BAB 10

Romance Completed 10658

“Awak nak dengar cerita tak?”

Aku tersentak. Berderau darahku, baru sebentar tadi aku berangankan dia. Tiba-tiba sahaja dia bersuara. Tenang dan matangnya encik lebai ni.

“Mmmmm, apa dia..” jawabku, pura-pura bersuara malas. Sedangkan hati melonjak gembira kerana dia sudi bersabar dengan kedegilanku. Mmmmm, makin lama aku makin rasa……..

“Kisah benar ni berkaitan dengan seorang gadis. Saya kagum dengan dia…”

Huh, macam terasa terselit geram dihatiku!. Gadis mana ni, dia buka cerita tentang Adiba ke?. Ish, yang kau sibuk-sibuk ni kenapa Mawa, kau kan tak layan suami kau. Padanlah muka kau kalau dia layan perempuan lain, memang padan muka kau. Ejek hatiku kepada diri-sendiri. Erk.

“Saya kagum sebab luaran si gadis nampak macam moden, rupanya pemikirannya klasik. Dia amalkan 4 prinsip dalam hidup dia. Nak tahu apa”

Glup. Aku telan airliur. Memintal-mintal anak rambutku yang berjurai ke pipiku, macam kenal ayat ni tapi di mana ya?. Puas aku perah otak, memikirkan 4 prinsip itu.

“No couple, No smoke, No drink, No drug”

Hah, mataku macam nak tersembul keluar. Alamak, macam mana dia boleh tahu prinsip hidup aku ni?. Jantungku berdebar-debar. Dup dap dup dap.

“Awak dah tidur ke?” Usik Ubadah. Dia tahu isterinya terkejut. Hehehe, malam ini dia sengaja memasang ayat, mana tahu si isteri masuk jerat. Jerat cinta bersulam redha-NYA.

Aku batukan diri. “Krorrrr…krorr” aku berlakon tidur, pandai pula buat-buat tidur ‘berkeruh’. Ceh, tak sopan langsung!. Apa boleh buat, aku terlalu gelabah sangat sekarang ini.

Ubadah senyum manis, dia tahu isterinya masih belum tidur. Mungkin isterinya mahu mengelak dari dia bercerita lebih lanjut perihal empat prinsip tadi. Ubadah melebarkan senyumannya. Secara spontan, dia kucup dahi isterinya sambil melafazkan bisikan. “Ana uhibbuki fillah hatta fil jannah abadan abada”

Okay, sekarang ni aku macam nak pengsankan diri!. Dengkuranku berhenti serta-merta. Heh, buang tebiat ke apa encik lebai ni tiba-tiba cium dahi aku. Ish, gatal juga dia ni!. Aku menggigit geram. Eh, tapi ayat apa yang dia ucap tadi?. Memori ingatanku mengingat kembali ayat yang diucapkannya.

Ana uhibbuki fillah hatta fil jannah abadan abada?. Esok, aku akan cari maksudnya. Heh, kepalaku macam ‘toing toing’ a.k.a pening sedikit kerana mungkin terlalu terkejut dengan keberanian encik lebai yang menggatal tadi!.

Saya sayang awak kerana ALLAH hingga ke syurga selama-lamanya!!

Berulang-kali aku menatap maksud ayat yang ditayang dari encik goggle. Rasanya sudah beberapa minit mataku asyik membaca maksud perkataan ‘Ana uhibbuki fillah hatta fil jannah abadan abada’. Senyumanku sudah sampai ke telinga, hikhik!. Malunya.

Yahuuuuuuuu, ops!. Encik blog maaflah aku lupa nk cerita kenapa aku rasa macam nak lompat sampai ke bintang dan lompat katak. Hehe, tekalah kenapa aku suka sangat!. Aku jatuh cinta?. Yup, betul, pandai pun kau teka encik blog!.

Alhamdulillah (Segala Puji Bagi ALLAH), mmmmmmm akhirnya aku yang berhati batu ni telah tewas. Aku jatuh cinta dengannya. Walaupun pernikahan kami terlalu tergesa-gesa tetapi dialah lelaki pertama yang berjaya buat aku jatuh cinta. Tak salah kan jatuh cinta dengan suami sendiri, hihi (gelak gedik). Mmmmmmmm, aku ada masalah lain encik blog. Aku tak tahu nak mula dari mana, aku rasa macam tak layak lagi bergelar isteri solehah untuknya, sedangkan aku masih gagal bergelar solehah dimata-NYA. Hatiku tiba-tiba sayu, mengenang diri yang tidak setaraf encik lebai yang tinggi ilmu agamanya.

Dua hari kemudian,

“Assalamualaikum kak”

Aku yang baru sahaja nak melangkah keluar dari pintu bilik kuliah, menjawab salam tadi sambil menoleh ke belakang. Seorang pelajar lelaki yang agak muda menegurku sambil menyerahkan bungkusan hadiah berbentuk segi empat tepat. Dia salah orang ke?. Hari ini bukan harijadiku, eh siapa pula yang baik hati beri aku hadiah ya?. Hatiku tertanya-tanya sambil melirik pandang pada bungkusan itu. Aku masih belum sambut pemberian adik ini, patutlah dia masih tercegat memandangku.

“Tangan saya dah lenguh pegang hadiah ni kak, hee” selorohnya.

Aku senyum malu. “Maaf ye, akak tergamam tadi. Yalah kan, tiba-tiba dapat hadiah” ujarku dengan sengihan, aku terus mengambil hadiah tadi. Belum sempat aku bertanya tentang gerangan orang yang mengirim bungkusan ini, adik lelaki tadi terus sahaja berlari pergi. Aku meneruskan langkahku sambil memeluk bungkusan itu.

Aku terkesima, tiba-tiba sahaja bahu aku dicuit seseorang. Nasib baik aku tak melatah terkejut. Saat aku toleh ke sisi, aku terkejut bukan kepalang.

Adiba senyum malu. Matanya menunduk. “Maaf kalau aku ganggu kau. Mmmmmm, boleh kita berbual berdua sekejap tak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience