"Ad tak kenal dia pun pa... Kitorang tak buat apa-apa." Adrian cuba membela diri. Wajah diraup kasar.
"Tak buat apa-apa kamu cakap? Yang tidur berpeluk sakan tu dah kenapa? Papa kecewa dengan kamu Ad..." Ilham menghela nafas panjang. Dahi diurut berkali-kali. Naik darah tinggi dengan perilaku anak lelakinya yang satu ini.
"Itu salah faham pa..." Adrian cuba untuk membetulkan keadaan. Kepala digeleng beberapa kali untuk menidakkan pra sangka Ilham.
Sementara Inara yang berada di sebelah, tidak putus-putus mengalirkan air mata. Benar-benar tidak menyangka perkara ini akan terjadi.
"Ad... Papa nampak dengan mata kepala papa sendiri. Kamu jangan nak berdalih. Papa betul-betul kecewa dengan perangai kamu," Nafas ditarik sejenak untuk meneruskan bicara.
"Papa dah buat keputusan untuk kahwinkan kamu berdua." Sambung Ilham membuat kata putus.
Terbuntang mata Adrian mendengar keputusan Ilham. Inara disebelah bagai mahu luruh jantung. Tolonglah! Dia berharap keputusan Ilham itu hanya gurauan semata.
"No papa! Ad tak nak!"
Mata dicerlung tajam pada Inara.
"Kau! Disebabkan kau lah punca semua ni! Kalau kau tak ada dekat situ benda ni tak akan jadi!" Suara Adrian memetir lantang.
Inara menunduk memandang lantai. Senyum hambar terukir. Air mata tidak putus mengalir bagai tidak mahu memberi kompromi.
"Keputusan papa muktamad. Kamu kena kahwin dengan Inara." Tegas suara Ilham bergema.
Telapak tangan mula berpeluh, debaran dada berkompang kuat. Kepala didongakkan menatap Ilham didepannya dengan pandangan tidak percaya. Hancur sudah masa depannya.
Ibu kesayangan dipandang sayu. Jelas raut wajah sedih dan kecewa terpampang pada wajah Sarah. Maafkan Ara mama...
"Ad tak nak pa... Tolonglah faham. Entah dari mana perempuan ni datang. Dia saja nak perangkap Ad!" Adrian mula cari helah mahu membantah.
"Ad! Jaga mulut kamu! Tak cukup lagi ke nak malukan papa?" Suara Ilham mula meninggi.
Bicara Ilham tidak dipedulikan. Wajah Inara ditatap penuh benci. "Aku tau muslihat kau. Silap besar kau cari masalah dengan aku." Tekannya. Langkah mula diatur ingin beredar dari situ.
"Ad! Papa tak main-main dengan keputusan papa tadi!" Laung Ilham. Kesal dengan sikap anaknya yang sudah melebihi batas itu.
"As your wish papa." Senyum sinis ditarik. Sejurus itu, sosok Adrian hilang dari pandangan.
Terketar-ketar lutut Inara berjalan menghampiri Sarah. Badan ditundukkan lalu kaki mamanya mula diraih perlahan.
"Mama..." Satu kata itu hanya mampu keluar dari bibirnya saat ini.
Sarah tergamam. Badan anaknya ditarik lembut untuk bangun. "Bangun Ara. Mama tak nak Ara melutut macam ni..." Sayu nadanya.
"Maafkan Ara sebab malukan mama..." Bicara Sarah langsung tidak diendahkan.
Sarah geleng kepala. "Mama percaya dengan Ara. Mama tau Ara tak salah. Tapi mama setuju dengan keputusan ayah lelaki tadi." Kepala anaknya mulai dibelai perlahan.
"A-Ara tak nak kahwin dengan dia ma... Tolonglah Ara..." Bibir diketap untuk menghentikan tangisan. Wajah mamanya ditatap nanar.
"Ara patut terima keputusan ayah lelaki tadi... Lelaki tu mesti tanggungjawab sebab dah tidur dengan anak mama. Mama tak nak kalau dia lari dari kesalahan. Walaupun Ara menidakkan kenyataan... Tapi kita tak tau sama ada perkara malam tadi hanyalah perkara ringan. Mama takut Ara..." Perlahan air jenih mula bertakung ditubir matanya. Sebak dengan situasi ini.
Tangan mamanya diraih lalu di bawa ke ceruk leher, ingin rasakan hangatnya tangan sang ibu untuk menghantar ketenangan dalam hati. "Maafkan Ara..." Air matanya yang tadi mula surut kini kembali bergenang.
⋆.˚ ᡣ? .?˚
"Aku terima nikahnya Inara Alia binti Yusuf dengan mas kahwin 100 ringgit dibayar tunai." Dengan satu nafas kalimat itu diucap.
"Sah?"
"Sah."
Seiring dengan itu doa syukur dipanjatkan. Kini cincin kahwin saling bertukar tangan. Perlahan tangan suaminya dicium. Hatinya sebak untuk menerima semua ini.
"Puas?" Bisik Adrian. Renungan tajam lelaki itu bagai menikam ke sanubari.
Kemudian, puncak kepala Inara diraih lalu dahi wanita itu dicium lembut.
Dalam pada itu Inara cuba untuk tersenyum kecil, walaupun ianya jelas kelihatan hambar. Kau kena kuat Ara... Kau kena kuat untuk hadap semua ni...
"Papa... maafkan anak papa yang tak pandai jaga diri ni. Ara harap papa tak kecewa." Bisik hatinya. Semakin sebak rasa di dada mengenangkan arwah papanya.
Setelah itu, tubuh mamanya dihampiri. Laju tubuh itu dipeluk erat. Ingin berkongsi rasa dihati.
"Cepatnya anak mama dah jadi isteri orang ya?" Tubuh belakang Inara diusap lembut. Ada nada sayu yang terpahat disitu.
Inara menarik senyum tipis. Kini di dalam fikirannya, nama Damesha mulai berlegar tanpa henti.
"Erm, makcik... Saya nak pinjam Inara sekejap boleh?" Suara Adrian memecah suasana hangat itu.
Sarah mendongak menatap menantunya. Senyum mesra ditarik. Sejurus itu, kepalanya mengangguk.
Badan bingkas bangun. Baju melayunya dirapikan sedikit. Isyarat mata dihadiahkan pada Inara sebelum kaki melangkah keluar dari masjid itu.
Terkial-kial Inara ditempat duduknya. Berat rasanya ingin memilih sama ada pergi ataupun tidak.
"Pergilah Ara... Tak elok buat suami menunggu." Sarah menegur. Bahu anaknya diusap lembut untuk menyalurkan kekuatan.
Mendengarkan itu, membuatkan Inara tiada pilihan lain selain menurut. Kemudian, badannya mula berganjak bangun untuk mengikuti langkah Adrian.
Setibanya diluar, langkah kaki dihentikan. Tubuh berpaling ke belakang menghadap Inara. Senyum senget ditarik.
"Berjaya ke plan kau sekarang?" Adrian membuka suara.
Inara menggeleng. "Aku tak faham apa yang kau maksudkan." Jujur saja dia tertanya-tanya. Kenapa kesalahan diletakkan pada dirinya seorang? Tidak sedarkah dia bahawa lelaki itu juga adalah punca masalah ini?
"Yelah... maybe kau sengaja nak rampas aku dari kawan baik kau sendiri? Sebab kau jealous dengan kebahagiaan dia?" Adrian sengaja mahu membakar hati wanita itu.
"Kurang ajar! Kau fikir aku tergamak sangat ke nak buat benda macam tu sekali dekat Damesha! Aku masih ada akal waras lah Adrian!" Geram. Rasa darah mencanak naik ke kepala.
"See? Kau dah tunjuk perangai sebenar kau. Dekat depan orang bukan main baik. Berdrama air mata bagai." Laju bibir menutur ayat sindiran.
"Boleh tak kau tak payah nak putar belitkan cerita? Just bagitau apa yang kau nak cakap!" Gigi diketap dengan penuh amarah.
Adrian tersenyum miring. "Pasal Damesha."
Inara terdiam.
"Aku nak kau rahsiakan hal ni dari dia. Kau pun tau kan masalah dia? So jangan nak bongkarkan apa-apa pasal kita. Kalau dia dapat tau, kau jadi orang pertama aku cari." Tekan Adrian.
"Dia dekat mana sekarang?"
"Ambil berat jugak ya kau kat dia? Ingatkan lepas dah khianat kawan sendiri kau dah tak peduli pasal dia." Kening sebelah diangkat berniat untuk memanaskan lagi hati Inara.
"Jaga mulut kau!" Nada bicaranya kembali meninggi. Siapa saja yang tak marah bila dituduh sesuka hati?
"Stop lah Inara. Lakonan kau ni aku dah boleh agak. Muak kau tau tak?" Matanya mencerlung tajam ke arah Inara.
Inara hembus nafas perlahan.
"Apa masalah kau sebenarnya?" Suara cuba dikawal supaya tidak meninggi.
"Kau yang bermasalah sekarang ni." Ucap Adrian tak kalah sengit.
Senyum tipis ditarik. "Kau fikir kau seorang je yang terseksa? Yang tersakiti? Kau salah Adrian. Mata kau tu buta untuk menilai sesuatu."
"Pandai kau bercakap ya? Entah berapa ramai lagi lelaki yang kau tipu. Tapi sayangnya Inara... aku tak macam mereka."
"Mulut kau tu... Sesuai sangat kena cili kan?" Kalau ikutkan hatinya, memang dia lempang hidup-hidup lelaki ni.
"Really?" Dia kembali memancing amarah Inara.
"Basuh dengan air garam sekali. Memang sesuai sangat!" Inara menarik senyum sinis.
"Whatever Inara. Aku rasa perangai kau lagi teruk dari aku. Suka ambil kesempatan pada lelaki. Kan?"
Plak!!
Tangan Inara tepat melekat pada pipi kanan Adrian. Panas telinganya mendengar tuduhan lelaki itu.
Seakan sedar dengan kelakuannya, tangan kembali ditarik ingin dijauhkan dari muka Adrian. Tapi dengan cepat Adrian mencengkam tangannya daripada bergerak.
Jeda.
"Dah berani kau sentuh aku ya?"
"Lepas!" Tangannya cuba ditarik kasar dari genggaman Adrian, tetapi gagal.
"Tangan kau ni memang gatal sangat ke apa?" Keras nada lelaki itu.
"Aku kata lepas. Lepaslah!"
"Just wait Inara. Kau akan menyesal kahwin dengan aku." Bisiknya. Seiring dengan itu tangan Inara dilepaskan kasar lalu langkah di atur untuk masuk kembali ke dalam masjid.
Dan pemergian lelaki itu hanya di hantar dengan tatapan penuh benci.
⋆.˚ ᡣ? .?˚
Pintu wad itu ditutup perlahan. Wajah pucat sahabatnya menghiasi pandangan. Kaki terus meluru ke arah Damesha. Tubuh sahabatnya dipeluk erat.
"Ara..." Lemah saja suara Damesha memanggil.
"Kenapa kau tak bagitau aku yang kau sakit selama ni?" Air mata mula bergenang di tubir mata. Syukur kerana mamanya memberitahu Damesha sekarang berada di hospital. Hatinya semakin sebak apabila mengetahui berita tentang penyakit Damesha.
"A-aku tak nak kau susah hati." Bergetar suara Damesha. Tangan terhulur untuk mengusap air mata Inara.
Dada terasa sesak. Wajah Damesha ditatap sayu. Tangan sahabatnya digenggam erat.
"Kau kena sembuh Sha... Aku yakin kau boleh." Bibir diketap untuk menghalang bunyi tangisan.
"T-tapi aku tak mampu Ara... Keluarga aku... Satu pun tak peduli dengan keadaan aku." Lirihnya.
"Kau salah Sha... Diorang masih sayangkan kau. Kau kena kuat." Pujuk Inara. Bahu sahabatnya diusap.
Damesha tersenyum hambar.
"Buat masa ni kau kena tenangkan fikiran dulu. Okay?"
Damesha mengangguk. "Terima kasih Ara sebab sentiasa ada dengan aku..."
"Tak ada hal lah. Kau kan kawan aku." Ayat penenang dituturkan.
"Ha ni, kau ada nak makan apa-apa tak?" Soalnya.
"Hm... Kalau nak nasi ayam boleh?" Pinta Damesha perlahan.
Inara senyum tipis. "Untuk kau semua boleh."
Baru saja dia ingin bangun dari duduk, bunyi ketukan pintu mengalihkan perhatiannya.
Seiring dengan itu, pintu dibuka dari luar.
"Kau buat apa dekat sini?" Sakit matanya melihat Adrian dengan selamba masuk ke dalam.
"Aku nak jumpa Damesha lah. Tak ada kaitan dengan kau." Jawab Adrian tenang. Dia kena kawal nadanya jika berada di depan Damesha.
Inara mengetap bibir. Dijeling sekilas lelaki itu lalu kaki laju saja berlalu dari situ. Baik aku beli makanan Damesha cepat. Tak adalah nak hadap muka mamat tu lama-lama. Muak!
Dengan perasaan sebal, Inara keluar dari hospital itu untuk menuju ke kedai makan.
⋆.˚ ᡣ? .?˚
"BANG nasi ayam satu ya?" Pinta Inara. Badan dihenyakkan pada kerusi.
Kelihatan lelaki didepannya itu mengacungkan ibu jari dan berlalu masuk ke dalam.
Sambil menunggu, Inara mula termenung. Fikirannya menerawang memikirkan masalah yang melandanya.
Nafas dihela perlahan. Kenapalah lelaki yang bernama Adrian itu harus wujud? Dan macam manalah Damesha tu boleh jatuh hati dengan perangai tak semenggah mamat tu? Bermacam-macam soalan mula berlegar dalam fikiran.
"Perangai macam apa entah. Dia fikir dia tu siapa?" Mulut mula membebel.
Dia nekad. Dia tidak akan tunduk dengan lelaki itu. Itu janjinya.
⋆.˚ ᡣ? .?˚
Badan diloloskan masuk ke dalam wad itu. Moodnya serta merta hilang apabila melihat Adrian masih berada disitu sambil menyuapkan Damesha makan.
Raut wajah cuba dikawal. Kalau ikutkan hati nak aje dia tendang lelaki tu keluar dari sini.
"Sha... aku dah beli makanan favourite kau." Plastik makanan yang berada ditangannya dihulurkan pada Damesha.
"Err sorry Ara... Aku dah kenyang. Adrian lah ni. Bawa nasi ayam sampai dua bungkus. Dia ingat aku larat ke nak habiskan?" Senyum ditarik. Walaupun jauh dihati dia rasa bersalah dengan Inara.
Inara tersenyum hambar. "Tak apalah. Makanan ni aku makan tau?" Ucapnya sambil menunjukkan plastik yang dipegang.
Damesha mengangguk.
Kerusi yang berada ditepi pintu dijadikan tempat duduknya. Plastik makanan dibuka lalu dengan bacaan bismillah, makanan itu disuapkan ke mulut.
"Sayang nak air apa? Biar biy belikan." Suara yang sengaja dileretkan itu memecah kesunyian.
"Eish tak payahlah... Sha minum air kosong je."
Adrian mengangguk. "Biy nak buang ni kejap tau." Ucapnya. Polisterin yang kosong itu dipegang lalu badan beranjak bangun ingin menuju ke tong sampah.
Senyumnya meleret apabila melihat tong sampah yang dicari berada tepat disebelah Inara. Ayat sindiran mula dikarang untuk memanaskan hati perempuan itu.
Badan ditundukkan sedikit untuk membuang sisa makanan dengan mudah. Wajah meluat Inara jelas terpampang dihadapannya.
Senyum sinis ditarik. "Siannya kau kan. Datang sini tapi tak dilayan." Laju saja perkataan itu meniti dibibir.
Inara mengetap rahangnya. Kurang ajar.
huwaaa... sorry klu hambar
Share this novel