BAB 2

Romance Completed 10658

“Adik, adik. Itu ajelah alasannya. Kaklong dah kejut tau lepas subuh tadi. Adik kan memang liat nak bangun” perlinya dengan jelingan mautnya namun aku tahu kaklongku tidaklah marah sangat sampai membenciku.

Aku sengih seperti kebiasaan. Sengih-sengih ubi sahaja dikala aku diceramah orang, huhu.

Kakngah pula masuk ‘line’, mencubit pehaku. Heh, tidak semena-mena aku melompat kijang diatas katilku sendiri dalam keadaan duduk!. Ish, sakitnya.

“Apa ni kakngah, tetibe aje cubit orang. Janganlah main-main dengan kulit, nanti kulit orang merah, lebam. Dah tak cantik. Kakngah tak kesian ke kat adik kakngah yang gebus, comel ni…” muncungku sudah sedepa. Mengusap bekas cubitan tadi. Aku kerling laptopku yang masih tidakku tutup, bagaikan orang yang baru terjaga dari tidur, aku terus ‘log out’ blogku dan ‘shutdown’kan laptopku dengan gerakan sepantas kilat.

Fuh, bahaya!. Kakngah aku memang suka menyiasat aku. Aku pernah lupa nak ‘log out Fac’, kakngah aku pun kenyanglah meng’stalker’. Tanpa rasa bersalah, kakngahku tilik sampai juling matanya tentang segala aktiviti zaman tuk nenek, tuk janggut dan segala ‘status’ yang aku tulis di ‘fac’ dan mesej ‘inbox’, ya semua kegiatanku di laman sosial itu mendapat perhatian kakngahku. Laman Sosial ‘Fac’ milikku, telah ‘selamat’ digeledahnya. Selepas itu, aku turut ‘selamat ditarbiyyah’ olehnya memandangkan kakngah merupakan ketua usrah dalam kumpulannya. Fuh, berpeluh jugalah tatkala aku didakhwah oleh kakak kandungku sendiri!.

“Janganlah berkasar ngah, kut iye pun awak marah, jangan sampai naik tangan. Kita sepatutnya ikut cara dakhwah Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wassalam), kita mesti berusaha jadi dai’e yang berjiwa lembut, bukan kasar. Hati yang keras sekeras kerak nasi, kalau disiram dengan air masih boleh lembut ngah”

Tu dia, tu dia. Dah ‘mai’ dah, macam biasalah. Telinga aku akan disumbatkan dengan suara lunak lemak manis berkrim kaklong, kakngah dan mama. Dalam sehari, ada sahaja kesalahanku. Mungkin selagi hatiku tidak terbuka untuk berimej muslimah seperti mereka, selagi itulah mereka akan setia dengan aktiviti 3M. Menegur, menasihati dan memberi kaunseling islamik kepadaku. Aku sentiasa ingat 3M itu. Huhuhu.

“Mama pun dah tak boleh sabar long, jangan kata kakngah. Mama pun nak naik angin ni. Satu kolej heboh dengan perangai adik bertuah kaklong ni. Kaklong tanya sendiri kat dia, apa yang dia dah buat semalam. Mama dah tak boleh nak bersabar dengan adik kaklong ni, ha nilah yang mama nak cakap ni. Hari ni jangan nak keluar ke mana-mana ye adik, mama masih geram lagi tentang hal semalam. Jangan nak timbulkan hal baru pula adik”

Bibrku menyenget, bukan marah tetapi penat asyik dipandang ‘serong’. Aku ingatkan, bangun tidur pagi ini aku boleh mulakan hidup baru, lupakan peristiwa pahit semalam. Rupa-rupanya keadaan makin teruk. Aku fikir mereka menyebelahiku dan memberi aku sokongan tetapi mmmmmmmmm..

“Apa adik buat sampai satu kolej tu heboh pasal adik?” Dahi Maimanah hairan bercampur bingung. Dia yang pernah melanjutkan pengajiannya di Jordan dalam bidang kedoktoran, memang tidak tahu sangat perkembangan hidup orang dalam rumahnya ini. Sebagai anak sulung, dia rasa bertanggungjawab memantau adik-adiknya. Semenjak dia memulakan tugasnya sebagai doktor di Hospital Besar Kuala Lumpur, masanya agak terbatas dan terhad. Kalau ada cuti atau masa lapang, barulah dia dapat menjejak kaki ke rumah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience