BAB 8

Romance Completed 10628

Ubadah diam. Melepaskan lelah tekanannya. “Ana redha Faatah, lagipun ana terlepas dari naga” ujarnya dalam gurauan.

“Maksud enta, budak Adiba tu ye”

“Enta kan tau ibu bapa Adiba tu berharap dengan ibu bapa ana untuk berbesan dengan mereka. Ana pula dah anggap adiba tu tak lebih dari adik kandung ana sendiri. Ibu bapa ana pun faham ana. Cuma Adiba aje yang masih mengharapkan ana terima dia sebagai isteri” Ubadah menyembunyikan rahsia yang diketahuinya daripada Faatah, tidk tergamak pula mengaibkan Adiba tentang kes khalwatnya. Dia tahu Adiba yang perangkap dia dan Mawaddah dulu. Adiba sendiri yang mengaku. Hanya dia dan Mawaddah yang tahu siapa dalang disebalik kes khalwat tempoh hari.

“Isteri enta bagaimana, dia boleh terima enta?”

Ubadah menyembunyi sedihnya. Senyum mesra. “Macam enta cakaplah. Dont judge a book by its cover. Alhamdulillah (Segala Puji Bagi ALLAH), dia mudah mendengar nasihat dan patuh dengan ana. Cuma, dia perlukan masa untuk berubah kepada yang lebih baik” senyumannya meleret. Nun jauh disudut hati, dia menahan sebak. Sentiasa mendoakan isterinya berubah ke arah yang lebih baik.

“Alhamdulillah (Segala Puji Bagi ALLAH), moga kalian akan membentuk baitul muslim yang diberkati ALLAH…”

Ubadah senyum lagi. “Doakanlah ana ye Faatah”

Faatah tepuk lembut bahu Ubadah. “Itu sudah semstinya, enta kan sahabat jannah ana..” ikut tersenyum.

Fikiran Ubadah terbayang hal lalu. Dia tidak sangka sama sekali gadis yang telah mendapat perhatiannya suatu ketika dahulu, telah pun menjadi isterinya yang sah. Perpustakaan, itulah lokasi pertama dia terserempak dengan Mawaddah. Hatinya berbunga dikala menyingkap rahsia cintanya yang lalu.

“Jomlah join kitaorang, tak syoklah budak cun tak ada. Kau boleh kenal dengan budak-budak kami, ramai anak dato’ tau. Rugilah kau Mawa. Tolak tuah”

Pembacaan Ubadah terbantut. Tumpuannya terganggu dengan suara lantang beberapa pelajar yang menumpang duduk berhadapan dengan mejanya. Huh, hatinya mengeluh penuh sabar!. Matanya sempat menjeling ke hadapan. Entah mengapa hatinya begitu tertarik untuk menatap wajah gadis dihadapannya. Bagai ada magnet. Kenapa ya?. Nak kata cantik sangat tu, tak adalah cantik sangat, ramai lagi yang cantik. Malah terlalu ramai gerangan muslimah calon isteri solehah yang cun-melecun dalam kalangan kelab islamik, iaitu Ikram di kolejnya. Kenapa dia begitu tertarik untuk terus memerhati gadis tersebut?. Hish, Badah jaga pandangan mata!. Lekas-lekas dia beristigfar, menginsafi khilaf sendiri yang keterlaluan dalam memandang.

“Korang ingat aku ni bohsia ke apa?. Aku ada prinsip tau. Alia, ko bagitahu kat diorang apa prinsip aku…”

Ubadah pasang telinga, mendengar perbualan mereka. Hatinya tertarik untuk mengikuti kisah selanjutnya yang bakal terjadi diantara pelajar-pelajar itu. Rasa kagum terbit dihatinya, meskipun luaran gadis itu kelihatan gadis yang moden rupa-rupanya gadis itu punya prinsip hidup yang sangat baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience