BAB 4

Romance Series 8958

Cukup lama bermain dengan fikirannya tadi, akhirnya Inara memutuskan untuk tidak melakukan hukuman yang diberi Adrian. Lantaklah apa nak jadi pun!

Kini dirinya sedang bersantai di meja makan sambil menyantap nasi goreng. Tak lupa telefon sentiasa ditangan. Layan instagram lah katakan.

"Good morning mak ngah..." Raisya yang baru sampai terus mengambil tempat duduk disebelah Inara.

"Good morning apanya? Ni dah tengah hari." Pipi Raisya dicubit. Huh! Siapa suruh comel sangat?

Raisya hanya menyengir. Pinggan yang sudah sedia ada dihulurkan pada Inara.

Inara yang langsung faham isyarat itu terus menyedukkan nasi goreng ke pinggan Raisya.

"Emm... Ica." Perlahan saja suara Inara memanggil.

Raisya mendongakkan kepala.

"Masa Ica turun tadi pak ngah tengah buat apa?" Berhati-hati dia menyoal. Mata tidak henti melirik ke arah tangga. Mengawasi kelibat Adrian.

"Pak ngah kata nak mandi."

"Ohh, okaylah kalau macam tu. Ica makan cepat sikit tau. Nanti mak ngah nak kemas."

Raisya mengangguk sambil mengacungkan ibu jari.

⋆.˚ ᡣ? .?˚

Adrian meraup wajah. Mana pulak dia letak telefon ni? Puas mencari merata tempat tapi tetap tak jumpa.

"Ica!" Laungnya.

Tiada sahutan. Adrian menghela nafas. Langkah terus diatur keluar bilik. Kaki laju saja menuruni anak tangga.

Sampai saja di lantai bawah, sosok Raisya dan Inara menjamah pandangan. Mereka leka bersembang. Tidak sedar langsung dengan kehadiran Adrian.

"Ica."

Serentak keduanya menoleh.

"Astaghfirullah!" Inara terjerit kecil. Pandangan terus dialihkan ke tempat lain. Inara kemam bibir. Gila! Berani betul Adrian telanjang dada depannya?

"Kau dah kenapa?"

Inara menggeleng.

"Ada apa pak ngah?" Soal Raisya. Wajah Adrian dipandang pelik.

"Ica ada nampak fon pak ngah tak?"

"Tak ada pun."

"Hm... Okaylah."

Adrian mula bergerak ingin ke ruang tamu. Niatnya ingin mencari telefonnya disitu. Tapi baru 2 tapak ke hadapan, langkahnya terus terhenti.

Seakan mengingati sesuatu, badan terus dibalikkan kembali. Wajah Inara tanpa riak itu ditatap.

"Inara... Nampaknya kau memang nak kena hukuman yang lagi teruk kan?"

Inara langsung tersedak. Pulak dah... Dia ingat lagi ke pasal tu?

"Kau tak boleh nak paksa aku. Kau ingat aku ni pembantu kau ke?" Terpacul juga ayat itu dari bibirnya. Huh! Ikut sedap mulut laki tu je!

Adrian menarik senyum. Macam biasa, sentiasa sinis.

"Jadi kau memang tak nak ikut arahan aku lah ni?" Sebelah kening diangkat.

Soalan Adrian dibiarkan tak berjawab. Badannya bingkas bangun ingin beredar dari situ.

Baru berura-ura ingin segera pergi, tangannya langsung direntap kasar oleh Adrian.

Inara mengetap rahang. Wajah Adrian ditatap tajam. "Kau nak apa?"

"Aku nak kau dengar cakap aku. Tu pun susah sangat ke?"

"Apa masalah kau sebenarnya? Aku tau aku salah, and aku dah mengaku kesalahan aku. Tapi kau tak ada hak nak hukum aku macam tu!" Naik turun nafas Inara mengucapkan kalimat itu.

"Kau tanya apa masalah aku?" Adrian ketawa kecil.

"My problem is you. Aku nak hukum kau sampai aku puas. Supaya kau menyesal kahwin dengan aku." Perlahan saja suara itu menyapa telinga Inara.

Inara menggeleng. "Nevermind Adrian. Yang aku tau, aku tak nak buat hukuman kau." Renungan Adrian dibalas tak kalah tajam.

"Then, kau boleh keluar dari rumah ni." Selamba saja ayat itu meniti dibibirnya.

"Kau cabar aku?" Inara mula panas hati. Mamat ni fikir dia hebat sangat ke?

"Yes. Kau boleh pilih sama ada nak buat hukuman aku, ataupun keluar dari rumah ni." Adrian menayang muka datar.

"Kau gila? Kau nak jadikan aku pengemis tepi jalan ke apa?" Inara mengetap bibir. Penumbuk mula dikepal. Kalau boleh, nak aje dia tumbuk muka Adrian ni.

Dahlah mereka sekarang berada di Kuala Lumpur. Memang jauh dengan rumah asalnya. Dengan duit pun tak berapa nak ada. Tak silap, memang tidur tepi jalan lah jawabnya.

Adrian tersenyum puas. Jelas disini, Inara sudah kalah.

"Kalau kau dah tau, maknanya kau memang tak ada pilihan lain selain buat apa yang aku suruh." Wajah Inara dipandang lama. Raut wajah wanita itu tampak berubah.

Inara hela nafas. "Kalau aku buat hukuman kau tu, kau nak siksa aku lagi?"

Sudut bibir Adrian terangkat. "I don't know. Mungkin aku akan siksa kau setiap hari?"

Inara kelu. Kurang ajar betul! Bibirnya bergerak-bergerak menahan marah.

"And lagi satu. Memandangkan kau banyak protes tadi, aku tambah lagi satu hukuman." Tangan Inara dilepaskan. Dia diam menunggu reaksi Inara.

"Apa lagi?" Nada suara Inara naik satu oktaf. Boleh darah tinggi rasanya kalau hadap Adrian lama-lama.

"Aku nak kau cari fon aku sampai jumpa."

⋆.˚ ᡣ? .?˚

Inara mula menggerutu kesal. Jenuh dia cari telefon Adrian, tapi sampai sekarang tak jumpa.

Badan disandarkan pada dinding. Urat sendinya sakit semua kerana lama sangat berdiri.

Ini belum lagi termasuk hukuman dia kemas rumah. Memang rasa nak pingsan!

Nafas ditarik perlahan. Sabar Ara... Kau kena kuat...

Badannya mula dibongkokkan. Ingin mencari telefon Adrian kembali. Bawah sofa diraba-raba. Kutlah jatuh dekat bawah.

Inara hela nafas. Tak ada. Tangannya ditarik kembali. Membulat terus matanya apabila melihat tangannya dipenuhi debu-debu kecil.

Rumah ni memang tak pernah kemas setahun ke apa?

Tangannya ditepuk-tepuk untuk menjatuhkan debu yang melekat. Terus saja penyapu diambil. Badannya kembali dibongkokkan. Terhantuk-hantuk kepalanya ingin menyapu sampah di hujung sofa.

Setelah bersih, Inara mula bangun. Rasanya dia kena cari telefon tu dekat tempat lain.

Dia terdiam sejenak. Ya Allah... Sepatutnya dia kena cari dekat bilik Adrian! Kemungkinan besar telefon Adrian berada di situ.

Haih... Kenapalah dia tak terfikir dari tadi? Inara... Inara...

Kakinya laju melangkah meninggalkan ruang tamu. Tak lupa penyapu turut dibawa. Sambil-sambil dia ingin mengemas bilik Adrian nanti.

Sampai saja dilantai atas, pintu bilik Adrian diketuk. Lama juga dia menunggu balasan dari dalam.

Ceklek...

Pintu terbuka. Wajah Raisya terpacul dimuka pintu.

Nampak saja muka mak ngahnya, Raisya terus mengukir senyum.

"Kenapa mak ngah?" Pintu dibuka luas.

"Err... Mak ngah nak masuk boleh ke?" Soal Inara. Matanya menjenguk ke dalam ingin mencari kelibat Adrian.

"Mestilah boleh!" Raisya mula teruja. Baju Inara ditarik supaya mak ngahnya itu segera masuk.

Masuk saja kedalam, matanya terus tertancap pada sosok Adrian yang kelihatan sedang menyelongkar laci mejanya. Cari telefon mungkin?

"Pak ngah!" Panggil Raisya.

Adrian menoleh. Dahinya terus berkerut. Sejak bila pulak minah ni masuk?

Badannya terus berdiri tegak. Lama dia pandang Inara. "Kau memang tak reti nak mintak izin dulu ke sebelum masuk?"

"Aip! Ica yang suruh mak ngah masuk. Jangan salahkan mak ngah!" Laju saja Raisya bertutur. Dia mencebik. Isteri sendiri nak masuk pun tak boleh!

Dengar saja pembelaan dari Raisya, Inara terus mengangguk. "Aku datang sini sebab nak carikan fon kau."

Adrian hela nafas. "Lain kali masuk bilik aku tu mintak izin. Tu pun nak kena ajar ke?" Badannya dibalikkan ingin menutup laci yang terbuka.

Inara hanya mengiyakan.

"Cepat cari. Jangan nak curi tulang." Arah Adrian selamba. Dia duduk dibirai katil.

Inara hela nafas. Meluat! Bahagian katil menjadi tempat pertama yang dituju. Satu persatu bantal diangkat. Tak ada. Selimut pula ditarik, tapi tertahan dengan tubuh Adrian.

"Kau bangun kejap." Arah Inara. Memang menyusahkan betul. Suruh orang cari tapi tak nak bagi kerjasama.

"Aku dah cari kat sini, tapi tak ada." Beritahu Adrian.

Lagi, Inara mengeluh.

"Kau kemas lah dulu. Sambil-sambil tu cari."

Tanpa banyak bunyi, Inara terus mengambil penyapu yang dibawa tadi. Dari hujung bilik, dia mula menyapu.

Sehingga sampai di bahagian katil, kerja Inara terhenti. Lama dia pandang Adrian. Memberi isyarat supaya ketepi.

"Apa pandang-pandang?" Soal Adrian. Muka tanpa riak ditayang.

"Bangunlah. Aku susah nak buat kerja."

"Kerja kau menyapu je kan? Buat apa aku nak kena bangun?" Adrian pula yang naik kesal.

"Aku nak angkat selimut ni. Nak kumbah!" Inara mula naik angin. Banyak bunyi pulak mamat ni!

Adrian memutar kedua bola matanya malas. Badannya terus bangun.

"Jom Ica." Ajak Adrian. Tangan Raisya ditarik.

Raisya terkebil. "Nak pergi mana pak ngah?"

"Nak keluarlah. Panas pulak duduk lama-lama dekat sini." Ada nada perli diselitkan.

Inara yang langsung faham hanya buat tidak endah. Heeleh! Panas konon.

"Tak naklah. Ica nak teman mak ngah."

Adrian mencebik. Tak habis-habis dengan mak ngah dia tu. Meluat tau tak? "Hmm... pak ngah baru nak belanja aiskrim. Takpelah, bye..." Dia berura-ura ingin pergi. Saja nak menguji anak buahnya itu.

Raisya melongo. Rezeki mana boleh tolak! Laju saja dia berlari menghampiri Adrian. Baju pak ngahnya ditarik.

"Ica nak aiskrim..." Bibirnya dijuih. Siapa je yang tak nak aiskrim? Lagi-lagi budak macam dia.

"Tau pun. Ingatkan tak nak." Tubuh kecil Raisya terus dicempung. Pipi Raisya dicubit. Comel je!

Raisya terus senyum. Tak sabarnya nak makan aiskrim!

⋆.˚ ᡣ? .?˚

Inara mengurut belakang lehernya. Lenguh satu badan. Dia rasa nak nangis je sekarang.

Sofa ruang tamu menjadi tempat duduknya. Rehat kejap pun jadilah. Setelah mengemas bilik Adrian tadi, kini dia kembali mengemas ruang tamu. Memang penat!

Ditambah lagi dengan telefon Adrian yang masih belum jumpa, memang semakin serabut otaknya sekarang.

"Assalammualaikum!" Seru Raisya dari luar.

Inara menoleh ke arah pintu. Balik pun dua ketul manusia tu! Dia terus bangun untuk membukakan pintu.

"Waalaikumussalam."

"Tadaaaa!" Raisya menayang dua plastik aiskrim yang berada ditangan.

"Nah! Satu untuk mak ngah!" Aiskrim batang perisa coklat itu dihulurkan pada Inara.

"Wah... Guna duit siapa ni?"

Raisya tersenyum. "Sini bisik." Tangan diarahkan supaya Inara mendekat.

Tubuh anak buahnya itu terus dicempung. "Apa dia?"

Tangan ditekupkan pada telinga Inara. "Ini guna duit pak ngah. Jangan bagitau dia tau?" Perlahan saja suara Raisya menyapa telinga.

Inara menarik senyum. "Macam mana pak ngah boleh tak tau ni?

"Ica cakap dengan dia nak beli dua untuk Ica sorang." Raisya menyengir.

Inara tergelak. Pipi Raisya dicubit perlahan. Ada je perangai!

"Dah kenapa main bisik-bisik? Sini tolong aku angkat barang cepat!" Arah Adrian. Satu persatu barang dibonet dikeluarkan.

Inara terus keluar. Barang-barang itu dipandang lama. "Kau beli barang dapur ke?" Soalnya pelik.

"Takdelah. Aku beli plastik je." Selamba Adrian menjawab. Dah nampak tanya lagi.

Inara ketap bibir. Menyampah! Orang tanya je!

"Cepatlah!" 3 plastik dibawa. Selebihnya diberikan pada Inara.

Inara terus mengangkat plastik yang tinggal. Kakinya laju membuntuti langkah Adrian yang sudah masuk ke dalam.

⋆.˚ ᡣ? .?˚

Aiskrim yang berada di tangan di kemam perlahan. Lega rasanya. Kerja mengemasnya berjaya disiapkan tepat pukul 8 malam tadi. Penat? Tak payah cakaplah. Penat nak mampus!

Telefon? Entahlah. Inara pun tak tahu. Adrian tak cakap pun pasal benda tu. Yang dia tau, telefon tu masih belum jumpa.

Kakinya pula terasa payah untuk berjalan. Urat sendi semua sakit.

Setelah habis aiskrim ditangan, Inara mula meninggalkan dapur untuk masuk kembali ke dalam biliknya.

Tapi baru beberapa tapak melangkah, bunyi pintu dilantai atas menarik perhatiannya. Kelibat Raisya menjamah pandangan.

"Eh, mak ngah!" Panggilnya. Laju saja dia menuruni anak tangga menghampiri Inara.

"Ada apa Ica?" Tubuh kecil itu dipeluk. Rambut Raisya diusap perlahan.

"Pak ngah nak air kopi."

Inara mengernyit. "Pak ngah suruh mak ngah buat?"

Raisya mengangguk.

Inara ketap bibir. Mamat tu memang saja je nak suruh-suruh kan?

"Okay. Ica pergilah naik atas dulu."

Raisya mengacungkan ibu jari. Dia berlari menaiki tangga menuju bilik Adrian.

Inara hela nafas panjang. "Kau nak kopi kan? Boleh..." Inara tersenyum sendiri. Laju saja tangannya membancuh air.

Setelah selesai, kopi itu terus dibawa naik ke atas.

Pintu yang tidak dibuka itu dihampiri. Dia berhenti sejenak dimuka pintu. "Aku masuk ni?" Izin Inara terlebih dahulu.

Adrian hanya berdehem.

Setelah diberi keizinan, kaki Inara terus melangkah masuk. Cawan kopi itu diletakkan diatas meja.

Adrian terus bangun dari pembaringan. Telefonnya diletakkan ketepi. Kejap, sejak bila pulak telefon dia ni ada?

Inara sudah naik bengang. "Bila kau jumpa telefon ni?"

Adrian mendongak menatap Inara. Datar saja mukanya. "Petang tadi."

"Dekat mana?" Berombak dadanya menahan marah.

"Kereta." Selamba saja Adrian menjawab.

"Kenapa kau tak bagitau aku awal-awal? Kau tau tak? Aku cari benda ni dah macam orang gila!" Kesalnya.

"Bukan masalah aku."

Inara ketap bibir. Kurang ajar!

Inara yang berada didepannya diendahkan saja. Kopi yang berada diatas meja itu diambil lalu mula dihirup perlahan.

"Pftttsss...." Baru saja air masuk ke anak tekak terus tersembur keluar.

"Kau buat air apa ni? Pahit gila!" Ucap Adrian lantang. Wajah Inara terus ditatap tajam.

"Balasan!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience