BAB 7

Romance Series 8958

Setelah siap membersihkan diri, Inara terus keluar dari bilik ingin mencari mak long.

Dia menarik senyum apabila melihat sosok mak long sedang duduk di ruang tamu sambil bersembang dengan Adrian. Langkahnya dibuka cepat ingin menghampiri wanita itu.

"Kamu ni Ad... Apa cakap macam tu? Kalau tersuka macam mana?"

"Tak adanya. Ad tau dia tu perempuan macam mana. Luar je baik. Tapi dalam? Kita tak tau. Entah-entah dia ada niat lain nak kahwin dengan Ad."

Langkah Inara terhenti.

"Tak baik tuduh macam tu Ad... Mak long tau dia orangnya baik. Ad je yang tak nak buka hati Ad untuk terima dia."

"Tak payah nak mengarutlah mak long. Kalau mak long tanya lelaki kat luar sana tu, diorang mesti tak nak punya ada isteri talam dua muka macam dia. Datang dalam hidup Ad dengan cara yang kotor, jangan harap Ad nak layan dia dengan cara baik."

"Adrian..."

"Why? Mak long nak bela dia? Mak long tau tak dia tu orang luar? Jangan percaya cepat sangat. Ad tau sangat dah. Perempuan macam dia tu belambaklah dekat luar sana. Perangai semua sama."

Mak long tergamam. Tidak sangka yang Adrian akan menuduh Inara seteruk ini.

"Apa nak jadilah kamu ni Ad... Dia tu isteri kamu. Kalau dia dengar apa yang kamu cakap ni, kamu tak kesian ke?"

"Buat apa nak kesian? Baguslah kalau dia dengar. Biar dia sedar diri sikit yang dia tu siapa. Perempuan gilakan lelaki."

"Adrian! Apa kam--"

"Dahlah mak long. Ad penat. Ad dah tak ada semangat nak sembang bila mak long kaitkan dia dalam perbualan kita." Adrian mula bangun ingin meninggalkan ruang tamu. Balik sahaja badannya kebelakang, langkahnya terhenti.

Jeda.

Matanya bersambung pandang dengan Inara. Jelas, muka perempuan itu nampak merah. Marah? Kecewa? Atau sedih mungkin? Tanpa pedulikan Inara, dia kembali membuka langkah naik ke atas.

Peduli apa? Kalau perempuan itu nak nangis air mata darah sekalipun dia tak kisah.

"Eh, Inara..." Mak long sedikit terkejut apabila melihat Inara berada disitu. Dia bingkas bangun menghampiri Inara. Tubuh perempuan itu terus dibawa ke dakapannya.

"Inara jangan terasa ya dengan Ad? Mak long minta maaf sangat bagi pihak Ad. Mak long pun tak sangka yang dia akan cakap macam tu." Mak long cuba menenangkan Inara. Bahu perempuan itu diusap lembut.

Inara menggeleng. "Tak ada apa punlah. Mak long jangan risau." Sedaya upaya dia menghadiahkan senyuman manis pada mak long. Dia tak nak mak long rasa yang dia ni lemah sangat. Perasaan sedih ni sekejap aje. Tak mungkinlah dia nak sedih dan menangis lama-lama. Lagi-lagi depan Adrian. Memang taklah. Dia kena kuat. Itu janjinya.

Mak long turut tersenyum. Tidak sangka Inara sekuat ini. Tak ingin Inara berlarutan dalam kesedihan, lengan perempuan itu ditarik untuk menuju ke sofa.

"Inara makanlah ya. Ad beli banyak tadi." Ajak mak long sambil mengambil tempat duduk di sofa.

Inara menggeleng perlahan. "Tak apalah. Mak long makanlah. Inikan Ad yang beli. Tak kanlah Ara nak makan."

"Ish! Apa cakap macam tu? Ni guna duit mak long lah. Yang belinya Ad."

"Ohh..." Inara tersenyum kecil. Satu persatu makanan di atas meja dipandang. Sehingga matanya tiba-tiba tertancap pada bungkusan takoyaki yang elok terletak di situ.

Senyumnya mengembang. Perasaan sedih yang dirasakan tadi perlahan-lahan beransur hilang. Tengok? Perempuan ni cepat aje moodnya baik. Bagi makanan, auto mood elok sekelip mata.

"Ara makan ni ya?" Izin Inara sambil menunjukkan bungkusan makanan yang dipegang.

"Makan je. Itu tadi Ad lah yang beli. Katanya dah lama teringin. Beli sampai 5 bungkus tapi tak habis. Itulah tadi bendanya yang tak sabar-sabar nak bercakap dengan mak long depan pintu tadi." Mak long geleng kepala.

"Katanya dia yang nak belanja, tapi tak jadi. Biar mak long aje yang belanja, lagipun bukan selalu pun kan?" Sambung mak long lagi.

Inara mengangguk. Cakap pasal takoyaki, dia tiba-tiba teringatkan pasal tengah hari tadi. Sebelum nak ambil kain batiknya yang tersangkut di pokok jiran sebelah, Adrian ada minta dia buatkan takoyaki. Tak sangka pulak yang lelaki tu memang teringin nak makan benda ni.

Sambil menyuapkan tokayaki ke dalam mulut, dia mula perasan dengan suasana yang tiba-tiba sunyi semacam. Selalunya mesti ada suara budak yang mengoceh tak habis-habis.

"Err... Ica mana ya mak long? Kenapa Ara tak nampak dari tadi?" Inara kerut kening.

"Lah... Ad tak cakap ke?" Wajah Inara dipandang.

Inara menggeleng.

"Nadia yang suruh Ad pulangkan Ica dekat rumah Liana, mama Ad. Katanya tak nak ganggu korang berdua. Lagipun Inara kan tengah tak sihat sekarang."

"Jenuh jugaklah nak suruh Ica balik. Nangis memanjang je dia." Mak long geleng kepala.

Inara menarik senyum. Dia boleh bayangkan Raisya menangis macam mana. Mesti package comel dapat sekali.

Setelah makan dan berborak sedikit dengan mak long, akhirnya mak long meminta diri untuk pulang.

"Inara jangan lupa makan ubat tau? Kena cepat-cepat sihat." Pesan Mak long sambil menepuk-nepuk bahu Inara perlahan.

"Mak long jangan risau, Ara mesti sihat punya." Inara tersenyum kecil. Tangan mak long diraih lalu dicium lembut.

"Baguslah kalau macam tu. Mak long balik dulu ya? Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam."

⋆.˚ ᡣ? .?˚

Lama sangat berkurung dalam bilik, akhirnya Inara keluar dari biliknya menuju ke dapur. Perutnya yang sudah berbunyi dari tadi di isi dengan beberapa makanan yang ditinggal mak long petang tadi.

Tak lupa, ubat turut di makan. Dia tak sabar nak sembuh. Tak selesa rasanya bila suhu badannya panas aje dari tadi. Dengan peningnya lagi, memang payah nak buat kerja.

Kepalanya di lentokkan pada meja sambil memicit perlahan bahagian kepala yang terasa berdenyut.

Srek...

Bunyi kerusi menarik perhatiannya. Inara terus mendongak. Berkerut keningnya apabila melihat Adrian berada didepannya dengan berpakaian rapi. Macam nak keluar aje?

"Buatkan aku kopi." Tanpa sepatah dua kata terlebih dahulu, terus Adrian mengeluarkan ayat perintahnya.

Amboi... Sedap mulut dia je nak suruh-suruh. Tak tau ke yang aku tengah sakit ni?

"Kenapa aku pulak kena buat?" Perlahan saja suara Inara membalas. Tak ada tenaga rasanya ingin bersuara.

"Banyak songeh pulak kau ni. Aku dah buat bubur untuk kau kan petang tadi? Tak tau kenang budi betul kau ni kan?" Adrian ketap rahang. Inilah manusia, memang tak tau kenang budi langsung.

"Masalahnya aku tengah pening sekarang ni. Buat sendiri tak boleh ke?" Inara cuba menahan sabar. Kalau nak hadap mamat ni, memang kena siapkan mental dulu. Tak silap boleh masuk ICU dia disebabkan darah tinggi.

"Bukan susah pun. Cepatlah sikit! Aku tak ada masa ni." Adrian tayang muka datarnya. Buat kerja pun terhegeh-hegeh!

Akhirnya Inara mengalah. Lagipun memang tugas isteri buat kerja macam ni kan? Hadap jelah. Dia malas nak bertekak lidah. Bazir air liur aje bercakap dengan lelaki tak faham bahasa macam Adrian.

Inara mula membancuh air dan melakukan step by step pembuatan air kopi. Kepalanya yang berdenyut dari tadi tidak diendahkan. Fikirannya hanya ingin segera menyiapkan air untuk Adrian dan berehat seperti biasa di dalam bilik.

Setelah selesai, air kopi itu diletakkan tepat di hadapan Adrian. Tanpa menunggu balasan dari lelaki itu, dia terus membuka langkah ingin cepat-cepat beredar dari situ.

"Wait." Suara berat itu sontak menghentikan langkahnya.

Inara hela nafas. Sabar Ara... Sabar... Badannya kembali dibalikkan menghadap Adrian.

"Ada apa lagi ya?" Dengan penuh sopan santun Inara menjawab. Huh! Sopanlah sangat.

"Cuba kau rasa jap." Air kopi itu dijeling dengan ekor matanya.

"Kenapa pulak?" Inara seperti mahu meraung rasanya. Dahlah dia ni paling tak ngam dengan air kopi. Benda-benda pahit memang dia akan tolak tepi!

"Mana tau kau letak racun sebab tak puas hati dengan aku. Tu sebab aku suruh kau rasa dulu. Kalau mati pun, biar kau mati dulu." Selamba saja ayat itu meniti dibibir Adrian.

"Kau biar betul? Tak kanlah aku nak letak racun depan mata kau sendiri? Kalau ya pun nak letak, aku dah lama letak senyap-senyap dari pandangan kau." Inara membela diri. Suka-suka aje nak tuduh orang!

"Tak payah banyak bunyi. Cepat minum." Sekali lagi Adrian mengarah. Wajah Inara dijeling tajam.

Lagi-lagi Inara kena mengalah. Dengan terpaksa cawan itu diambil lalu dihalakan ke bibirnya.

"Excuse me? Siapa bagi kebenaran kau minum dari situ?" Dengan wajah kereknya Adrian menyoal.

"Habis tu kau nak aku minum dari mana? Dari mulut kau?" Inara sudah naik bengang. Ada aje benda yang tak kena!

Tapi tak sampai satu minit, dia terus membulatkan mata. Ya Allah... Apa kau merepek ni Ara?! Astaghfirullah... Malunyaa!! Sesiapa boleh tolong sorokkan muka dia ni tak?

Adrian angkat kening. "Kau memang senga--"

"Stop!!" Inara mengangkat sebelah tangannya kedepan sambil memejamkan matanya rapat-rapat. Haish... Malu punya pasal!

Nafas ditarik dalam-dalam. "Aku salah cakaplah! Lupakan jelah, anggap je yang kau tak dengar apa-apa."

Adrian hela nafas. "Cepatlah! Buang masa tau tak? Tak kan aku nak kena ajar cara nak rasa benda ni?" Naik bosan rasanya lama-lama dekat sini.

Dengan gerakan cepat, Inara mengambil satu sudu kecil yang berada berhampiran dengannya. Lalu air kopi itu diletakkan sedikit pada sudu dan terus sudu itu disuakan ke dalam mulutnya.

Dahinya mula berkerut-kerut cuba mencerna rasa yang baru masuk ke anak tekaknya.

"Rasa apa?"

"Erkk... Rasa pahit!!" Gelasnya yang separuh berisi air kosong tadi terus diteguk rakus. Sampai terbatuk-batuk dia minum. Kan dah cakap, dia ni memang tak boleh minum kopi. Nasib baik tak tersebur air kopi yang dirasa tadi ke muka Adrian.

"Dah nama pun kopi. Mestilah pahit. Kau nak expect apa? Manis?" Adrian tayang muka toya. Nak rasa kopi pun nak kena berdrama pahit bagai.

"Aku tak suka kopi. Itu masalahnya!" Inara merengus. Gelasnya tadi dibawa ke sinki untuk dibasuh.

Adrian hanya buat tidak endah. Kopi tadi dihirupnya perlahan sambil matanya sibuk memerhati Inara dari belakang. Suasana menjadi sunyi seketika.

"Kau nak tak keropok ni? Beli banyak-banyak tapi tak habis." Inara mula membebel. Makanan ringan yang belum dibuka plastiknya tadi disuakan pada Adrian.

Adrian hanya diam. Air kopi dihirupnya lagi tanpa pedulikan Inara yang berada di depannya.

"Suka hati kaulah." Inara mencebik. Menyampah! Semua makanan ringan tadi diambil lalu disimpan dalam almari.

"Kenapa kau tak nangis?" Tak tau kenapa, soalan itu tiba-tiba terpacul pada bibir Adrian.

Seakan dapat menangkap arah tuju soalan itu, sudut bibir Inara terangkat sedikit. "Kenapa tanya?"

"Why? Kau tak boleh nak jawab? Jadi betullah apa yang aku cakap petang tadi?"

"Huh? Perlu ke aku nangis kalau semua yang kau cakap tu langsung tak betul? Lagi-lagi nak nangis depan kau. Benda tu tak kan pernah jadi. Jangan fikir aku ni lemah sangat sampai kau boleh sakitkan sesuka hati." Inara mula kesal.

"Glad to hear that. Kalau macam tu bolehlah aku sakitkan hati kau lagi?" Kening sebelah diangkat. Saja ingin menguji kesabaran Inara.

Inara angkat bahu. "Kalau kau sakitkan hati aku pun, tak ada gunanya. Sebab aku tak akan terasa dengan apa yang kau cakap."

Adrian tergelak. Macam biasa, sinis. "Kau cabar aku?"

"Aku tak ada niat nak cabar kau. Tapi baguslah kalau kau rasa tercabar." Balas Inara tanpa nada.

"Hm... Pandai jugak ya kau melawan sekarang? Takpe, aku akan tengok kau ni sekuat mana boleh bertahan dengan aku." Setelah itu, kunci keretanya terus diambil. Air kopi yang tinggal separuh itu dibiarkan. Dia bingkas bangun dari kerusi dan membuka langkah menuju ke arah pintu depan.

Inara hanya menghantar pemergian Adrian dengan ekor matanya. Sehinggalah...

Brak!

Pintu itu ditutup. Sosok tubuh Adrian serta-merta hilang dari pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience