Rambut yang basah dilap kecil. Baju t-shirt berwarna hitam mula disarungkan pada badan. Dalam lima minit jugaklah dia bersiap. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri, kunci kereta terus di capai.
Sambil melangkah keluar dari bilik, dia mula bersiul kecil. Dari tadi senyuman tak lekang dari bibir. Yelah, siapa je tak gembira? Nak melawat buah hati kut pagi ni.
Sebelum keluar dari rumah, dia singgah dapur sekejap. Teringatkan Inara ada menyimpan beberapa makanan ringan di dalam almari. Setelah mengambil beberapa bungkus keropok untuk kudapan di dalam kereta nanti, langkah kakinya terus diatur menuju ke depan pintu rumah.
⋆.˚ ᡣ? .?˚
Pintu kereta ditutup. Setelah memastikan pintu kereta dikunci, Adrian terus melangkah masuk ke dalam hospital yang menempatkan di mana Damesha dirawat sekarang.
Wad Damesha dituju. Sampai sahaja di depan pintu, pintu itu diketuk perlahan. Kemudian, dia mula melangkah masuk ke dalam dengan gaya macho dia tu.
Damesha yang dari tadi sibuk dengan makanan dia pun menoleh. Terus dia tersenyum sampai telinga.
"Hei." Sapa Adrian terlebih dahulu. Kerusi yang berada di depan Damesha di duduknya.
"Eh, awak ni! Kenapa tak bagitau nak datang?" Damesha angkat kening. Macam tau-tau aje dia tengah teringatkan Adrian. Beria-ia dia bercerita pasal Adrian dekat Inara tadi. Tau-tau aje dah ada depan mata.
Adrian mengulum senyum. "Saja. Tak boleh ke?"
"Mestilah boleh. Siapa kata tak boleh?" Damesha kembali menyuapkan nasi ayamnya ke dalam mulut.
"Amboi... Sibuknya dengan makanan dia tu. Siapa bagi pulak ni?"
Damesha menarik sengih. "Ara bagi."
"Ara? Siapa Ara?" Adrian dengan muka blurnya itu bertanya.
"Ish, awak ni! Ara pun tak kenal ke? Inara lah siapa lagi?" Damesha tarik muncung. Sampainya hati... Tak kan dah tak ingat Inara kut?
Jelas riak wajah Adrian berubah. Lebih kepada reaksi terkejut. Minah tu datang sini senyap-senyap ke apa?
"Ohh... Kenapa dia tiba-tiba datang?"
"Nak melawat lah apa lagi?"
Adrian sekadar mengangguk. "How are you? Badan okay tak? Ada rasa macam nak pengsan?"
Damesha geleng kepala. "Okay je. Saya rasa macam terlebih sihat pulak hari ni." Dia menarik sengih.
"Baguslah tu."
"Hmm... Awak ni sebenarnya datang sini sebab rindu kan?" Damesha mula meneka sambil kening sebelah diangkat berkali-kali.
Adrian tergelak kecil. "Of course lah. Macam tak biasa pulak dia ni."
Damesha tersenyum malu-malu. "Bukan malam tadi dah jumpa ke. Tak kan rindu lagi?" Dia mula mengusik.
"Hei. Biy tak boleh tau kalau tak tengok muka Sha? Rasa tak tenteram je hati ni. Tidur pun tak lena." Haa... Mula dah dengan ayat terlebih dos dia tu.
Damesha apa lagi? Terus berbunga-bunga hati dia bila dapat ayat macam tu dari Adrian. Rasa nak sorokkan aje muka ni bawah bantal. Malu pulak tiba-tiba.
"Diam pulak dia. Malu lah tu." Kali ni Adrian pula yang mengusik.
"Diamlah awak! Nak saya cepuk ke?" Damesha sudah bagi amaran ala-ala manja dia tu. Tangan pula sudah naik ke udara acah-acah ingin memukul lengan Adrian.
"Sorry lah my darling... Jangan marah-marah. Nanti dah tak comel muka."
"Oh, macam tu... Jadi selama ni saya marah-marah, muka saya ni memang tak comel la?" Damesha mencebik. Rasa macam nak cepuk betul-betul pun ada. Nasib sayang...
"Mana ada. Mestilah comel. Sha lah perempuan yang paling comel dalam dunia ni."
"Yelah tu..."
"Betul lah sayang."
Damesha tersenyum. Tau dah Adrian tengah memujuk. Dia cuma melayankan aje.
"Sha ada nak apa-apa ke? Kebetulan biy nak beli makanan kejap." Pelawa Adrian. Memang dia ada nak beli makanan dekat bawah. Makan keropok aje tadi, manalah nak kenyang.
"Hurmm... Belikan milo ais satu!" Damesha menjawab sambil jari telunjuknya diangkatkan ke depan muka Adrian.
"Okay, sure. Ada apa-apa lagi?"
Damesha geleng kepala.
"Kalau macam tu, biy turun dulu tau? Kalau rasa ada nak apa-apa call je terus."
"Baik boss!"
Adrian menarik senyum. Comel je perangai. Manalah dia tak sayang kalau macam ni? Dia bingkas bangun dari duduk. Toleh saja ke belakang, dia dapat lihat pintu wad Damesha berbunyi dan dibuka sedikit dari luar. Samar-samar bunyi bising dari luar menyapa gegendang telinga.
Damesha yang sibuk dengan nasi ayam dia itu turut menoleh ke arah pintu.
Adrian pula kembali membuka langkah ingin menghampiri pintu di depannya itu. Baru ingin menyentuh gengang pintu, pintu tersebut terlebih dahulu terbuka luas dari luar.
Reaksi pertama? Sudah tentulah terkejut. Sebab di hadapannya sekarang betul-betul ada Inara yang sedang berdiri macam orang mabuk. Muka dia pun pucat semacam.
Reaksi wajah Inara juga turut berubah. Bibir perempuan itu sedikit terbuka seolah-olah ingin berkata sesuatu. Mungkin terkejut dengan keberadaan Adrian di sini.
Belum sempat Adrian ingin mencerna apa yang berlaku, Inara yang berada di depannya itu mula longlai tidak mampu berdiri lagi. Seiring dengan tubuh yang ingin rebah ke lantai, mata perempuan itu perlahan-lahan terkatup.
Adrian tergamam. Refleks badannya maju ke depan ingin menyambut tubuh Inara yang mula tidak sedarkan diri. Dan...
Bruk!
Tubuh Inara mendarat sempurna di dakapannya.
⋆.˚ ᡣ? .?˚
Matanya yang terasa berat digagahkan juga untuk dibuka. Terkebil-kebil dia memandang atap siling di depan mata. Deja vu!
Ekor mata mula melilau melihat sekeliling. Kali ini, dia bangun bukan di dalam biliknya seperti hari tu. Tapi dalam bilik yang terasa asing baginya. Semua di situ serba putih. Dan akhirnya pandangannya terarah pada katilnya yang sedang dia baring.
Inikan... Katil hospital?
Badannya perlahan-lahan bangun dari perbaringan. Baru ingin menyesuaikan keadaan sekeliling, tiba-tiba telinganya menangkap bunyi bising dari luar. Dahinya mula berkerut.
"Nurse, saya dah kata tak payah bawak dia masuk bilik khas macam ni. Dia tu pengsan je pun bukannya sakit kronik sampai nak meninggal."
"Tapi encik--"
"Dah lah, nurse boleh pergi buat kerja balik. Lepas je dia bangun nanti, saya terus suruh dia balik."
Habis saja ayat itu, pintu itu terus dibuka dari luar. Seperti yang Inara jangka, suara itu suara Adrian. Dan kini, Adrian berada tepat di depan pintu dengan pandangan tajamnya itu.
"Bangun jugak kau ya? Satu hari kalau tak menyusahkan aku tak boleh ke?" Adrian mula melangkah masuk ke dalam.
Inara mula rasa serba salah. "Aku mana tau benda ni akan jadi. Tak perlu pun rasanya kau kena tolong aku. Yang kau pulak kenapa tiba-tiba ada dekat sini?"
"Bodohnya soalan. Aku melawat kawan kau lah apa lagi?" Adrian hela nafas panjang. Kepalanya dah cukup serabut nak hadap masalah yang jadi tadi. Sempat pulak tadi dia bergaduh dengan nurse hanya disebabkan masalah kecil. Ini semua salah minah depan dia ni.
"Sha macam mana?" Inara mula membuka sesi soal menyoal dia tu.
"Macam mana apanya? Dia dekat wad dia lah."
"Dia tau ke kau kat sini?"
"Tak." Sepatah dia menjawab.
"Habis tu kalau dia tau macam mana? Mesti dia fikir bukan-bukan punya." Inara mula risau.
Senyap.
"Adrian, aku tengah cakap dengan kau ni. Dengar ke tak? Aku takut kalau Sha--"
"Mulut kau tu cuba diam boleh tak? Tak payah nak banyak bunyi." Adrian mendengus. Rambutnya diraup kasar. Boleh jadi, dia pulak dapat penyakit stress dekat sini. Tak pasal-pasal perempuan depan dia ni ditendang keluar.
Inara menunduk memandang lantai. Dia sedar dia banyak menyusahkan Adrian. Jadi wajar saja kalau kalau Adrian marah. "Sorry, aku banyak menyusahkan kau."
"Baguslah kalau kau tau. Sekarang aku nak kau bangun." Arah Adrian.
"Hah? Nak buat apa?" Dahi Inara mula berkerut. Jangan suruh dia buat bukan-bukan sudah.
"Keluar dari sinilah apa lagi? Kau nak tidur sini ke sampai esok?" Adrian menyoal dengan nada sarkastiknya. Tubuhnya berpaling kebelakang lalu langkah terus di atur keluar dari situ.
Inara pula sudah terkebil-kebil di tempatnya. Seakan baru mendapatkan kesedarannya, tergopoh-gapah dia bangun lalu mengikuti langkah Adrian dari belakang.
⋆.˚ ᡣ? .?˚
Baru sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, mata Inara terus membulat. "Weh! Hantar aku dekat hospital balik boleh tak?" Adrian yang baru ingin naik ke atas dipanggil.
"Kau gila ke apa? Aku tengah penat ni." Muka Inara dicerlung tajam. Tak habis hal tadi, perempuan ni nak buat dia naik angin lagi ke?
"Tolonglah wei! Tupperware aku tertinggal dekat sana." Inara sudah naik gelabah. Kalau tupperware dia tu berkulat macam mana? Bukan boleh harap si Damesha tu. Lepas makan mesti dia tak basuh.
"Kau boleh tak jangan jadi macam perangai mak-mak sangat?" Adrian mendengus.
"Masalahnya mahal tau tak aku beli benda tu? Kalau apa-apa jadi macam mana? Sha tu bukan boleh caya kalau bab-bab simpan barang." Inara tayang muka tak puas hati.
"Benda tu boleh beli baru kan?"
"Senangnya kau cakap... Aku beli benda tu guna duit bukan guna daun!"
"Haish! Kau call dia suruh jagakan tak kan tak boleh? Tu pun susah sangat ke?" Adrian berdecak kesal. Ada jugak yang kena makan penampar kejap lagi.
Hm, ye tak ye jugak? Memang bebal betullah kau ni Ara! Ni mesti otak tak terlalu nak berfungsi sebab baru sedar dari pengsan.
Adrian hanya menjeling dengan ekor matanya. Dia kembali membuka langkah naik ke atas meninggalkan Inara seorang diri di situ.
⋆.˚ ᡣ? .?˚
Setelah menutup pintu bilik, Inara cepat-cepat mengeluarkan telefonnya dan terus menghubungi Damesha.
"Hello Sha." Setelah talian berjaya disambungkan, Inara terlebih dahulu menyapa.
"Ha Ara! Aku baru nak call kau. Kau okay tak ni? Haish... Risau aku tadi kau pengsan tiba-tiba." Dapat dia dengar suara Damesha dah gelabah semacam.
"Aku okaylah... Jangan risau."
"Ish, kau ni! Kalau okay kenapa pengsan? Itu namanya tak okay! Aku dah kata tadi kalau ada apa-apa cakap. Ni diam je. Nasib baiklah Adrian ada dekat situ. Kalau tak, mesti kau dah jatuh tercium lantai kotor tu."
Setelah habis ayat itu, tawa Damesha menyapa corong telinganya. Terkekek-kekek dia ketawa. Apa yang lawak pun tak tau. Inara pula hanya buat mimik muka menyampah. Kalau Damesha nampak, memang kena tempeleng lah jawabnya.
Tapi, kenapa Damesha tak marah? Waktu tu Adrian peluk dia kut?
"Aku telefon kau ni bukan nak dengar kau gelak tau tak?" Inara mencebik.
"Hahaha... Sorrylah. Abistu kau nak cakap apa ni?"
"Aku nak kau jagakan tupperware aku. Nanti bila-bila aku ambik balik. Jangan lupa basuh sekali."
"Seriously Ara? Huh! Menyesal aku basuh. Baik aku buang je bekas tu terus." Suara Damesha dah tak puas hati.
"Hoi! Sampai hati kau... Baik aku tak payah buat nasi ayam untuk kau dah. Buang masa je." Inara kembali membalas. Dia menarik senyum. Ha ambik mu!
"Eh, mana boleh! Aku gurau je tadi. Macam tak biasa pulak minah ni. Aku lempang kang baru tau."
"Ha... Tau pun kau nak gelabah! Taulah nasi ayam aku sedap." Inara sudah mendabik dada. Ini Inaralah... Apa yang dia masak semua sedap!
"Hehehe... Mestilah. Damesha dan nasi ayam buatan Inara berpisah tiada."
"Huh, papelah. Ni aku nak tutup dulu tau?"
"Hm, yelah. Jangan lupa makan ubat tau. Tak pasal-pasal kau pengsan lagi. Nanti aku pulak yang susah."
"Iyer lah mak cik." Seiring dengan itu, talian dimatikan.
Tok! Tok!
Inara menengadah. Siapa pulak yang ketuk-ketuk ni? Kacau ketenteraman betul! Dia baru je niat nak tidur terus.
Dengan perasaan sebal, pintu bilik itu terus di buka dan muncul sosok Adrian dengan muka datar dia tu.
"Siap cepat." Arah Adrian tanpa basa-basi.
"Siap? Siap pergi mana pulak?" Inara hela nafas panjang. Tak nampak ke orang tengah nak rehat ni?
"Mama ajak dinner dekat rumah dia. Sekali tidur sana."
What? Biar betul?!
Share this novel