Peduli apa? Yang dia tau, dia nak cepat-cepat sampai dekat wad Damesha.

Nurse disitu semua dah berpandangan antara satu sama lain.

Tap!

Fuh... Itu bunyi langkah terakhir dia. Sebab sekarang dia dah berada betul-betul di depan pintu wad Damesha. Macam biasa, pintu diketuk terlebih dahulu. Setelah itu, pintu itu terus di tolak ke depan ingin meloloskan diri masuk ke dalam. Tapi langkahnya serta-merta terhenti apabila terdengar beberapa suara seakan-akan memanggilnya dari belakang.

"Dik! Awak okay tak?" Sekumpulan nurse yang berdiri di kaunter depan tadi berlari kecil menghampiri Inara. Muka semua pun dah cuak semacam.

Inara sudah kerut kening. Tidak mengerti dengan situasi yang berlaku sekarang. Dah kenapa pulak ramai-ramai dekat sini? Ada nampak muka dia ni terseksa sangat ke?

Matanya yang mula terasa memberat terkedip-kedip memandang ke arah nurse-nurse tadi.

"Dik? Okay tak ni?" Tegur salah seorang dari mereka.

"S-saya okay." Seiring dengan itu, pintu wad Damesha terus dibuka luas. Matanya yang kuyu tadi membulat kecil. Terkejut rasanya bila masuk-masuk saja Adrian berada di depan mata.

Belum sempat mulutnya terbuka ingin berkata sesuatu,

Bruk!

Bukan jatuh di lantai. Tapi terjatuh dalam dakapan Adrian. Air tin yang dipegang turut terlepas dari genggaman.

"Dik!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience