BAB 10

Romance Series 8958

"Mama ajak dinner dekat rumah dia, sekali tidur sana."

"Hah?" Inara sedikit terkejut. Tak pernah-pernah dia menjejakkan kaki ke rumah mertuanya. Tau-tau hari ini nak kena pergi sana?

"Kau pekak ya?" Saja Adrian memerli. Menyampah betul dia dengan orang buat-buat blur macam ni.

"Jaga sikit mulut kau tu. Aku ada telinga okay?" Inara kesal. Suka-suka aje cakap orang pekak.

"Dah tu? Apa masalahnya?"

"Masalahnya aku tengah tak sedap badan sekarang ni. Kalau tak pergi tak boleh ke?" Bukan saja-saja dia tak nak pergi. Badannya sekarang rasa letih sangat. Rasa nak baring 24 jam aje dekat katil.

Adrian geleng. "Ikut ajelah apa yang aku cakap. Mama tu, dia nak jaga kau sendiri kat sana. Kau tau jelah perangai orang tua macam mana. Dah, jangan banyak cakap. Siap cepat." Arahnya tegas.

"Kau bagitau mama ke pasal aku?" Terasa kelu lidahnya menyebut perkataan 'mama' itu. Nampak riak wajah Adrian datar sahaja, taulah dia yang Adrian tidak ambil kesah dengan panggilan yang baru disebut tadi.

"Aku bagitau ke, tak bagitau ke... Itu bukan urusan kau."

Fuh ayat... Rasa panas pula telinga Inara bila mendengar.

"Cepatlah! Aku tak ada masa nak tunggu kau." Sekali lagi Adrian mengarah. Tajam anak matanya mencerlung ke arah Inara.

Haih... Kalau macam ni, nak tak nak dia memang kena pergi jugalah jawabnya.

"Aku taulah." Balas Inara. Pintu bilik terus ditolak dengan tangan ingin segera ditutup. Tapi baru tolak sekali, pintu itu tidak bergerak langsung.

Inara kembali pandang Adrian. Sedarlah dia yang lelaki itu sedang menahan pintu itu dari tertutup menggunakan tangannya.

Inara hela nafas. "Nak apa lagi?"

"Bila aku kata aku tak ada masa, i mean it. Jadi jangan terhegeh-hegeh nak bersiap. Kalau kau lambat, memang tinggallah kau sorang-sorang dekat rumah." Peringatan diberikan. Kerjanya senang sahaja. Bila lambat, tinggal. Jangan haraplah dia akan tunggu dan sambut macam puteri.

"Iye... Aku tau." Anak mata dijulingkan ke atas. Naik bosan rasanya dia mendengar ayat yang sama.

Tak tunggu lama, Adrian terus berlalu pergi dari situ.

⋆.˚ ᡣ? .?˚

"Aduh... Mana pulak beg aku ni." Inara garu kepala. Niatnya ingin memasukkan pakaiannya yang sudah siap dilipat ke dalam beg sandangnya itu. Tapi lupa pula dia taruk di mana.

Puas dia selongkar almari di dalam biliknya itu, tapi tetap tak jumpa.

Akhirnya dia memutuskan untuk keluar dari bilik ingin mencari kelibat Adrian. Haraplah lelaki itu tak tinggalkan dia.

Baru ingin menjenguk tingkat atas, sosok tubuh Adrian yang sedang menuruni anak tangga terlebih dahulu menyapa pandangan. Kelihatan lelaki itu sudah selesai bersiap dengan pakaian sempoinya.

"Adrian." Panggil Inara.

Adrian toleh.

"Tunggu kejap boleh tak? Aku nak cari beg sandang aku tapi belum jumpa lagi." Inara cuba meminta masa untuk dia menunggu.

Dia menjeling. "2 minutes."

"Hah? Kau gila?" Spontan mata Inara meluas. Boleh buat apa je dalam 2 minit? Sah lelaki ni gila!

"Bukan masalah aku. Pandai-pandai kaulah nak bahagikan masa." Ucap Adrian selamba. Dia berlalu pergi ingin keluar dari rumah.

Inara kaku ditempatnya berdiri. Tolonglah! Bagi masa lebih sikit tak boleh ke? Dia rasa macam nak menangis aje sekarang.

Dengan perasaan sebal, dia melangkah masuk kembali ke dalam biliknya.

Pakaian yang sudah dilipat tadi diambil lalu dikepitkan pada lengan. Inara terdiam sejenak. Kalau bukan beg sandangnya, mana lagi dia nak letak pakaiannya ini?

Akhirnya, satu keluhan kecil terlepas dari mulutnya. Lantaklah! Tak payah bawa baju lagi senang! Ini semua sebab mamat tu. Bagi masa 2 minit aje mana cukup. Huh!

Sebenarnya boleh aje kalau dia tak nak ikut sekali. Tapi hati dia tiba-tiba terdetik untuk berjumpa dengan keluarga Adrian. Yalah, waktu mereka nikah dulu pun dia tak sempat untuk berbual mesra dengan keluarga sana. Apatah lagi menyapa terlebih dahulu. Terasa berat sahaja mulutnya ketika itu. Cuma mama sahaja yang tidak kekok langsung untuk berborak dengan mereka.

Bukan saja-saja dia nak layan keluarga Adrian macam tu. Mungkin disebabkan dia masih belum terima dengan apa yang telah berlaku waktu itu. Haih... Bila ingat balik sikap dia masa tu rasa biadab pula.

Setelah memutuskan untuk tidak membawa pakaian bersamanya, Inara terus menyusun pakaiannya itu ala kadar ke dalam almari. Selesai sahaja, dia cepat-cepat keluar dari bilik itu untuk segera keluar dari rumah.

Buka saja pintu rumah, mata Inara terus meluas. Kaki dia terkaku berdiri di situ. Tak silap tadi baru aje Adrian keluar rumah. Tapi sekarang? Kereta dia dah tak ada!

Jam tangan terus dikerling. Spontan satu keluhan terlepas dari mulutnya. Patutlah! Dia lambat 1 minit dari masa yang diberikan.

Inara ketap bibir. Tak guna punya lelaki! Baik tak payah ajak kalau akhirnya dia kena tinggal jugak! Inara mula menggerutu kesal.

Langkah dibuka ingin masuk kembali ke dalam. Tapi baru setapak dia melangkah, pergerakannya serta merta terhenti apabila matanya tak sengaja berselisih pandang dengan satu kotak kecil yang berada di atas rak kasut. Kotak itu masih nampak cantik dan dibalut dengan kemas.

Terus terbantut niatnya ingin masuk. Spontan, kotak kecil itu diambil lalu dibelek depan dan belakang. Dan Inara terus menyedari sesuatu. Terdapat satu tulisan kecil di atas permukaan kotak itu.

'For mama.'

Terus dahinya berkerut. Adrian nak bagi benda ni dekat mak dia ke? Tapi kenapa benda ni boleh ada dekat sini?

Tengah otaknya sibuk bercelaru memikirkan pelbagai soalan, Inara terus tersentak apabila mendengar bunyi hon kereta yang terasa nyaring menyapa telinganya.

Dia terus menengadah ingin mencari dari mana datangnya sumber bunyi itu. Dan-dan itu, matanya terus mengecil apabila melihat kereta yang sangat dikenalinya itu sedang terparking elok di luar pagar.

Itukan kereta Adrian?

"Pinnn!!!"

Sekali lagi hon kereta dibunyikan. Kali ini lebih nyaring. Kesal dengan perbuatan Adrian itu, Inara terus meluru menghampiri kereta itu. Cermin kereta diketuk berkali-kali minta untuk dibuka.

Sesuai keinginan, akhirnya cermin kereta dibahagian penumpang sebelah dibuka oleh Adrian.

"Kau ni boleh tak, tak payah nak hon-hon! Bising tau tak? Jiran marah nanti macam mana?" Terus Inara menghamburkan kekesalannya. Naik geram rasanya dia dengan sikap selamba Adrian.

"Jangan nak banyak bunyi boleh tak? Kira beruntunglah aku terpaksa patah balik sini disebabkan aku tertinggal barang. Kalau ikutkan memang aku tinggalkan kau terus kat sini sampai tahun depan. Biar mati kebulur." Datar suara Adrian. Ada nada sinis terselit sekali. Inara tau sangat yang Adrian tengah memerli sebab dia siap lambat! Padahal lelaki tu sendiri tak betul! Ada ke bagi masa 2 minit aje untuk cari beg tadi?

"Whatever." Inara tayang muka bosan.

"Lagi satu. Sebelum kau nak masuk, aku nak kau ambikkan kotak atas rak kasut tu." Arah Adrian sambil jari telunjuknya dihalakan ke arah tempat yang dimaksudkan.

Nak tak nak, Inara terpaksa juga menurut. Kalau tak, masa mereka akan habis di sini hanya disebabkan sibuk bertikam lidah.

⋆.˚ ᡣ? .?˚

"Kita nak buat apa dekat sini?" Inara kerut dahi. Mata ditebarkan melihat sekeliling. Pelik rasanya tiba-tiba saja Adrian singgah ke supermarket.

"Kau rasa? Takkan nak datang dengan tangan kosong aje?" Jawab Adrian dengan nada sarkastiknya.

Bibir Inara bulat sedikit. Fahamlah dia.

"Turun cepat."

Inara toleh pandang Adrian. "Kenapa pulak? Aku tak ada nak beli barang."

"Kau tukang pegang barang. Cepatlah!" Sekali lagi Adrian mengarah. Setelah itu dia terus keluar dari kereta.

Tapi Inara masih statik ditempat duduknya. Tangan naik memeluk tubuh. Enggan untuk keluar.

Adrian sudah julingkan matanya ke atas. Ada aje karenah minah ni! "Hoi perempuan! baik kau keluar sekarang sebelum aku heret kau keluar dari situ." Naik seoktaf nada Adrian.

Inara geleng kepala. Tubuh tegak pandang ke depan.

"Kau nak aku bentang karpet merah ke baru kau nak keluar?" Adrian ketap rahang. Waktu macam nilah nak tunjuk perangai. Macam budak-budak!

"Aku cakap tak nak, tak naklah. Tak payah paksa boleh tak?" Inara merengus kecil. Siapa je yang suka kalau dipaksa? Dahlah dia kena jadi tukang pegang barang pulak tu!

Adrian hela nafas. Tanpa banyak bunyi, dia terus bergerak ke arah pintu tempat penumpang sebelah. Pintu itu dibuka kasar dari luar.

"Keluar sekarang atau kau nak aku dukung?" Ugut Adrian. Dia pasti kali ini Inara akan menurut jika dia menyebut perkataan yang satu itu.

Terlepas rengusan kasar dari mulut Inara. Dengan gerakan cepat, dia terus buka pintu kereta dan berjalan laju ke depan. Meninggalkan Adrian sendirian dibelakang.

Adrian menarik senyum sinis. See? Mudah sahaja untuk dia menyuruh gadis itu mendengar kata.

⋆.˚ ᡣ? .?˚

"Pergi ambik bakul." Arah Adrian sebaik masuk sahaja mereka ke dalam. Matanya mula melilau mencari buah tangan yang sesuai untuk dibawa ke rumah papa dan mamanya.

"Tadi kau kata aku tukang pegang barang aje? Kenapa nak kena ambik bakul?"

Terus Adrian berpaling. "Jadi kau nak melawanlah sekarang ni?"

Inara peluk tubuh. "Kau sendiri yang cakap macam tu."

"Kau ni jangan bebal sangat boleh tak? Aku suruh kau masuk dalam ni bukan untuk pegang barang aje. Mestilah aku akan suruh kau buat benda lain. Fikiran tu biarlah terbuka sikit. Dah, kau pergi ambik bakul cepat!" Suara Adrian sedikit meninggi. Mata pula sudah mencerlung tajam ke arah Inara.

Sedar tumpuan orang sekeliling mula terhala ke arah mereka, Inara menghela nafas pendek. Walaupun dia ada niat besar untuk membantah setiap kata-kata Adrian tadi, tapi dia tetap kena sabar untuk menjaga imej dirinya sekarang.

Dengan langkah lemah, Inara kembali ke arah pintu masuk tadi untuk mengambil bakul. Setelah itu terus dia berjalan menghampiri Adrian yang sudah pun berada ditempat letaknya buah-buahan.

"Nah!" Bakul yang dipegang terus diangkat tinggi ke arah muka Adrian yang sedang sibuk memilih buah. Automatik pandangan lelaki itu terhalang oleh bakul yang berada tepat di depan muka.

Spontan Adrian merengus kasar. "Kau tak nampak ke aku tengah buat apa? Letak bawah tak boleh?"

Inara mencebik. Banyak songeh betul! Bakul itu terus dilepaskan ke lantai dan automatik menghasilkan bunyi yang sedikit kuat.

Terus Adrian berpaling ke arah Inara. Bibir diketap geram.

"Apa? Aku tak buat apa-apa pun." Inara tayang muka selamba. Tangan disilangkan ke dada.

"Kalau nak gaduh bukan dekat sini ya perempuan." Amaran keras diberikan. Jari telunjuk tegak dihalakan ke arah muka Inara. Mengingatkan bahawa kata-katanya tadi bukan gurauan.

"Siapa yang cari gaduh? Bukan kau ke yang selalu cari gaduh dengan aku?" Sengaja Inara memanas-manaskan lagi hati lelaki itu. Biar dia tau rasa! Kesalahan lelaki itu terlalu banyak jika ingin dikira menggunakan jari!

"Kau memang nak kena kan dengan aku?" Dingin suara Adrian. Tapi ada nada tegas terselit disitu.

"Kenapa? Kau nak marah aku? Nak maki?" Kening sebelah diangkat sambil tersenyum segaris.

"Stoplah Inara. Kalau kau nak gaduh sangat dengan aku, kita gaduh dekat rumah parents aku. Nak lagi senang kita gaduh dalam bilik aku. Bolehlah kalau kau nak baling-baling bantal sekali." Dihujung bicara, Adrian hadiahkan senyum sinis pada Inara.

Inara tak membalas. Hanya memberi reaksi wajah bahawa dia tak peduli langsung.

"Kau pergi blah sanalah. Rimas aku." Tangan Adrian sudah diangkat ke udara sambil melibas-libaskan ke arah muka Inara. Lagak orang menghalau.

Seketika senyum Inara mengembang. Itu bermakna dia tak perlu jadi tukang pegang barang tak bergaji Adrian! Tapi tak lama, sebelum Inara kembali tayang reaksi datar.

"Kau ingat aku tak nampak kau senyum-senyum tadi? Kau jangan nak gembira sangat. Nanti lepas aku dah habis pilih apa yang aku nak beli, aku akan panggil kau datang sini. Jangan ingat kau boleh lari." Tekan Adrian.

"Aku taulah." Jawab Inara malas. Tak tunggu lama, dia terus menonong berjalan pergi dari situ. Adrian dibelakang sekadar menghantar pemergian Inara lewat ekor mata.

⋆.˚ ᡣ? .?˚

Mulut bersenadung kecil sambil mata melilau melihat sekeliling. Mencari sesuatu yang ingin dibeli.

Lama dia berkeadaan seperti itu sehinggalah matanya tertancap pada deretan coklat yang tersusun rapi diatas rak. Automatik dia teringatkan Raisya. Dan-danlah bibir Inara membentuk senyuman kecil.

Tangan terus mencapai 2 plastik coklat itu. Satu untuk Raisya dan satu untuknya. Setelah itu, Inara terus mengatur langkah pergi ke sudut lain. Lebih tepatnya dia ingin mencari minuman untuk menyegarkan tekaknya.

Sempat matanya terpandang sosok tubuh Adrian. Lelaki itu masih statik berada di tempat buah-buahan tadi. Sibuk benar dengan buah dia tu.

Tak peduli, Inara terus berjalan lurus ke depan menuju ke arah peti sejuk yang dikhaskan untuk minuman.

Tapi tak tau mana silapnya, bahu Inara tiba-tiba dirempuh dari belakang. Tubuh terus terdorong ke depan. Akibat tidak dapat mengimbangi badan, dan-dan itulah badannya menyembam lantai. Spontan Inara meringis kecil. Sakitnya! Tak tau ke urat badan dia ni tengah nazak?!

"Eh, cik! Sorry I tak perasan." Kedengaran satu suara garau menyapa telinga Inara.

Inara terus palingkan muka ingin melihat rupa 'makhluk' yang menjadi punca dirinya jatuh sebegini.

"I mintak maaf sangat-sangat. Anak I nangis dari tadi nak susu. Kelam-kabut I jadinya berlari cari susu dekat sini. Tak perasan langsung you ada sampai terlanggar macam tu sekali." Lelaki itu sudah menundukkan kepala berkali-kali. Tanda yang dia benar-benar ingin meminta maaf.

Inara geleng kepala. "Tak apa. Saya faham." Walaupun tubuhnya menjadi mangsa tadi, tapi tetap Inara memaafkan. Anak dia tengah nangis kut? Entah-entah budak tu dahaga sangat belum minum susu. Mak bapak siapa aje yang tak risau dengan keadaan anaknya macam tu?

"Thank you sangat-sangat sebab memahami." Lelaki itu tersenyum kecil.

Inara hanya mengangguk.

"You boleh bangun ke tak ni? Nampak macam tak larat aje nak bangun." Lelaki itu pandang Inara dengan kerutan diwajah.

Inara tersenyum canggung. "Saya boleh je bangun."

"Are you sure? Nampak macam orang tengah patah tulang aje. Teragak-agak sangat nak bangun." Terlepas tawa kecil dari mulut lelaki itu.

"Tak adalah." Inara geleng kepala seraya tersenyum kecil.

"Okaylah. Kalau macam tu I pergi dulu ya? Sekali lagi, sorry sangat-sangat."

Inara hanya membalas dengan anggukkan kecil.

Terima sahaja balasan dari Inara, lelaki itu terus bergegas pergi.

Inara menghela nafas kecil sebelum dia perlahan-lahan bangun dari tempat dia terjatuh. Automatik otot-otot tulangnya terasa lemah untuk berdiri.

Matanya terus meliar untuk melihat sekeliling kalau-kalau ada orang yang ternampak dia terjatuh atas lantai tadi. Boleh malu 7 keturunan kalau ada orang tengok!

Lihat sahaja ke depan, matanya terus tertancap ke arah orang ramai yang sedang beratur di depan kaunter bayaran. Itu bermakna, pembeli semua lebih banyak berada di depan.

Spontan Inara menghela nafas lega. Tapi tak lama, sebelum matanya terpandangkan sosok Adrian yang masih berdiri ditempat buah-buahan tadi. Pedulikan dengan dengan tempat buah-buahan tadi. Itu tak penting. Sebab yang paling penting sekarang, Adrian sedang memandang tepat ke arah tempat dia berdiri.

Lama tk update :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience